Saturday, January 23

Kucing Kesayangan Sepenuh Hati.


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 
"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”

Assalammualaikum warakhmatullah hiwabarakatuh...
 
Wahh panjang betul salam aku. Sekali sekala kan ? Dua kali dua kala. Hoho..

Haii, guys..
Siapa suka kucing angkat tangan ? Dan.. siapa bela kucing angkat kaki ? Hahaha..
Sebenarnya an, susah kan jaga kucing pada mula mulanya. Iyerlah, dengan nak panggil dia makan lagi, nak kasi dia mandi lagi. Aduhh.. siap dalam almari ada towel khas untuk kucing mandi lak tue. Aiiseyyman.. Tapi, seronok sebenarnya jaga kucing nih. Dulu time tak bela kucing lagi, aku dengan adik adik aku tergedik gedik minta dekat mama nak bela kucing. Tapi jawapan mama selalu " TAK BOLEH ! ".. Serius rasa nak teriak (menangis) kuat kuat.. Sediyhhh.. 
Dah tak boleh nak buat macam mana an.. 

Ini Babu. Kucing first aku jaga. Aku jaga seekor jer. Betina. Nama IC Babu bt Nurnbla. Haha.. Warganegara Malaysia okay? Haha

Haaa .. Babu nih sebenarnya kucing jiran sebelah rumah. Jiran aku nih bela kucing banyak banyak sangat. Selalu kucing kucing depa (mereka) bertempek atas bumbung kereta. Time aku jumpa si Babu nih, aku tengah hitamkan kasut sekolah aku. Esok tu sekolah lah katakan. Time tu dia tengok aku dari jauh. Duduk betul betul tengah bumbung kereta. Aku pun apa lagi. jalan slow slow pergi dekatnya. Bila dekat, aku cuba lah nak pegang bulunya. Pada mulanya dia takut takut dengan aku. Lepas aku usap bawah dagu, belai bulu dia, Tup tup... time aku nak masuk rumah, dia ikut nak masuk rumah. Tapi time tu, abah aku tak kasi masuk. Sebab abah aku tak suka kucing. Takut berak nya nanti sapa nak cucikan, sapa nak mopkan ? Haha.. 

Lama kelamaan, kucing nih asyik datang ke rumah jer. So, setelah dipersetujui oleh abah dan mama, kasi bela Babu tetapi ! Haaa ada pulak tetapinya.. Tetapi tak boleh bawa masuk dalam rumah. Hnya di luar sahaja. Time tu Babu tengah bunting.. Kami pun bela lah kasi makan dan minum. Beberapa hari, dia beranak dah. Tapi dia letak anak anaknya dekat corong saliran parit depan rumah. Pernah sekali dia bawa anak anak nya , dua ekor tu datang rumah.. Time tu hujan, dan masa tu jugak kami semua siap siap nak ke sekolah. Tapi disebabkan kami semua kalut nak ke sekolah, abah pun cakap " Suruh dia bawa anak dia pi tempat lain. Nanti abah tak mau dah kucing nih maih rumah ".. Alamak ! Aku pun ambil lah anak dia letak tepi pagar tapi dalam. Tak kena hujan lah.. Bila balik petang tu, Babu tak muncul muncul dah. Tiga hari lepas tu dia datang balik. Abah pun pelik lah. Mana anak anak dia ? Bila disiasat, rupa rupanya anak anak dia dah MATI .. Allah.. Jiran aku kata mati kesejukan. Weeii,, aku rasa bersalah sangat sangat. One family rasa bersalah dekatnya. Aku tak tahu dia nak minta perlindungan anak anak dia. 

Pandai dia tengok cermin. Macam tahu tahu jer nak take picture dia.

Sejak tu, abah aku nak bela dia macam ahli keluarga sendiri. Abah aku bagi dia tidur dalam rumah, bagi dia makan minum, siap beli berpaket paket makanan kucing. Semuanya bertujuan nak bela baik baik . Semua sayang dia. Abah aku lama kelamaan sayang Babu. Mama aku pun sama. Aku? Sayang lah woii.. Pagi azan subuh, dia lah kejut aku. Aku study lewat malam, dia lah datang tempek teman tidur tepi aku.. Dia seekor kucing yang manja, yang prihatin. Kalau sesiapa demam ke, sakit luka ker, dia datang dekat tengok kita sakit, kemudian dia tempek tepi seolah meneman.

Okay Babu, Tengok camera cepat. Selfie time. 

Si Babu nih suka menghebat sikit. Tidur beralaskan tilam lembut, siap tidur dalam bilik aircond lagi. Wah wah.. Melampau betul dia.. Setiap hari tidur dalam bilik aircond. Aku nih yang berapa lama dah duduk dalam rumah, tidur dalam bilik aircond pun sebulan dua kali. Sungguh, betul. Bilik aku tak dak aircond sebab aku tak mau. Sejuk nanti pagi aku susah nak bangun solat. HAHA.. 

Dahsyat macam mana pun kucing Si Babu nih, aku anggap lebih dari seekor haiwan belaan malah dia lah sahabat, dia lah penghibur.. Haii Babu, 

Kucing tanda di luah kasih sayang nya dengan , pejam mata lembut lembut. Kalau kucing tu pejam lembut lembut then buka mata balik, haaa itu maksudnya " I LOVE YOU".. 

Kalau aku belajar jauh lah kan, boleh tak aku letak dia dalam beg bawa pergi tempat aku belajar ? emmm.. Tak pun aku culik dia, ikat badan tutup mulut semua, letak dalam handbag. kan ? Hahaha..

p/s : Janganlah hampa seksa kucing. Nanti di akhirat hampa ke neraka kut. Sebab seksa haiwan. Depa pun macam manusia. Hidup berkeluarga. Hidup makan minum. Haiwan kalau kita sayang depa, depa sayang kita balik. Malah mendoakan kita. Buat baik dengan haiwan yer kawan kawan.

:)


Thursday, January 21

Cara Menghilangkan ' Blackhead' Dengan Cepat di Rumah.



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 
"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”

Asslammualaikum dan hai,

Siapa sini masalah ' blackhead'? Mesti ramai kan ? Dan aku tidak dikecualikan. Errggh !! Nyampah betul. Rasa nak picit picit jer keluar setiap hari. Geram sangat sangat. Tak kira lah lelaki mahupun perempuan turut merasainya. Tapi jika perempuan mesti jadi isu besar bila mukanya yang licin dan mulus ada 'blackhead'. Tak suka sangat kan ?


'Blackhead' atau dipanggil bintik hitam ini ialah jerawat yang tak mempunyai kulit dekat atasnya. Sebab ia tak berkulit dan terdedah kepada udra, lapisan atas teroksida dan bertukar kepada warna hitam. Lazimnya ada di kawasan hidung dan muka. Terdapat beberapa cara semula jadi untuk hilangkan bintik hitam ni. Ini antara cara yang aku baru jinak jinak nak mencuba. Nak beli kosmetik atau masker 'blackhead' tak mampu. Tak kerja lagi. Hoho.

Jom tengok beberapa cara yang aku dapat dari Encik Google bin Search.


  • Melakukan Tepukan Madu.
    - Sebelum ini ada aku ceritakan tentang Kelebihan Madu Pada Wajah kan ? Tapi aku tak tahu pula boleh buang 'Blackhead' *lari ambil madu sapu pada muka* Caranya ialah tuangkan sedikit madu  ke tapak tangan dan tepuk bahagian muka yang berbintik hitam untuk menghilangkannya. Make sure madu yang betul betul melekit untuk lebih keberkesanannya. Madu tersebut akan melekit pada liang korang dan angkat tangan korang bagi menghilangkan bintik hitam.Madu juga menawarkan sokongan antibakteria dan antioksida secepatnya. Kiranya dia melambatkan ia menjadi gelap. Terus lakukannya selama 3 minit dan bila muda korang dengan air bersih.

  • Menggunakan Putih Telur Untuk Menanggalkan Kotoran Berminyak.

    - Start muka yang bersih , ratakan putih telur dengan menggunakan jari atau berus. Mula dengan satu lapisan nipis dan biar ia kering seketika. Selepas itu, sapu pula lapisan kedua dan biarkan kering sepenuhnya.Biarkan topeng putih telur kering selama 15 minit. Muka korang akan terasa teganag dan akhirnya sapu dengan tuala basah yang suam sepenuhnya.

  • Menggunakan Topeng Tanah Liat Kosmetik untuk Menyerap Minyak.

    - Yang ini aku tak berapa galakkan. Sebab susah nak cari bahannya. Tapi aku kongsikan juga. Cara nya campurkan 1 sudu tananh liat dengan 1 sudu cuka sider epal atau air tulen dan kacau sehingga korang mempunyai campuran yang tidak berketul. Ratakannya di seluruh muka anda, atau di kawasan yang mempunyai bintik hitam. Biarkan selama 15-20 minit. Ambil kain basah suam untuk menekan topeng selama beberapa saat, lepas tu perlahan lahan sapukannya.

  • Menggunakan Berus Gigi Bersih

    - Yang ini mudah dan terlalu mudah. Tapi jika yang atas tadi semua gagal bila korang cuba, baru lah korang cuba cara yang terakhir ini. Gunakan berus bulu lembut. Jangan yang kasar nanti calar muka. Tuangkan sedikit jus limau pada berus gigi dengan satu atau dua titik minyak seperti tamanu, jojoba dan semambu.Dengan perlahan sental kawasan berbintik dengan kepala berus gigi tersebut. Korang boleh bilas dengan air dan tuangkan limau dan minyak jika perlu.

Semua cara di atas korang boleh ikut yang korang rasa mudah. Tapi kena jadikan rutin lah. Macam aku, baru tergedik gedik nak buat sebab sebelum nih jenis tak ambil kisah tentang ni. Bila terjadi balik, baru tergdeik nak buat. Jangan jadi macam ku okay.. Harap bermanfaat perkongsian ini. Okaylah. Nak sidai baju pulak. Jika ada pertanyaan atau rasa bermanfaat , alhamdulillah, jika ada pertanyaan komen kay ? Inshaa Allah akan dibalas secepat yang boleh.


:)


Wednesday, January 20

Kenapa Ibu Suka Membebel ?



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 
"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”

Assalammualaikum dan hai,

Baru tadi aku kena bebel dengan ibu aku. Kalau ibu bebel jer, mesti aku kena buat apa yang dia suruh cepat cepat. Sebab takut dia merungut nanti dan terus berdialog. Abah pun cakap, " Dengar ja apa yang mama cakap. Lama lama mama penat , mama tidur lah."  Aku pun turuti sahaja apa yang disuruhnya.

Lepas selesai semuanya, saja aku baring baring santai. Tup tup terfikir, " Kenapa seorang ibu suka membebel ?"

Bukan ibu aku saja kan suka membebel , Ibu korang pun mesti suka bebel kan ? Sama lah dengan aku. Sebagai anak kena lah ikutkan. Apa lah sangat yang ibu suruh nak dibandingkan dengan 9 Bulan ibu mengandungkan kita.

Aku terfikir, mengapa seorang ibu suka membebel. Kadang rasa bosan, rasa geram pun ada kan ? Emm..

Bila fikir tu, aku terbaca satu status di Facebook... Mengatakan...

Ibu yang melahirkan kita, Ibu yang menyusukan kita. Ibu yang memakaikan lampin kepada kita. Ibu yang mendodoikan kita tika tidur. Malah memandikan kita, merasa susah hati jika anaknya akit pada lewat malam. Ibu yang menjaga kita masa kecil tidak mengira siang dan malam tanpa mengeluh malah kata kata sayang yang dia ungkapkan. Jika tidak tentulah dia merasakan susah dan tertekan dengan anaknya sendiri.

Aku terfikir juga, ibu lah yang siapkan sarapan kepada aku sebelum ke sekolah. Malah , sampai umur aku 18 tahun pun ibu still bekal kan sarapan dalam tupperware dan botol air pun ibu sediakan. Ibu juga lah yang memukul aku tika aku biadap dengan adik adik aku sehingga aku boleh bercakap sopan dengan orang lain. Sehingga aku berlembut dengan adik adik. Kerana aku tahu ibu ingin mendidik anaknya ini agar menjadi orang yang jaga adab. 

Terfikir juga aku,,


Andailah ibu aku mendiamkan diri sahaja, membebaskan diri aku untuk berbuat apa saja tanpa peringatan. Mesti aku tak jadi macam sekarang kan? Mesti aku jenis kaki lepak, aurat entah ke mana, Al quran entah ke mana. Alhamdulillah,memiliki seorang ibu yang garang, yang suka pukul anaknya dengan tujuan anaknya jadi orang baik baik. 


Tengok saja anak anak muda zaman sekarang yang dikatakan serba canggih lah. Dengan kemajuan teknologi lagi. Buka newpaper jer mesti ada kes mat rempit, lumba haram, penagih dadah, suka enjoy lewat malam. Mereka letak di mana ayah ibu mereka ? Malah ada yang sanggup buang mak ayah di tepi jalan.


Kita pula yang menangis sedih kasihan kan ?

Nanti bila ibu kita diam dari membebel, mesti kita tertanya,


" Kenapa ibu diam kan diri? "
"Mengapa tak dengar kata kata ibu ?"

Maybe lepas itu baru sedar bahawa bebelan seorag ibu juga hiburan sebenarnya. Ia satu keharmonian dalam hidup. Sabar dan bersyukur. Bagaimana lah anak yatim yang kehilangan ibu agaknya? Apa perasaan mereka ? Hanya Allah SWT sahaja tahu..

:)

Perkongsian Kecantikan Dalaman Wanita by Nurnbla.



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 
"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”

Assalammualaikum dan hai.

Saja nak kongsikan dengan korang tentang tips ini. Bukan tips lah, rasanya ramai sudah tahu tentang tips ini kan ? Tapi tak mengapa. Yang tak tahu, yang blur tue, Jom aku bisik kat telinga hampa. Tudiaa keluar dah Kedah dia. Haha.

Kebanyakkan wanita sekarang tahu nak melawaaa jaa. Asal jumpa cermin ja konpom bin sahih baiki tudung lah, touch up bedak lah, lipstik tu wajib arh. Tapi terfikir tak tentang kecantikan dalaman anda ? Haaa.. cantik luaran tak boleh ke dalam. Tapi cantik dalam boleh cantik luaran. Nak tahu macam mana ? Jom..

  • Minum banyak air. 
    - Tahu kan kena minum air ? Banyak orang kata kena minum air masak banyak banyak kan? Bukan Coke atau air berperisa nah.. Kopi ka teh manis ka tapii air suam atau air mineral. Dengan minum air banyak air bersih dapat membantu membuang toksin dalam badan , menjaga kesihatan kulit dan juga membantu membakar kalori dalam badan. Isi je dalam botol kecil dan letak dalam handbag. Tak berat pun. Senang kan ? Boleh amalkan setiap hari. Time drive ka time dalam kelas atau office sangat digalakkan sebab menggunakan tenaga yang banyak.

  • Jangan merokok.
- Yang ini tak dak kut yang merokok. Tapi tak mengapa , aku pesan juga. Merokok nih boleh merosakkan kulit dan juga menjejaskan kesihatan. Semua orang tahu kan membahayakan nyawa juga. Kalau kata nak kuruskan badan , kurus sebab merokok hanya kerana badan kita dah berpenyakit, so kuruslah ! Jika orang lain memilih antara sihat dan berpenyakit... mesti orang nak sihat kan ? Sapa mahu kurus tapi dah kena potong kaki sebab merokok. Mau ka? 


  • Banyakkan Senaman 
- Pagi pagi senaman ke idok ? Hoho.. Baik untuk kesihatan jika bersenaman menjadi rutin harian. Elok untuk rohani jugak. Dah malas nak ke taman tu, buat jer lah senaman di rumah. Lari setempat ke, jangan lari dari rumah pula. Lompat bintang seronok sikit. Enjoy. Jangan malas sangat untuk senaman.. Lepas bangun pagi tu , cuba regang kan badan sikit untuk melancarkan kembali peredaran darah. Tak lah kusam jer pagi pagi.

  • Tidur yang cukup
- Haaa... yang ini geng aku. Siapa tidur lewat malam angkat tangan ? Haha. Ramainya yang tidur lewat malam. Nak buat macam mana an ? Kerja banyk terpaksa tidur lewat malam. Tapi nasihat aku yang tak berapa nak  betul ni, jangan lah korang berjaga lewat malam. tak elok tu.. aceeyhh, nasihat pandai aku nih.. Tapi serius lah, tidur lewat malam boleh buat wajah kelihatan tua dan mata akan menjadi panda. kan kan ? Tidur bagi kanak kanak , at least 6 Jam sehari. Bagi dewasa 5 Jam sehari.

  • Makan yang cukup bukan berlebihan yer
- Jangan sebab nak kurus , korang rela kelaparan setiap hari. Cara yang efektif , makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang. Sunnah Rasulullah SAW tue. Makanan memberikan tenaga dan vitamin yang diperlukan oleh tubuh badan tapi tengok juga makanan tue. Jangan minyak berlebihan. Pastikan menu makanan seimbang dengan piramid makanan. Elakkan campuran lauk pauk antara darat dan laut.. Jika lauknya darat maka darat. Begitu juga lauk laut. Jangan penuh dengan junk food semata mata dan maggi segera seeloknya di kurangkan. Tidak elok juga untuk buah pinggang. Maggi mengambil masa yang terlalu lama untuk diproses dalam penghadaman kita. Maka dielakkan lah yer.

  • Ketawa Penghibur Kelukaan dan Kedukaan
- Ketawalah bila bergurau senda dengan family atau kawan kawan sebilik ke seofis ke.. Jangan asingkan diri korang atau menarik muka masam kelat. Ia akan menambahkan kedutan pada wajah dan akhirnya di anggil Tua Dari Usia. Be Happy and chill up. Bangun pagi saja, otak perlu berfikiran postif. Bagaimana mahu berfikiran positif ? Caranya bersyukur lah dapat hidup lagi, boleh berjalan, ada mata boleh melihat dan sebagainya. Sentiasa bersyukur yer.

Haaa.. amacam ? Dah tahu selepas ini nak buat apa dan apa yang perlu diamalkan ? Mudah kan , bukannya susah pun. Aku pun baru nak ikut ikut step semua nih. Sama sama lah yoo kita buat. Haha. Okay lah. Sebenarnya aku taip nih tepat jam 1.04 PAGI !! haha. Tidur secukupnya konon. Hampeh..


:)


Tuesday, January 19

Kebaikan Madu Untuk Wajah dan Bibir



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 
"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”

Assalamualaikum dan selamat petang,

Pada si ladies ladies mesti frust kan bila muka berjerawat batu bagai , jeragat sana sini , kulit kering dan kusam ? Kadang boleh jadi bad mood terus seharian tu. So, aku nak kongsikan perkara yang selalu aku buat. Aku hanya menggunakan madu sahaja. Ya , madu lebah tu. Tak percaya. Meh aku cerita Kebaikan Madu untuk Wajah. 


Amboi Pooh nih.. Sekali badan dia mandi madu.

Bila awak seorang wanita mesti ingin tampil cantik pastikan awak mengetahui manfaat madu untuk wajah dan kecantikan. Sebab madu merupakan salah satu bahan yang didalamnya terdapat pelbagai nutrisi yang baik untuk kulit. Antaranya khasiat madu untuk wajah ialah melembabkan kulit wajah yang kering. Kemudian, kandungan antioksidan yang ada pada madu juga dapat mencegah penuaan kulit.

Madu merupakan cecair yang terhasil dari  lebah madu, ada sesetengah lebah yang dapat menghasilkan madu secara efektif dan antaranya adalah lebih jenis Apis dorsata. Selain kebaikan untuk kecantikan kulit, madu juga sangat berkhasiat untuk kesihatan tau. Sebab terkandungnya Fruktosa , Glukosa , Maltosa , Sukosa , Air dan lain lain. If korang nak diet pun boleh minum madu. Aku pernah minum. Tapi sekali jer. Hoho.

Jika awak ingin menggunakan madu untuk kecantikan , korang dapat menggunakan secara masker. Ambil madu sapu pada wajah. Selalu aku buat sebelum tidur. Esok pagi, In shaa Allah lembut mulus saja. Tapi ada beberapa cara tersendiri apabila korang nak mendapatkan kebaikan madu untuk wajah yang berminyak ka, berjerawat ka, kulit kering bak Gurun Sahara dan masalah kulit lain pun boleh. 

Bawah ini adalah kebaikan madu untuk wajah dan yang bestnya bibir pun boleh.. Wahh.. Jom jom tengok.

  • Untuk melembabkan kulit wajah.
Bagi sesiapa yang mempunyai kulit wajah kering dan kusam boleh lah cuba menggunakan madu untuk mengatasinya. Caranya dengan menyapu madu terus pada wajah. Untuk lebih efektif , korang juga boleh mencampurkan madu dengan susu, kedua duanya boleh dengan 2 senduk makan. Selepas itu campur ratakan dan sapukan pada wajah. Biarkan selama 10 minit kemudian bilaskan wajah dengan air suam.

  • Mengatasi Jerawat
Antara kebaikan madu untuk wajah ialah menghilangkan jerawat. Cara menggunakannya ialah dengan mencampurkan 1 senduk makan madu murni, 1 sendok makan air jeruk nipis, dan 1 senduk teh air hangat. Kemudian campur rata dan sapukan pada kawasan jerawat atau keseluruhan wajah. Biarkan selama 30 minit kemudian bilas wajah dengan air suam.


Tadi aku sudah terangkan tentang wajah , sekarang soal bibir pula. Yang bibir nih aku baru sahaja cuba. Rasa lain lah bila cuba langkah langkahnya. Rasa tertarik dan merah pink gi tue. Haha. Jom aku kongsikan juga.

  • Mengatasi Bibir Kering dan Pecah pecah
Bila bibir korang kering dan pecah pecah , cubalah sapukan madu pada bibir korang dan biarkan kering sedikit kemudian korang kemam. Tahu tak apa itu kemam ? Kemam itu macam korang makan coklat dan jilat bibir sendiri tu. Itu dikatakan kemam. 

  • Memerahkan Bibir.
Ada tak sesiapa yang bibirnya hitam dan gelap seperti aku. Haa.. Ini langkah aku buat untuk memerahkan bibir kembali. Caranya dengan sapu madu pada bibir korang then duduk diam diam selama 15 hingga 20 minit. Selepas itu bilas bibir dengan air bersih. Kalau nak lebih efektif lagi dengan menyapu madu pada bibir saat malam hari ketika nak tidur dan biarkan sampai keesokkan paginya. Mudahkan ?

Itulah kebaikan Madu untuk wajah dan bibir yang dapat aku kongsikan. Kalau yang tak boleh beli madu , korang boleh je beli Honey Mask di kedai kedai skincare. Kalau nak keberkesanannya terjadi kena lah buat setiap hari sehingga menjadi rutin. In shaa Allah hingga ke tua boleh kekalkan wajah yang mulus gi tue.. hihi. Madu juga dapat mencerahkan dan memutihkan kulit wajah. Cuba cubalah yer. Sekian untuk perkongsian aku yang serba sedikit ini. Semoga bermanfaat perkongsian ini. 

:)



Thursday, January 14

Aku Vs Semut Laptop



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 
"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”

Macam mana lah laptop aku penuh dengan semut nih? Nak kata aku makan sambil taip tak pula. Aku tahu di mana semut tu berada. Di bawah keypad laptop ni haa.. Aku seru keluar lah engkau wahai semut sebelum aku risect korang. 

*Seekor semut di skrin lah, papp! mati pun*

Semut oh semut. Banyak banyak tempat kenapa laptop aku juga kau duduk. Ish ish.. 

Geramnyaa >_<


Friday, January 8

Terobek : Tahun Akhir Bergelar Pelajar Menengah ( Part 4 )


Assalammualaikum and hye.
Dah last part .. Yeahh !! Untuk part terakhir nih, aku ceritakan tentang aku ketika tingkatan 5 iaitu tahun terakhir di sekolah teknik. Sekejap saja masa berlalu. Sudah nak ambil SPM. Pada mulanya excited sangat nak belajar pelajaran tingkatan 5. Dapat saja buku teks, terus kelebek kelebek buku. Senior senior ada kata kalau boleh tajuk tajuk di tingkatan 4, In shaa Allah boleh bawa pelajaran tingkatan 5. 
Pada awal tahun 2015, pengetua pulaa suruh streaming class mengikut peperiksaan akhir tahun. What?! Alamak.. Result akhir tahun aku dulu teruk kutt.. Last sekali aku di kelas ketiga. See? setia sangat aku dengan nombor tiga kan? haha. Ramai cikgu pandang kelas nombor tiga lemah. Ayoyo.. kenapa nak pandang kelas belakang lemah ?? Tapi kan, kelas belakang ada kebaikan lebih dari keburukan. Tahu kenapa? Cikgu tumpu lebih. Cikgu ajar bulat bulat dan smooth jer. Kalau kelas depan, straight sangat. Ajar sikit, selebihnya pelajar yang buat sendiri. erghh.. aku tak berapa suka macam tu. Bukan maksud aku, nak benda yang disuap. Tapi tak suka belajar terlalu straight. Pecah otak weyh nanti. 
Bila dapat kelas nombor tiga nih, faham faham jer lah pelajar macam mana. Jenis bising, huha sana,huha sini.. Tapi yang best nya, kelas aku main main jugak, bila belajar memang belajar betul betul. Dalam kelas aku banyak yang aku belajar, Belajar erti persahabatan, erti kerjasama dalam belajar, erti ketawa bersama kawan kawan, macam macam lah. Kadang rasa satu family jer. Tak rasa asing langsung. Sebab masing masing saling membantu dalam pelajaran. Kalau sorang tak faham, tiga empat orang akan datang pada dia untuk fahamkan dia. Wahh.. memang happy ah dapat kelas macam tu. 

Ini time makan sama sama kuih muih hari raya. Asal cakap nak tangkap gambar jer, mesti pakat lawan sengih depan camera. Yang nak duk depan pun ada. :)

Pada mulanya, agak asing lah sebab dulu kelas tak sama. Lama kelamaan, seolah lama kenal. Masing masing, "hang aku".. Kadang tu ada lah juga bergaduh dengan budak kelas sendiri, tapi nama pun satu kelas mesti saling bantu.. So, jadi okay kembali. Tapi kan.. dalam kelas aku majoriti anak ornag kaya. Kaya? Boleh lah. Aku tak kaya. Nak minta duit dekat mak ayah pun susah.. Walaupun diorang kaya, tapi diorang tak memilih kawan. Semua diorang kawan. Nilai baik yang aku jumpa dalam kelas aku sangat lah banyak. Dari situ aku belajar macam macam.

Hari bertukar hari, bulan bertukar bulan..
 Tak lama lagi SPM..
Setiap kali exam, satu kelas gagal dalam subjek AddMath. Sorang dua saja yang lulus. Yang gagal, walaupun gagal still gelak ketawa. Haha.. Nampak sangat pakat relax saja.. Gagal bersama.. Haha.. Dalam kelas aku masing masing ada kelebihan dalam subjek. Ada yang terror addmath, ada yang ada terror Lukisan Kejuruteraan, macam macam lah.. Malah ada juga yang terror lari balik bila ada kelas tambahan. Huhu.. Biasalah nakal tu tetap ada.
Tiba SPM, masing masing tiada masa tegur sapa antara satu sama lain sebab masing masing pegang buku untuk exam seterusnya. Tapi ada lah juga tegur untuk menanyakan soalan yang lepas lepas telah dijawab. Sikap aku kalau dah lepas jangan diungkit. Maksudnya jangan dibincang. Kepada yang nak ambil exam, lepas sahaja exam, jangan bincang. Sebab ia akan mengurangkan keyakinan kita terhadap usaha kita. Serah kepada Allah. Tawakal. Kita sudah usaha. Doa dan tawakal selepas itu. 
Sebelum hari terakhir peperiksaan iaitu last paper (Pengajian Kejuruteraan Awam) , satu kelas merancang untuk adakan jamuan kelas buat kali terakhir iaitu kenangan terakhir lah.. Sedih sebab masing masing akan bawa haluan masing masing selepas ini. Bila tengok muka kawan kawan kelas, hati aku sudah memaafkan sepenuhnya pada yang pernah usik, pernah ada dalam kelas, pernah kenal. Walaupun diorang tiada salah dengan aku, aku tetap memaafkan. Harap diorang menjalani kehidupan dan ujian dengan baik.
Jamuan terakhir kelas aku diadakan di Joned Cafe. Chicken chopnya sangat sangat sedap tapi dah sejuk. Sebab dah lama terhidang di atas meja. So jadi sejuk. Ada burger. Yang burger aku makan sikit saja. Sebab terlampau kenyang. Selepas saja makan dengan sedap dan banyak suka , itu perut sudah kenyang, tiba tiba masing masing mood datang untuk selfie dan take picture bersama untuk kenangan. Still ada dalam gallery phone. Nak delete , tapi sayang. So, aku ingat nak print dan simpan untuk ditunjukkan kepada generasi aku nanti.Hahaha. :D
Ini gambar ahli ahli kelas aku. Semua muka nampak gelap sebab tempat pun gelap depan rumah orang pulak tue. Haha.. 

 
Ini jejaka jejaka dalam kelas aku, aceeywahh.. So, kepada makcik makcik yang mencari menantu lelaki, boleh lah pilih. Semuanya masih terbang mencari bunga, maybe lahh.. Ada yang dah jumpa bunga. Hahaha.. Joke kay?

Ini pula si gadis gadis yang hadir di jamuan. Masing masing duk jauh. So, tak dapat nak jumpa lah.. Perak lah, yang duk daerah jauh pun ada. Rinduu sesangat. Rindu nak bergossip, mengusik, mengutuk sesama sendiri. Haha.. Rindunyaa !

Keseluruhan cerita aku, tidak kira lah kita kelas belakang atau kelas hadapan sekali pun, kejayaan kita bukan daripada kelas depan. Dalam dunia tiada yang bodoh atau pandai, yang ada rajin dan malas. So, pada kakak adik abang yang fedup dengan studies, ingat, kalau rajin ada hasil kemudian hari. Penat dahulu, buahnya akan dapat kemudian hari. 

Selama dua tahun di sekolah teknik, aku banyak belajar tentang kehidupan. Suka, duka, luka dan gembira ketawa semua aku rasa di sekolah nih. Sekolah bukan lah tentunya kita dapat berjaya. Yang rajin akan berjaya. Yang malas, emm..... Fikir lah sendiri. hehe. 

Hope enjoy dengan terobek yang aku taipkan dan harap ada pengisian dari entri aku dari  Part 1 , Part 2 , Part 3 dan entri yang Last Part ini. 

Ingat !

Bukan senang nak jadi senang,
Bukan susah nak jadi susah.

:)

Thanks for reading :D

Byee~

Wassalam~



Thursday, January 7

Terobek : Selama Dua Tahun Bergelar Technical Student. (Part 3)

Assalammualaikum and hye.
Hello hello. Nak kopi ka nak milo ?? Hehe.. okay. I'm here.. Bagi yang terlepas episod Part 1 dan 2, jangan lah rasa frust tak menentu tarik baju, tarik rambut pula. Klik sini bagi Part 1. Bagi Part 2 pula, Klik Sini pulaa kay.. Enjoy your reading. Walaupun, tak enjoy if korang baca , Harap membantu anda serba sedikit tentang sekolah teknikal. 
Okay kita kembali semula kepada tajuk entri kita yang sebenar benarnya. Dah masuk Part 3.. Yeahh!! Seperti yang korang baca (( Jika baca )) di " About Me " , aku merupakan salah seorang pelajar bagi jurusan Kejuruteraan Awam. Okaylah. Kejuruteraan awam bukan mudah dan jugaaa tak susah. Tahapnya sederhana sahaja. Tak susah dan tak senang. Pada mulanya jejak kaki di Form 4. Ohh Yaa.. untuk makluman dan pengetahuan anda , sekolah teknikal hanya untuk Form 4 dan Form 5 sahaja. Form 1, 2 dan 3 tiada di sekolah itu. Harap pada adik adik yang nak masuk menengah rendah jangan di isi borang pula yer :)
Kejuruteraan awam terdapat 10 subjek. Iaitu :-
  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Sejarah
  • Fizik
  • Kimia
  • Matematik Tambahan
  • Matematik
  • Pengajian Kejuruteraan Awam
  • Lukisan Kejuruteraan
  • Pendidikan Islam
Subjek yang disebut di atas, amat amatlah perlu latihan yang banyak. Seperti aku, aku banyak baca nota. Bila exam tak berapa dapat tahu sangat bentuk soalan macam mana. So, nasihatnya, walaupun belajar dan baca nota tapi tak tahu bentuk soalan yang lazim naik takboleh juga. 

Apabila aku masuk sekolah tu, time tu aku budak asrama. Punya excited nak masuk asrama, hari yang sama aku daftar tu aku masuk asrama. haha. Sebab tak pernahtahu life tinggal asrama macam mana. :D 

Di asrama aku dapat Dorm G6. Menurut kata senior senior di asrama tu, G6 ialah dorm legend dan bermasalah tahun sebelum ni. So sad but happy. Pada malam pertama di asrama, ada sesi perkenalan dengan ahli ahli dorm. Banyak yang datang dari pelbagai daerah malah negeri pun ada. Dari Negeri Sembilan. Ore nogori. Haha. Macam macam kerenah dan perangai ada pada ahli aku tue. Sewel lah, happy go lucky lah. Pada malam tu juga, kami satu dorm tidur lewat.


Ini lah ahli ahli dorm legend G6. ber'huhu' jer tahu

 Disebabkan kelewatan itu, keesokan harinya aku ke sekolah agak lambat sedikit. Tapi maklumlah budak baru. Huhu.. Tak kena tahan pun. Pada hari pertama persekolahan , di sekolah tu adakan orientasi pada pelajar baru form 4. So, mudah sangat dapat kawan. 

Orientasi menjadi kenangan bagi Batch 98 di sekolah tu. Sehingga berat hati untuk akhirinya. Apabila mula pembelajaran, aku belajar seperti biasa. Kelas bagi jurusan Kejuruteraan awam ada tiga kelas iaitu 4 KA1, 4 KA2 , dan 4KA3.Aku dapat kelas 4 KA1. 

Ini ahli ahli atau dipanggil budak budak kelas 4 KA1. Hyper active ada, burung murai ada, Ustaz ada, pelbagai watak ada dalam kelas nih. Tapi memang menyeronokkan berada di kelas 4 KA1. :)


Pembelajaran aku di sekolah tu berjalan lancar. Cuma.... sejak masuk asrama aku selalu tak cukup tidur dan akhirnya aku selalu tidur dalam kelas. Tak pernah sikap aku macam tu selama aku belajar. Akhirnya aku bertahan sehingga bulan 9. Bulan 9 terus aku keluar sebab result exam aku jatuh teruk sekali dan aku selalu tertidur dalam kelas. Bila aku keluar sahaja dari asrama aku cukup tidur dan selesa belajar seperti biasa.

Hari bersilih ganti, akhirnya tamat pembelajaran aku di form 4. Macam macam aku belajar pada usia 16 tahun. Erti kawan, erti persahabatan, macam macam lagi lah.

**Cuti sekolah selama sebulan **

Aku, buku dan SPM... akan bersambung pada Last Part akan datang tidak lama lagi...

byee~ Hope ada pengisian...

Wassalam~


Terobek : Perasaan Dapat Sekolah Diidamkan.(Part 2)


Assalammualaikum and hye.
Okay. Aku nak sambung kisah Terobek aku yang seperti aku katakan. Part 2 !! Yeah.. Sesiapa yang belum baca Part 1.. Sila [Klik Sini]. Jika ada pendapat atau pandangan tentang Part 1 tue, tinggalkan jejak kaki di komen kay? 
Okay kita teruskan topik kita yaa.. :D
Sebelum dapat result PMR, aku ada isi borang online ke Sekolah Teknik. Pada mulanya hati debar sangat. Terfikir sentiasa dapat ke tak? Apapun, kita sebagai orang Muslim kena lah bertawakal kepada Ilahi. Walaupun depan rumah jer, hati tetap inginkan. Kadang tu lalu depan sekolah teknik tu pun, lambai lambai tangan, siap cakap  "Hai teknik, tunggu aku datang tau"
Haha.. Nampak tak betapa aku gilakan teknik? Sampai family aku pun cakp aku  meroyan teknik tu. Haha. Biarlah. Tetap nak teknik !! >_<
Pada awal 2014 iaitu Bulan Januari, aku masih belajar di SMK Tunku Sofiah. Sementara tunggu keputusan dapat atau tidak teknik. Di sekolah aku dapat kelas Sains Tulen. Bila masuk sains , belajar macam biasa lah. Fizik, Kimia , AddMath dan Biologi. Yang Fizik okay lagi berat mula mula tajuk. Bila Bio, masuk bab 1 jer, terus otak stop. Haha.. Memang tak minat Bio. Sebab tajuk tentang majoriti ke arah Doktor. Kita nak jadi engineer lah.Inginkan jalan pintas ke engineer.hehe. Dengan usaha lah. 
Dua tiga hari lepas tu, kawan kawan aku cakap diorang dapat mesej yang diorang dapat teknik. Aku pun, what ?! Kenapa aku tak dapat apa apa mesej pun? Balik terus nangis, Mama dan abah pun cakap. Tak mengapa , maybe tiada rezeki. Lepas tu aku belajar seperti biasa di sekolah tu. Dua tiga hari lepas tu, diorang cakap check online dekat laman web teknik tu dapat atau tidak. Balik dari sekolah ja, terus aku buka laptop a.k.a Kiki untuk check dapat atau tidak. Masukkan No IC dan Angka Giliran tak silap aku. Papp!! Dapat wehh dapat.. yeahh!! 
Sebab suka sangat, aku terus,
"Abahh!! kakak dapat teknik.."

Abah aku tersenyum then terus peluk aku. Mama pun peluk siap wish tahniah lagi. 
Mama aku cakap ,
"Tahniah kak, akhirnya langkah kak nak menghampiri cita cita kak"

Sebak sangat.
Bila dapat tu, dia suruh daftar pada tarikh 21 Januari 2014.Hati masih riang lagi time tu. Bila dapat tahu ada asrama , hati excited sangat nak masuk asrama, Iyelah tak pernah duk asrama.Nak merasa duk asrama. Walaupun rumah depan sekolah. Haha. 
Ini pula Muka depan pintu pagar Sekolah Menengah Teknik Alor Setar. Bus stop tu lah aku selalu tunggu mama dan abah aku datang ambil lepas habis sesi persekolahan.


Ini pula pintu gerbang. Bukan pintu gerbang Istana tapi pintu gerbang masuk ke sekolah. Dalam sekolah ni, ada lima kos, iaitu Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan Elektrik dan elektronik, Kejuruteraan Mekanikal, Sains Pertanian dan Perdagangan.

Semua subjek sama sahaja seperti subjek Sains Tulen di sekolah harian. Ada Fizik, Kimia dan AddMath. Yang bezanya. Kejuruteraan dan Perdagangan tiada Biologi. Sains Pertanian ada Biologi. So, pada sesiapa yang nak jadi Ahli Forensik ke,jadi pertanian ke, Doktor pun boleh ambil bidang Sains Pertanian. Bagi yang akauntan, atau di panggil Perdagangan juga boleh. Kejuruteraan tambah subjek pengajian kejuruteraan masing masing dan Lukisan Kejuruteraan. Semua subjek ada 10 subjek. Subjek kos mengikut pada kos yang korang ambil lah. Pada mulanya memang agak sukar. Tapi lama kelamaan korang akan faham semuanya dengan adanya kelas tambahan petang, tuisyen bagi budak asrama. Kelas tambahan malam pun ada. So, tak risau sangat. 

Pada luaran Sekolah teknik, sebenarnya dalam luas sangat. Serius luas. 


Tengok? Luas kan. Blog Kuning tu, ialah asrama perempuan. Asrama lelaki pula yang tulis blok E dan D. Blok D disebalik Blok C tue. Blok hijau sebelah kanan anda pula ialah blok form 5 kos Perdagangan, Kejuruteraan Mekanikal dan Sains Pertanian termasuk lah Library, Bilik UTP, Bilik Nilam dan Koperasi. Blok oren yang sebelah kanan juga ialah Blok form 4. Blok tu semua form 4 blok tu sahaja. Bagi Form 5 dua blok. Blok yang sebelah kiri warna agak suram tu ialah dewan diberi nama Dewan Budiman. Sangat puas hati dengan sekolah nih. Cikgu pun baik baik dan sangat tegas. Boleh buat pelajar disiplin sepenuhnya lah jugak. Disiplin? Boleh lah. Boleh lah.Pada yang badan gempal seperti aku dahulu, kalau jalan di sekolah nih, memang boleh turun berat badan yang sangat banyak. Sebab semuanya jarak yang panjang untuk berjalan ke sesuatu tempat. Lepas keluar dari sekolah ni, aku dapati berat badan turun sangat banyak. Hahaha. Tak pergi Gym pun. Bukan sombong kay?
Sekolah aku juga ada Pra Universiti atau dipanggil Tingkatan 6. So, jika korang nak sambung ke teknik untuk Tingkatan 6/ Pra Universiti sangat sangat di alu alukan. Baju pun bebas. Baju kurung bagi perempuan, baju kemeja bagi lelaki. 
Korang mesti enjoy punya. Bagi adik adik yang nak sambung tingkatan 4 di teknik sila isi borang di laman web Kementerian Pendidikan Malaysia. Kak tak boleh beri link. Takut KPM tukar link ke kan? 
Sampai sini sahaja entri Part 2 aku. Nanti aku entri kan Part 3. Disitu aku akan ceritakan perjalanan dua tahun aku di sekolah ini. Harap dapat membantu kepada sesiapa yang nak ke teknik tapi masih blur. kay? 
byee~ 
Wassalam..

Terobek : Pengalaman Di Sekolah Bersosial. (Part 1)

Assalammualaikum and hye ,
Sekolah teknikal sekolah yang aku idam selama tiga tahun. Start Form 1 sehingga Form 3 hati membuak buak. Rumah dan sekolah yang aku kata kan itu , tidak jauh pun. Mengambil 3 minit untuk sampai ke sekolah tue. 
Pada mulanya, awal tahun 2014 iaitu bulan Januari lah kan, aku belajar macam biasa di sekolah lama . Sekolah harian jer. Tetapi sekolah tu sekolah perempuan. Semua perempuan. Boleh dikatakan lelaki boleh dikira pakai jari.Lelaki yang ada sikit jer termasuk pakcik cleaner dan cikgu lelaki yang mengajar di sekolah tue. Sekolah tu tidak lah femes, tetapi selalu dikatakan masalah disiplin yang terlampau. Pendapat aku, bukan salah sekolah atau guru di sekolah tu, tetapi maybe salah pelajar. Kekadang pelajar inginkan kebebasan tersendiri atau inginkan keseronokkan semata mata . Tidak menjadi masalah tapi ilmu kena lah utamakan.
Sekolah yang aku menuntut ilmu pada usia Form 1 sampai lah Form 3 ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Sofiah. 


Bagi aku, sekolah nih Perfect. Cikgu cikgu sini memang 80% bagi jer maklumat ,nota , dan kadang tu latihan yang selalu masuk exam diberi. Kat sekolah nih, boleh dikatakn relaks sedikit. 

Soalan 1: Macam mana Nbla hadapi sekolah sosial tue??

Ehmmm.. Pada mulanya nbla masuk sekolah tue, (hati terpaksa) nbla dah ada kawan sekolah rendah. Memang kebanyakkan ke sekolah itu. 5 A UPSR pun ada. Alasannya sebab mudah parent nak datang ambil. Tidak jauh. Untuk hadapi sekolah yang agak bermasalah bukan mudah seperti petik jari. Di sekeliling banyak negatif dan juga banyak positif. Tapi bergantung pada pendirian kita lah kan. Kalau kita tanam pada diri nak belajar betul betul, kita akan dapat tue. Kedua pemilihan kawan juga perlu. Pilih rakan yang betul betul nak belajar bukan main main. Sekolah aku di dalam taman. Dalam taman tu pula ada taman permainan. Taman permainan tue lah menjadi tempat 'Berdating'. Pernah lah tengok diorang 'berdating'.. Eh eh.. aku tak join kay? Aku just lalu dan tengok macam tue saja. Tapi normal lah seusia remaja suka ber'couple'. Jiwa diorang. Aku? No komen. haha.Lelaki tak dak dalam sekolah aku, so, lelaki mesti tunggu luar pagar sekolah. hehe.


Soalan 2 : Nbla study macam mana di sekolah tue??

Nbla ke sekolah untuk belajar betul betul. Time UPSR nbla dapat result yang memburukkan :'(
2 A 2 B 1 C.. teruk kan? Dari UPSR , membuka mata hati dan segala mata untuk study dengan baik lagi. Nbla ke sekolah memang padat dengan jadual persekolahan. Time belajar ,nbla fokus betul betul. Time main , sikit sikit jer lah. Main jugak.. haha.. Belajar kita belajar, kalau main, kita main. Study tak boleh belajar je straight to the point. Kalau nbla tak faham sesuatu, bila lapang sikit, nbla cari cikgu untuk menanya soalan tue
.
2011
Time form 1, aku agak malas sedikit. Mood nak main main tu masih ada. Biasalah pelajar mentah mesti mood main time cuti sekolah belum habis. Hoho.. Tapi lama kelamaan rsa enjoy belajar. Geografi suka sangat bab bab banjaran, gunung. Sejarah paling meloyakan dan selalu dapat result tak sedap mata memandang. Form 1 aku dikelas nombor tiga. Kelas 1 C. Time aku tu, tak tukar nama kelas lagi. Kelas nombor tiga dari enam kelas. Bila duk kelas nombor tiga, kita rasa selesa lah jugak. Sebab kelas tengah tengah. Bab orang kata, pandai pun tak, lembab pun tak. Hehe. 
2012
Time Form 2 pula, tetap kelas nombor 3. Nampak tak chemistry aku dengan nombor 3? Haha. Naik form 2 nih, aku memang nak belajar. Dari ujian penggal 1 hingga ujian pertengah tahun, aku selalu dapat nombor satu dalam kelas. Pada ujian akhir tahun, aku jatuh. Dapat nombor 13. Time aku ujian akhir tahun, mood aku down sangat sangat. Sebab mendapat berita sedih, tokwan aku kembali ke Rahmatullah. Sedih sangat sehingga mood nak study terus hilang. Lama juga aku bangun kan semangat aku. Semoga tokwan aku ditempatkan orang beriman. Aammiin..
2013
Disebabkan result aku teruk pada akhir tahun tahun lepas (2012), aku still kelas nombor 3. Hehe.. Setianya aku. Acewaahh.. Semangat aku untuk berjaya dalam PMR semakin membuak buak. Aku belajar betul betul. Nombor 1 aku berjaya genggam dalam tangan semula. Pada exam percubaan PMR aku dapat 1 A. Menangis betul betul aku balik rumah. Tapi mama dan abah aku still bagi kata kata semangat pada aku. Usaha punya usaha, aku dapat kelas Elit. Kelas E lit nih ialah kelas yang pihak sekolah fokus dan tumpu untuk mendapat 8 A dalam PMR. Alhamdulillah berkat usaha, doa dan tawakal. Aku berjaya mendapat 5 A 3 B dalam PMR. Bersyukur sangat.
Tidak kisah lah sekolah bersosial ke, sekolah apapun. Yang utama mestilah pendirian, rakan juga penting , bagi muslim pula ialah nafsu nak bercinta jangn dilayan, iman kena kuat. Sebab kalau iman kuat, memudahkan perjalanan korang menuntut ilmu. Belajar mudah hafal. Umur 13-17 , Bagi aku masih mentah untuk bercinta. Lebih baik belajar dahulu.
 
Masing masing ada kisah di sekolah masing masing. (( Tak dak gambar gambar di sekolah tu ker?)) Tak der.. :'( Sebab camera tiba tiba buat perangai merajuk nak coco krunch, lepas tu. tak nak keluarkan gambar gambar tue. Camera lama. Faham faham jer lah kan. 
Ini kisah pengalaman aku menghadapi di sekolah bersosial. Bukan mudah menghadapi sekolah yang bermasalah. Tapi, keseluruhannya aku enjoy sekolah tu. 
Nantikan entri Terobek (Part 2). Kisah apa ek? hehe.. shuhhh~ ((jari telunjuk di bibir))..
bye~
Wassalam~
 

Template designed by RRAI | Hak milik Nur Nabila | All rights reserved