google facebook twitter instagram
Powered by Blogger.
  • Home
  • About
  • Review
    • Drama
    • Movie
    • Novel
    • Product
  • Story
  • Tips
  • Love
  • Exchange Link

Nur Nabila


Assalammualaikum dan hi.


Baru sekarang menyompat nak ngedatenyoo dengan blog ni haaa. Sejak menjadi student kembali , busy bebenor gueeee.

Back to topic. CONGRATULATION ABAH KU !

Siapa sangka , abah yang busy kerja tuuu , yang busy pergi gym tuuu, dapat juga habiskan sesi pembelajaran. Without repeat paper okay ? ( malu aku kalau aku ada repeat paper. ngehhh ) Walaupun abah seorang yang kuat bekerja tapi semangat dia nak belajar semula terrrsangat kuat. Banyak kali abah mohon untuk sambung belajar. 

Tapi, boss abah tu selalu tak bagi, katanya memerlukan perkhidmatan abah lagi. Lepas je boss abah tu ditukarkan tempat , boss baru terus bagi abah sambung belajar. Apalagi , seronoklah abah nak pergi belajar. Setelah 1 tahun , konvo juga Paklan gueee. hehehehe

I sanggup ponteng kelas semata mata nak celebrate konvo abah gais. hehehe. Nasib lecturer bagi . Kalau tidak , menangis iolls video call jer dari jauh. 

Nanti abah pi konvo kakak pula ok? hohoho bawa bunga besyaaak besyaakk


huyoooo. Abah siapa tu ? Handsomenyaaa. Patut anak dia segak. pfftt!


Abah mohon untuk sambung belajar di Universiti Kebangsaan Malaysia. Ini kali ketiga abah sambung belajar. Tapi kali ni abah ambil  Diploma Pasca Siswazah Kerja Sosial. Sepanjang abah belajar, abah ambil cuti sementara bekerja tanpa gaji sebab nak fokus untuk belajar. Bayangkan , lepas je abah praktikal terus masuk kerja dengan jawatan lebih tinggi. Wow, bebetul jadi idola bagi anak anak dia ni. hehehe. Tapi anaknyooo ni idolakan orang lainlah pulokkk ngehh. 

Siapa sangka umur dah nak masuk 50 an pun masih nak belajar. Alahai ,aku yang umur baru masuk 20 an dah nak pecah otak habiskan assignment. Itupun buat last minute hehehe. Student life ok. Macam ni lah. Kau submit awal , kau tak legend arh. Hahaha.


Tersenyum helookkk aih abah. 


Bila abah sambung belajar , mama lah yang take over ambil dan hantar adik ke sekolah . Even sebelum tu pun abah memang kerja jauh dari family , tapi weekend abah baliklah. Weekendlah paling best sebab abah bawa jalan jalan , kadang abah belanja nak beli apa (wuhooo paling indah ) hehehehe bukan pau ok? Memang abah akan luangkan masa tu dengan family. Sesibuk pun , family time kena adda juga ok. Araso ? 

Haaa nak tahu tak ? bila abah naik pentas masa nak ambil sijil tu , fuhhh sebak beb hati gueeee. Aku rasa nak jerit dalam dewan tu, " Itu abah saya . Abah saya handsome." Nasib protokol jer , kena sopan santun gituwww. Ketidak aku dah melalak macam dekat pusat karoke tu haaa. hahaha mau mengamuk abah aku kang.



Betullah orang kata .
" Disebalik kejayaan seorang lelaki ,
terdapat seorang wanita yang selalu sokongnya."
Itulah mama saya.

I wanna be like her , keep supporting her partner till die.

Have a fun day , guys.

Assalammualaikum dan hai


" Setiap pertemuan akan ada perpisahan. Sama ada perpisahan hidup atau yang pergi dahulu "

Selama 3 tahun bersama dengan classmates , macam macam aku hadap bersama mereka. Ada gaduh , ada makian , ada gangguan emosi , kesibukan kelas bagai tapi paling aku rindu bila semua bersama sama sewaktu test ataupun kuiz memasing bantu each other untuk me'toyol'. Oh God ! I really miss you that moment !

Kesemuanya menjadi satu kenangan yang akan aku ingat sampai bila bila. Dari kawan menjadi satu family kecil yang sangat aku sayang. 


27 HEARTS 


27 HATE

Apatah lagi masa Final Year Project , stay sehari di bengkel sehingga subuh. Time semester 4 pula, memasing stay di dewan makan sebab siapkan proposal dan drawing hingga sahur. Sanggup korban masa tidur hanya demi satu kejayaan.

Time semester 5 , kita gigih habiskan projek FYP hingga memasing tak sempat makan. Ada yang tolong belikan dekat member yang jalankan mesin. Paling sweet ! Time member ada problem dengan mesin, sanggup yang lain stop mesin hanya sebab nak tolong. Saat mata alat patah, memasing backup tak bagitahu encik. Hahahaha. 

Saat ada yang kemalangan , memasing risau dan berdoa sangat semuanya baik baik saja. Ada yang sanggup stay di hospital temankan member yang sakit. Terrsangat berharga sebuah ikatan persahabatan. Mereka bukan kawan tetapi mereka ibarat keluarga yang besar  yang protect each other.

Pakdo dah macam ayah family dalam gambar ni. HAHAHA.


Kenangan di SEDIM paling takkan lupa sampai mati. Mandi sesama , main games dalam air macam bebudak. Bakar ayam sesama . Sanggup budak lelaki habiskan duit minyak , ride jauh sebab nak datang ke SEDIM tu. Bila balik , pergi makan sama sama. Drive sama sama. Memang takkan lupa !

Budak lelaki main games dalam air lepas tu baling member dalam air. Aduh, memang lawak dan PALING BEST .

Fyi, time semester 1 kami semua tak rapat. Memasing just tahu nama dan jumpa di kelas saja. Tak jumpa di luar kelas. Tapi, makin lama makin rapat kami dah boleh suaikan diri dengan keluar sesama satu kelas dan boleh makan di kafeteria sama sama satu kelas. Bayangkan , meja panjang jadi meja budak kelas kami saja. Penuh dengan kami satu kelas




Abang dan kakak yang paling benci tapi depa protect adik adik. huhu


Time ni panas betul ! Hanya kerana sekeping gambar , sanggup berpeluh masa bergambar. 




Ni kalau pengarah tahu, memang kena satu kelas.


Tak cukup 27 hearts. Tapi isokay tetap ingat.


 Masih terngiang di telinga panggilan MAKCIK dari budak kelas. Sebab apa ? Sebab aku suka pakai tudung sarung kut. Serius aku dalam kolej memang takdak mood nak bersiap cantik bila pergi kelas sebab dalam kepala just fikir " Pi mengaji jer pun.".

Tapi, biasalah perempuan. Ada juga akan melawa dari masa ke masa. Sehingga semester 5 , panggilan makcik masih melekat. Pada mulanya, agak marah lah juga tapi bila fikirkan balik, alah hanya sekadar gurauan yang biasa. So, aku bole terima dengan hati terbuka. Panggilan tu juga nanti aku akan ingat. 

Tunggu aku kaya , aku cantik ! HAHAHA



Saat memasing tandatangan bola ni, terfikir juga "Kita akan berjumpa lagi ke ?" Entahlah, hanya mampu berdoa agar semua berkumpul kembali. One day.

P/s: Hampa, terima kasih untuk semuanya. Dari awal perkenalan hingga akhirnya , hampa memang the best. Dah macam adik beradik. Aku doa hampa berjaya dunia dan akhirat. Macam mana kita berpisah , aku harap kita akan kumpul semula dengan bilangan 27 hearts. Bila berkumpul, aku akan lawa punya. Hahaha. Semoga berjaya TKP's. Jaga diri hampa . Thank you .

Till we meet again. In shaa Allah.



Have a fun day , guys.
                                           

Assalammualaikum dan hai 

Lamanya aku tak buka blog. Namapun student mestilah bermula dengan hidup 'LIFE STUDENT' yang sibuk dengan assignmentnya, dengan kuiznya, testnya nya nya nya lah. Selalu nak update tapi sibuk study. Lagipun, studyweek sudah hampir. Ayoyo.

Hari ni aku nak menceritakan tentang #TeamFamalia. Pada mulanya aku tak jangka aku akan terpengaruh dengan hasutan hasutan shuttle badminton. :P

Azam bermain badminton hanyalah sebab nak buang lemak di badan. Makin hari makin aku tengok berisi.Aku pula seorang yang amat malas berjoging. Sebab aku taksuka berlari. Penat sangat. So, penyelesaiannya aku main badminton after maghrib or after isyak.

Hello, siapa cakap badminton just berdiri setempat saja? Berlari juga okay.. Tapi tak berlari macam joging.. Ingat senang ke lari sana sini kejar shuttle? Tak dan tak semudah itu. Memandangkan aku selalu bermain dengan Dayana *mohon bangga aku sebut nama hang diblog* , maknanya main secara beregu. Dayana jaga depan dan aku jaga belakang. Kenapa aku jaga belakang? Sebab aku lebih tinggi dari Dayana. Huahuahua.

Nampak tak? Aku 'tinggi' dari Dayana? :P

Aku jaga belakang sebab aku pandai jaga belakang saja. Depan aku memang tak pandai, tambah tambah main net. ERGH !

Aku dan Dayana main hanya suka suki dan memandangkan Dayana nak 'diet' *diulangi, DIET!* ,tiba tiba , kami berdua jadi Mak Senah dan Mak Jemah terjun ke Team Famalia bermain untuk pertandingan badminton tertutup JMTi. Dengan masih mentah dalam bab bab badminton, aku dan Dayana dengan redha join Team Famalia. Main game pun ikut nasib saja. Huahua. Nampak tak semangat nak menang takdak? Hahaha..

Main punya main, kami dapat ke semifinal. Wow! kira power jugaklah aku dan Dayana. Tiba tiba time semi, kami berdua menjadi sasaran dan harapan untuk ke final. Aku lihat seorang demi seorang ahli Team Famalia, semuanya muka muka nakke final. So, aku cakap pada Dayana " Kita kena menang. Sebab hanya kita akan bawa Team Famalia ke final ". Dayana hanya mengeyakan apa yang aku katakan. Sumpah , seolah nak pergi berperang. Sebab semuanya terletak pada game aku dan Dayana bermain. Pada mulanya menang, game kedua...... em... MENANG !

Akhirnya, diumumkan Team Famalia ke final lawan Team Staff. Team Staff?! What?! Team staff adalah team yang pandai smash dan memang terbaik gamenya.. Aku dan Dayana be like -_- " Habislah kitaa... Pernah main game dengan mereka, dan aku dan Dayana kalah. Nampak dah Team Famalia akan menjadi Naib Johan.

Muka muka Team Famalia.
Pemain single lelaki perempuan , pemain beregu lelaki perempuan dan campur lelaki perempuan.
*seluar aku macam Aladdin.huahuahua*


Menang sama sama , kalah sama sama. Itu perkara yang tertanam dalam diri masing masing.. Apa yang aku boleh kata, team Famalia the best. Sentiasa bagi sokongan pada ahlinya walaupun mereka tahu ahli mereka lemah dan tak semangat dah. Always support each other tepi court.

Pada malam final, semua pemain dikehendaki masuk ke dalam dewan. Ramai gilaa student yang datang tengok pertandingan final malam tu. Tak ketinggalan juga budak budak kelas aku. Sayang gila kat hampa TKP oihh. Datang support budak kelas main. Aku rasa kalau takdak budak kelas main memang hampa tak turun , tidur dalam bilik atau layan movie. Almaklumlah weekend, mana ada tidur awal. Huahuahua.

Walaupun aku dan Dayana penat sebab kelas dari pagi hingga ke petang, aku dan Dayana tetap nak bagi all out malam itu. Main hingga puas hati, sampai rasa diri dah letih secukup cukupnya.Pada mulanya pemain single lelaki. Single lelaki kalah dengan 2 kalah 1 menang. Tak mengapa. Aku tengok dia mainpun memang secukupnya. All out gila. Kedua, single perempuan. 2 kalah 1 menang. Nampak dah team Famalia akan menjadi naib johan. Begitu juga , beregu lelaki. 2 kalah 1 menang.
 Oleh itu, secara cepatnya. Aku dan Dayana tidak bermain malam final sebab team Staff menang tiga game.
Alhamdulillah, kami mendapat tempat kedua iaitu naib johan. Bersyukur sangat sangat sebab dapat puaskan hati semua ahli. Selama beberpa hari kami ibarat family dan memang kena sangat dengan nama Famalia. Sorakan Famalia juga ada pada malam final. Bangga dalam masa yang sama dapat kenal satu sama lain. Ada juga ahli yang baru aku tahu nama dan jurusan di institut.


Terima kasih Team Famalia untuk memories yang sangat berharga dan terima kasih untuk pingat perak ini. Nak balik tayangkan adik beradik. Hahaha. Riak disitu. Kihkihkih..


Dengan itu tamat pertandingan tertutup JMTi. Aku masih bermain badminton untuk belajar lebih lagi. Kadang menjadi tempat aku lepaskan stress dan tension aku. Tambah tambah sehari tu , stress dengan subjek pelajaran. Huahua..

In shaa Allah, pada masa akan datang aku nak bermain dengan betul. Agak agak ada lagi tak Team Famalia? Emmm.. 

#TeamFamalia
Have a fun day , guys.
                           
Older Posts

HELLO !


Hello, There!

Hi bloggers ! Welcome to my blog. I'm blogger from Kedah , Malaysia. 22 years old (2020). I'm blogging since 2015.

.

eilanur524@gmail.com

ANY ENQUIRIES

LET’S BE FRIENDS

Followers

VOICE OUT

Labels

drama review tempahan blog murah tips

Recent Posts

Official Blog


Hello

" Keep praying , even if you have only a whisper left."

Blog Archive

  • ▼  2021 (2)
    • ▼  October (1)
      • Anda akan mati jika nama anda tertulis di dalam DE...
    • ►  February (1)
  • ►  2020 (6)
    • ►  November (5)
    • ►  October (1)
  • ►  2019 (1)
    • ►  December (1)
  • ►  2018 (2)
    • ►  December (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2016 (14)
    • ►  November (1)
    • ►  September (1)
    • ►  August (1)
    • ►  May (1)
    • ►  April (3)
    • ►  March (1)
    • ►  February (2)
    • ►  January (4)

Contact Me

Name

Email *

Message *

Created with . by beautytemplates