Thursday, March 31

Kenapa Aku Kuat Makan ? Bela Sakakah?

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 
"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”

Assalammualaikum dan hai , :)

Siapa sini kuat makan ? Sila angkat dagu * hehe*.

Sejak akhir dan permulaan ini , *sastera betul* aku asyik lapar , lapar dan terus lapar.. Kalau sehari tu aku tak makan nasi, ya Rabbi... Seolah aku nih tak makan apa apa langsung sehari tu sedangkan aku makan juga.. macam makan bihun sup ke mee sup ke sup sup ke.. Tapi ! Aku tetap lapar. Ayoyo..

Sampai mama dan abah aku pun tanya.. * ehem ehem*

Ayah : " Kakak nih bela saka ke hantu ? Kuat makan. Tak takut gemuk ke?"

Ibu :" Hang nih kak ,, asyik makan jer.. Tengok badan tu, nanti gemuk macam mana ?"

Namun, itu bukanlah penghalang untuk aku teruskan perjuangan * muka semangat* aceyywah.. dramtis betul aku. Dabik dada , tangan disisi.. Huhahuha..

Tapi , sebenarnya aku pun takut gemuk nanti. Susah nak cari seluar saiz besar besar.. Kalau aku makan up dari jam 8 malam, secara automatik dan teorinya *falsafah sangat* aku akan buat sit up sebab "konon" nya lah akan mengkempiskan perut. Huhu.. I like.. 

Sekian leteran pemakanan dari aku... *sengih kerang wangi*

See Ya...
XOXO,nurnbla_


Wednesday, March 23

Esok QTI Kenderaan Beroda. Ayoo..

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 
"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”

Assalammualaikum dan selamat malam dan segala selamat. *Hehe*

Esok merupakan hari QTI kereta. Ayoo maa.. Macam mana nih ? Nevesnya. Takut tersilap atau tersilap dan terus tersilap.. Makkk... chek tak mau ambik keta.. Sekarang aku study bab kereta serupa nak exam SPM. Hahaha.. Ingatkan lepas SPM boleh santai menyelempai.. Rupanya kereta susah dari SPM.. Ayoyo.. Bab Rutin Pemeriksaan Kereta (RPK) jaa aku neves.. Yang enjin bagai tu.. Haishh.. Belajar tahu untuk apalah kan? 


Haha.. Aku fikir nanti lepas dapat lesen kereta, aku nak bawa serupa drift. Hahaha.. Time belajar kena ikut had kelajuan. Nanti dapat lesen, had tak had.. Bedal jaa.. Hahaha.. Kena saman ,kita sua tangan minta duit kat mama dan abah.. Anak bujang minta duit kat mama abah. Time kahwin nanti, kita buli husband bayarkan. Hoho.. awas yer yang nak masuk minang I.. hahaha.. I materialistik tahu.. Hahaha.. Acah jer.. 


Moga esok aku tak terlalu neves. Takut takut sebab neves aku tumbuk si pencatat markah QTI pula... Huhu.. Seram sejuk tangan aku. Sahih esok basah habis serkup tudung. Esok aku tak pakai shawl. Aku pakai tudung sarung. Senang. Neves sekalipun tak senget tudung. Steady jer. Haha..
Okay . Nak sambung study QTI. Haha.. 


P/s : Bagi lelaki mesti ' Eleh.. perempuan nak bawa kereta mesti neves .. tengok lelaki, steady jer'. Hello.. Nanti nak salam tok kadi hang neves , hang siap dengan aku.. HAHA.. bluerkk :P


See ya.

Sunday, March 20

First Blog Award by Adik Zulfa

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 
"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”

Assalammualaikum ^_^.

Yeayy.. Akhirnya Baby Yogo dapat award. Huhu.. Untuk sesiapa yang tertanya " Eh siapa Baby Yogo? " Haaa.. blog aku, aku namakan Baby Yogo.. Sebab dia selalu buat aku " Yo Yo, Lets go.." singkatannya Yogo. Huhu.. Back to the story, tadi pagi baby Yogo dapat award sebab dia blog keempat yang terkemas.. Wah wah.. Yogo dah pandai menjadi ayu dan kemas.. Dulu hingus meleleh lagi. Huhu.. Thanks to adik Zulfa sebab sanggup ambil Baby Yogo tempat keempat. *Lap hingus *


Tadi baby Yogo bisik pada aku.. Dia bisik hadiah ini untuk readers yang sentiasa ada dengan Yogo saat Yogo sedih menangis dan gelak gembira. Yuhuuu~

See ya.


Friday, March 4

Debaran Keputusan SPM 2015.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 
"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”

Assalammualaikum dan hai,

Seperti yang orang semua tahu, SPM 2015 telah diumumkan pada tarikh 3 Mac 2016 dan salah seorang pelajar yang ambil result ialah AKU. Aku nak bercerita rasa debarannya mengambil result.

Al Kisah...

Selepas subuh , aku ingat nak tunggu hingga jam 8 pagi. Sebab nak bersiap awallah. Kononnya lah. Tapi terlelap pula hingga jam 8.30 pagi. Result diumumkan pada jam 10 pagi. Sebab itu santai santai makan Kitkat dulu. Hehe. Kemudian aku bersiap. Dengan baju korporat oren ,kain hitam, tudung hitam dan kasut bertutup hitam , kira segak dan cantik lah. Haha. *perasan*

Sambil bersiap tu , abah aku tanya , " Kak, kak rasa kak dapat berapa A dalam SPM ? " , aku jawab , " Entahlah abah.. Apa yang kak dapat itulah usaha kak. Itulah permulaan hidup kak. Kak tawakal. ".

Abah aku siap cukur misai dan janggut. Katanya , " Mana tahu ada TV nak temu ramah abah ka.. Tanya result anak lah katakan .." Bhahahaha. Abah saja buat lawak sebab dia tahu anaknya nih dalam keadaan risau dan mula takut. Siapa tak neves kan ? Seolah nak pergi perang.

Whatsapp seolah peluru M16.. Banyak betul chat masuk. Semuanya dari saudara mara yang menanyakan result aku. Yang paling touching , semuanya kasi semangat untuk hati terus bertawakal dengan apa jua keputusan. Apapun aku terima dan mesti bersyukur.

9.30 pagi...
On the way ke sekolah, debaran kian terasa. Fikiran seolah jarum jam yang sentiasa beputar. ' Adakah aku akan tersenyum melihat result ? '

Apabila sampai saja. aku dan mama masuk ke dewan. Time tu abah ke surau sekolah untuk letak kereta. Bila masuk, guru kaunselor aku bagi ceramah tentang UPU dan IPT. Aku lewat sikit sampai . So, dah habis dah ceramah tu. Aku tengok ramai sangat waris dan pelajar. Junior aku pun ada . Maybe diorang nak tengok sebab lepas nih diorang pula ambil result seperti aku alami.
Suasana dalam dewan.

Disebabkan adik lelaki bongsu aku demam tapi tetap nak datang juga, aku bagilah dia tidur atas kerusi dan aku berdiri jer. Lenguh kaki ditahan. Haha.. Banyak betul cikgu aku bercakap di hadapan. Sampai pukul 10.45 pagi, still tak dapat lagi result. Aiiyaaa.. kita sudah tak shabarr nihh.. 

Pada mulanya diumumkan 7A .. Kemudian , 8A ..Seterusnya 9A.. Dan seorang sahaja yang mendapat 10 A.. Tahniah semuanya... Ada yang menitis air mata , ada yang terpinga pinga seolah tak percaya result gempak.

Aku? Nama aku tidak disebut. Maknanya result ku ada pada guru kelas. Aku jalan ke cikgu aku untuk tahu result aku.Dalam hati aku , aku berdoa " Ya Allah, andai result aku membawa ke arah kesedihan, maka janganlah engkau memanjangkan kesedihan itu sehingga aku lupa siapa Tuhanku." Berulang kali aku membaca doa itu.

Apabila aku duduk di kerusi disediakan, aku pun tandatangan pada nama dan dapat result. Cikgu kelas aku cakap " Tahniah ,nabila. Awak tiada fail. Jangan terhenti disini yer. AddMath awak tak fail . Tahniah. " Aku just angguk dan hati aku kata " Alhamdulillah Ya Rabb ".. Aku belek result aku. Aku terdetik, ' Inilah usaha aku. Inilah titik peluh aku dan inilah pemberian dan ujian dari Allah '

Maaf agak kabur sedikit.


Alhamdulillah. Syukur sangat. Aku dapat 2 A. Pada pandangan korang mesti " Alahh.. 2 A jerr.. "
Yaa.. orang akan pandang rendah sedemikian. Tapi, ada jer aku tengok orang jutawan, manager, pengarah yang dapat 2 A tapi sukses. Apa yang Allah beri adalah ujian pada aku. Aku tak salahkan ibubapa aku, tak salahkan Allah SWT. Tapi mungkin kerana khilaf aku atau dosa aku padaNya. Ini ujian untuk aku bangun semangat semula.

Family aku semuanya kata, " Takpe nabila. Perjalanan awak masih panjang"..
Kawan kawan juga bagi semangat. Aku tak sedih dah malah happy ada orang masih mahu kasi semangat pada aku.

Inshaa Allah. Ada rezeki , maybe ke tingkatan 6 atau Politeknik. Aku isi juga UPU... Tapi hati lebih fokus ke arah UiTM.. Doa saudara mara, ibubapa dan diri sendiri tak putus putus. Semangat dan usaha family menolong buat aku rasa sangat sangat bersyukur. Happy jer. 

Menurut sepupu yang dah masuk U, diorang cakap result aku boleh peroleh Diploma Kejuruteraan Awam. Lagipula, memang itu minat aku. Dan,, ada juga senior aku suruh isi satu institut swasta IPB .. Aku isi jugak..Aku tahu swasta makan duit banyak. Tapi aku isi yang itu jer..

Aku tak malu pun berkongsi result aku sebab aku tahu ramai senasib aku yang akan bangun.. Jadi aku nak menjadi salah seorangnya.. Sekarang aku dah semangat dah. Haha.. SPM bukan segala galanya.. Ia penentu kemana kita akan sambung selepas ini. Yang penting di Universiti nanti, kan?Aku cakap bukan kerna " Alahh kau dah habis SPM boleh lah cakap".. Tak.. SPM juga penting untuk kearah bidang korang minati.. Ingat itu...

SPM tahun ini merosot seluruh negeri. Erm.. Mungkin susah? Hoho..

Tiga perkara perlu dipegang..
Tawakal.
Bersyukur.
Husnudzon pada Allah.

* Esok nak tengok wayang cerita MUNAFIK.. Hoho *

See ya~





Wednesday, March 2

25 Things That Make Me HAPPY

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 
"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”
Assalammualaikum dan selamat segala selamat ke atas dan kebawah diri anda,* tudiaa aih*

Tadi aku terbaca entri Si Farrah Nadia kemetot tentang entrynya ' 25 Things That Make Me Happy '.. So, disebabkan aku jenis suka ber'dugong' jer di rumah, aku pun nak buat. Ini atas kerelaan jiwa dan raga dan bakul *aik?

Semua orang ada kesukaan yang buat diorang happy , kan? So, aku nak kongsikan 25 perkara yang buat aku happy. Jenuh nak fikir tau tak? Haha
  • Dengar lagu yang masuk dengan jiwa. Tambah tambah lagu yang kena dengan situasi. Hoho.
  • Berangan setiap kali nak tidur. Aku akan berangan macam macam. Berangan sambung belajar lah, berangan kerja dah lah.. Hahaha. Macam macam.
  • Shopping timee.. wuuuu.. yang nih rasanya semua perempuan suka. Aku suka dress. Kalau dapat beli satu,, hati rasa 'perhhh puas hati arh'.. Tudung sehelai.Hoho
  • Orang belanja makan. Yang nih aku suka sebab aku tak pening kepala nak fikir nak makan makanan paling murah. Haha. Main bedal je ambil dan yang bayar mestilah orang yang belanja.
  • Berkumpul dengan family, bergelak huha huha sampai pukul 4 pagi. Yang nih boleh buat aku lupa terus masalah aku. Sampai esok tu tertnya ' Apa masalah aku erk semalam ?' Haha
  • Apabila mama aku cakap " Kak, nah duit belanja bulan nih ".. Perhh.. best kut. Apatah lagi aku nih jenis pantang tengok barang Online mesti nak beli. Haha
  • Dapat khatam Al Quran lagi. Haa yang ini bukan nak riak tapi ini juga boleh ubat hati aku dari BAD MOOD seharian. Sebab rasa tenang jer. Nak buat kerja apapun senang,
  • Bercuti. Yahoo.. Siapa tak suka bercuti.. Semua suka bercuti. Tambah tambah sesuatu tempat yang tenangkan jiwa dan raga. Tepi pantai , kena angin sepoi sepoi.. Wahhh
  • Baby.Aku jenis suka baby yang kecik kecik boleh dukung. Seronok melayan .. Tapi, bila besar aku tak layan sangat. Aku buang.. Hahaha.. Takde lah.. Samalah aku layan kan jugak. Beli aiskrim. Hoho
  • Tidur. Haha.. Memandangkan aku seorang yang terlalu 'lonely', so aku akan tidur. Bila bangun dari tidur mesti dapat macam macam seperti makanan, barang. Haha. Datang dari mana pun tak tahu. Ayah aku suka beli makan. So itu yang best.
  • Makan banyak tapi berat badan tak naik. Haha. Ramai cakap aku makan nasi macam nasi tambah. Tapi badan duk maintain berat jer.Ada yang tanya,"Macam mana buat " aku akan jawab, "kau tido jer. Esok kau akan kurus. Haha"
  • Posmen datang rumah bagi barang. Yang ini bukan lah sebab aku suka pada posmen tapi aku suka bau kertas yang posmen hantar. Kalau barang, mesti aku pegang lama lama , lepas 10 minit baru buka. Haha
  • Tudung terbentuk elok. Wahh ini heaven arh. Bukan senang tau tudung bermanja dengan diri aku. 
  • Muka tiada jerawat. Muka bila ada jerawat aku akan tampal something yang boleh cover. Siapa suka muka ada jerawat sebesar jari kelinking ? Erhh..
  • Makan. Aku suka makan. Tak kiralah makan apapun tapi yang pasti bukan nasi. Nasi aku akan makan sekali jer sehari. Selebihnya aku makan benda lain. Salad ataupun western.
  • Senyuman yang cantik. Macam aku suka senyum depan cermin untuk tahu senyuman macam mana nampak ikhlas. Sebab member sekolah aku ada yang kata aku tak pandai senyum. derhh...
  • Dapat earphone atau headphone baru. Memandangkan aku seorang yang suka dengar lagu, aku suka kalau dapat dua menda alah tue. Yang paling penting dengar sedap. 
  • Dapat tolong orang lain dekat market. Market kan banyak orang jual ikan, kadanga ku suka tolong jual sekali. Padahal untuk saja saja je tolong. Untuk ambil pengalaman.
  • Wayang. Aku jenis seorang yang if tengok trailer movie jer , mesti hati nak pi tengok jugak. Tak kira lah citer hantu ke komedia ke.. Tapi citer cinta aku tak suka. 100% aku tak tengok. Tengok jika ada di Astro jer.
  • Kucing. Hoho. Aku suka bau kucing lepas mandi. Suka bulu diorang. Aku juga suka kalau kucing jilat tangan aku atau tidur atas tangan aku. Rasa selesa
  • Ada internet dan laptop. Ramai cakap kalau nak gadget mesti aku nak laptop. Sebab ramai tahu jenis seorang yang suka menaip. Aku suka dengar bunyi keyboard laptop.
  • Rumah kemas. Rumah kemas aku suka sebab mata aku tak sakit tengok barang berselerak merata.
  • Tengok cerita lawak spontan. Aku jenis tak pandai berspontan melawak. Tapi, kalau orang buat lawak spontan memang aku akan gelak sampai teringat ingat.
  • Camera lawa. Bila selfie atau wefie mesti suka kan kalau gambar cantikkan ? Sapa nak huduh.. hahaa...
  • Kasut baru. Aku bukan seorang yang suka bekasut tinggi , aku suka kasut bertutup. Bila pakai kaki nampak comel dan terlindung jer. huhu
Itulah '25 Things That Make Me Happy' aku.. haha.. Selama dua malam aku taip nih. Haaa.. sebab aku jenis mood menaip sebelah malam. Sebelah siang aku jenis fokus aktiviti. Malam baru aku bercerita. Benda yang buat aku happy maybe ada sama dengan korang mungkin tidakkan.. Hoho..

See ya~


 

Template designed by RRAI | Hak milik Nur Nabila | All rights reserved