Assalammualaikum, Girls.
.
Permulaan aku memakai yang ini. Set 3 step mudah Nanowhite.
Hari ini aku akan kongsikan skincare yang aku gunakan sehingga hari ini. Maybe ramai girls yang familiar dengan skincare Nanowhite ni tapi was-was dengan produknya.
Dulu, aku seorang yang suka menggunakan skincare malay product ( skincare A ). Aku bukan nak perlekeh atau nak perendahkan skincare A yang aku pakai dulu, tetapi pada permulaan aku menggunakan skincare A , memang menjadi. The best kulit wajah. Hinggalah aku berhenti pakai. Selang beberapa hari , kulit kusam dan muka berjerawat makin menjadi jadi.Kulit cepat burn. Jerawat atas dahi macam peta negara sudah. Kalau disambung antara jerawat mesti jadi gambar zirafah.
Sebelum aku menukarkan skincare lain, aku akan memastikan kulit wajah aku rest untuk beberapa bulan. Sepanjang masa rest skin, macam macam terjadi pada wajah sendiri. Hingga aku tempek bedak sejuk saja untuk sejukkan kulit wajah.
Info : Kulit kita kalau terlalu memakai chemical, ia akan menukarkan kulit kita jadi terhakis. Untuk neutralkan , take a rest for kulit wajah okay.Sehinggalah aku menemui skincare B. Juga malay product. Aku tak tahu skincare B ini terdapat merkuri dalam bahannya. Bila aku menggunakannya, kulit aku mula menghakis dan mengelupas. Kulit terasa pedih dn sakit. Automatik aku stop memakai skincare B.
Selepas itu, aku tak menggunakan produk wajah lagi. Aku menggunakan aloevera dan bedak sejuk sahaja. Sehinggalah aku menemui Nanowhite. Pada permulaannya, aku membeli nanowhite yang set seperti gambar di atas. Aku menggunakannya sehingga kulit wajah aku kembali pulih. Apabila pulih, aku cuba untuk berhenti, tetapi tiada effect apa apa pada kulit. Itu maknanya tiada merkuri. Alhamdulillah, aku memakainya dengan baik.
Nanowhite terlalu banyak manfaatnya. Antara manfaatnya :-Banyak kelebihan dan manfaat Nanowhite untuk diterangkan. Di atas, ialah manfaat yang aku merasai sendiri.
- Kesegaran pada kulit wajah
- Mengembalikan kulit wajah berseri
- Memudarkan parut di wajah
- Mengecutkan jerawat
- Mengetarakan kulit wajah
Nano White
3 LANGKAH MUDAH NANOWHITE.
1) Awakening Snow Wash - Cuci 2 kali sehari ( siang / malam )
Pada waktu pagi, cuci sekali wajah dengan awakening cleanser. Jangan cuci wajah lebih dari dua kali. Ia akan menyebabkan kulit wajah kering. So far aku menggunakan pencuci muka ini, wajah terasa segar dan lembut saja.
Sesetengah pencuci wajah , akan menyebabkan kuit kejung, ketat terasa tarik ke belakang pun ada , kadang itu kulit ibarat kertas pasir Mesir. Erhh.. Tak suka betul bila kulit kering. Terasa kulit wajah tidak menutup aurat gituw. HAHAHA
2) Toner - Selepas cuci Cleanser.
Toner pada wajah kita terrsangatlah penting untuk memulihkan toner pada wajah setiap hari. Aku sering tempek toner setiap kali selepas cleanser. Rasa fresh dan tak terlalu tegang wajah. Sesetengah toner , lepas apply , kulit akan terasa tegang dan ketat saja. But ! toner nanowhite terrsangat fresh. Gerenti wajah akan terasa sejuk, warna kulit pun sekata. Taklah nampak kusam hingga tak bermaya.
Cara apply pada wajah , boleh menggunakan kapas atau tapak tangan juga boleh. Jika menggunakan kapas, make sure secara perlahan lahan kerana kulit selepas dicuci , terrsangat sensitif. Fasa sensitif. Bagi yang sapu dengan tapak tangan, jangan sapu 'tenyeh' , tapi tepuk tepuk.
3) Moisturizer - 3 kali sehari ( tepuk tepuk dengan tapak tangan )
Toner pada wajah kita terrsangatlah penting untuk memulihkan toner pada wajah setiap hari. Aku sering tempek toner setiap kali selepas cleanser. Rasa fresh dan tak terlalu tegang wajah. Sesetengah toner , lepas apply , kulit akan terasa tegang dan ketat saja. But ! toner nanowhite terrsangat fresh. Gerenti wajah akan terasa sejuk, warna kulit pun sekata. Taklah nampak kusam hingga tak bermaya.
Cara apply pada wajah , boleh menggunakan kapas atau tapak tangan juga boleh. Jika menggunakan kapas, make sure secara perlahan lahan kerana kulit selepas dicuci , terrsangat sensitif. Fasa sensitif. Bagi yang sapu dengan tapak tangan, jangan sapu 'tenyeh' , tapi tepuk tepuk.
Info : Kulit yang selepas dicuci , pori wajah akan terbuka. Untuk menutup pori wajah semula , cuci dengan air suam. Jika tidak rajin, toner hendaklah ditepuk tepuk agar pori tersebut tertutup semula. AWAS! Kalau pori wajah selalu terbuka, ia akan menyebabkan kuman senang masuk dan membiak. Ia menyebabkan jerawat.
3) Moisturizer - 3 kali sehari ( tepuk tepuk dengan tapak tangan )
Untuk kulit wajah yang moist dan soft , Double Action Whitening ini juga penting. Selain mencerahkan kulit, ia juga membuat wajah kita lembut 'toink toink'. Malah melembabkan kulit yang kering.
Nano white ini juga terdapat day cream dan night cream, tetapi terpulang pada hampa nak menggunakan atau tidak. Macam aku, tiga ini sudah memadai.
Kepada remaja yang baru berjinak dalam memilih skincare, better beli skincare yang mudah dicari di pasaran. Sesetengah kulit wajah, sensitif dengan jenis skincare. Untuk permulaan, carilah skincare yang memudahkan hampa untuk mencari dan membeli.
Dibawah adalah tambahan Nanowhite yang aku juga menggunakan.
Untuk wajah yang masih mentah dan kulit baru pra-matang
Serum diatas akan aku gunakan jika aku malas yaaang amat untuk tempek banyak banyak cream. Untuk pengetahuan hampa, kegunaan serum sangat sangat bagus untuk kulit wajah yang sering kering. Macam kulit aku, kalau hari cuti tersangat kering. Untuk mengelak kering berterusan,aku telah apply serum ini.
Serum ini juga kegunaannya untuk mencerahkan kulit dan sekatakan tona kulit wajah.
Untuk membeli serum, pastikan serum yang sesuai dengan kulit wajah yer. Seperti serum diatas lebih kearah kulit remaja. Jangan risau untuk kulit yang sudah peringkat matang. Kulit yang matang sering dihantui dengan dark spot.
Untuk kulit matang , disarankan serum ini. Juga untuk mencerahkan kulit.
Itu sahaja perkongsian aku untuk hampa mengenai skincare yang aku gunakan. Harap bermanfaat kepada remaja untuk memilih skincare yang terbaik untuk kulit wajah.
Untuk harga, aku takdapat listkan harganya kerana aku lupa. Hehe. Kesemuanya, bertahan selama 3 bulan bergantung kepada penggunaan.
Moga bermanfaat. Bye,wassalam.