google facebook twitter instagram
Powered by Blogger.
  • Home
  • About
  • Review
    • Drama
    • Movie
    • Novel
    • Product
  • Story
  • Tips
  • Love
  • Exchange Link

Nur Nabila


Assalammualaikum dan hai

Pernah tak korang terfikir akan jumpa satu buku yang boleh membunuh ramai orang tanpa meninggalkan kesan? Mesti tak percayakan?

"Buku boleh membunuh ramai orang ? Biar betul?!"




Nak tahu betul atau tak, korang kena saksikan Death Note 2015 Live Action. Korang akan terasa ingin memiliki buku tersebut. Membara je hati bila tengok Kira tulis nama penjenayah dalam buku tersebut.

Hari demi hari , satu persatu penjenayah mati. Dengan nekadnya Kira , dia sanggup menghabiskan masanya untuk menulis kesemua nama di dalam buku tersebut. Dahsyat! 

Semangat Kira untuk menghapuskan jenayah di dunia tidak terhenti apabila polis dan penyiasat sendirian mula ragu tentang kematian setiap penjenayah yang hampir sama iaitu mati akibat serangan jantung.

L, penyiasat terhebat dunia mula meragui dan mengugut Kira agar serahkan diri kerana kesalahan membunuh tanpa sentuh. Light Yagami turut membantu kes tersebut setelah dia didapati tidak bersalah tetapi ada udang disebalik batu. Tidak sangka, ada pembunuh dalam kumpulan penyiasatan tersebut.

Semakin menarik apabila Kira dianggap seperti Tuhan kerana boleh membunuh penjenayah yang tidak mendapat hukuman sepatutnya. 

Dapatkah Kira meneruskan misinya ? Kenapa L nak sangat tangkap Kira? Siapa Kira ?
Apa kaitan Near dengan L? Ryuk dan Rem ini Dewa Kematian kah ? 




Rate : 9/10
Release : 2015
Negara : Japan
Durasi : 45 minit ( setiap episod)
Episod : 11 episod
Apps : Netflix 

 


Have a fun day , guys.

Assalammualaikum dan hai



Pencinta haiwan akan suka cerita June & Kopi ini. Sediakan tisu ya untuk menangis. hehe. Mengisahkan seekor anjing liar,June yang bertemu dengan seorang wanita bernama Aya . Aya seorang yang penyayang pada haiwan . Tambahan pula , suaminya memelihara seekor anjing bernama Kopi.



Aya mengasihani akan June kerana tidak mempunyai tempat tinggal dan sentiasa mengikutinya kemana saja, telah memujuk suaminya untuk membawa June menjadi sebahagian ahli keluarga mereka seperti Kopi. June , seekor anjing yang mendengar kata dan trauma dan takut pada kanak kanak. Suaminya Aya , Ale juga tidak menyukai June kerana menyangka June membawa malang kepada keluarganya.

Persahabatan antara June dan Kopi tersangat comel apabila bekerjasama ketika ingin menyelamatkan Karin , anak kepada Ale dan Aya.

Kesetiaan June dan Kopi kepada keluarga tersebut menyebabkan seperti kita sendiri yang membela mereka. 

Namun sesuatu terjadi yang membuatkan satu keluarga dan para penonton menangis dan sayang akan June dan Kopi. Apakah yang terjadi?



Rate : 10/10
Release : 2021
Negara : Indonesia
Durasi : 1 jam 30 minit
Apps : Netflix 

Have a fun day , guys.

Assalammualaikum dan hai

Hari ini Eyla ingin berkongsikan tips menurunkan berat badan tanpa berasa lapar. kebanyakan kita ingin menurunkan berat badan dengan cepat tetapi mengambil jalan singkat yang akan memudaratkan diri dan kesihatan kelak.

Tahukah anda ? Proses menurunkan berat badan perlu melalui fasa yang betul jika tidak mahu berlakunya keburukan kepada kesihatan . Eyla faham setiap yang ingin menurunkan berat badan menginginkan proses yang singkat seperti mengambil ubat kurus  dalam seminggu dan sebagainya.

Diluar sana juga terdapat ramai yang mengambil ubat detox yang menyebabkan ketidakselesaan pada perut dan akhirnya cirit birit serta muntah dan demam. Badan kita tidak boleh dipaksa jika prosesnya tidak benar. Namun terdapat cara yang selamat dan tidak memaksa pada tubuh badan kita.

1. Kurangkan manis dalam pemakanan

Gula merupakan musuh paling utama dan susah bagi setiap manusia. Sedangkan nasi juga mengandungi gula tersendiri. Namun, pengambilan manis dapat dikurangkan jika kita bijak mengawalnya.

Pengambilan makanan manis perlu disukat juga dan perlu dititikberatkan kerana ia akan effect kepada dalaman kita juga. Apabila pengambilan manis kita terlalu banyak , ia akan menghasilkan lemak pada tubuh badan jika kita tidak menggunakannya secara bersenam atau berpeluh.

Apabila tubuh badan kita tidak mempunyai tenaga, sistem tubuh badan akan mencari lemak dalam badan untuk proses kepada tenaga. Dengan tidak sengaja, pembakaran lemak terhasil.

 2. Tidur secukupnya ( 7 -8 jam )

Tidur yang tidak cukup akan menyebabkan badan cepat lesu dan melambatkan proses pemikiran kita. Ia juga akan menyebabkan hormon badan kita tidak menentu. Apabila hormon badan tidak menentu, emosi kita tidak terkawal akan menyebabkan kita stress dan sentiasa beremosi marah.

Tidur yang cukup bukan sekadar membakar lemak ,namun dapat memperlambatkan proses penuaan pada wajah kita. Umur 65 ke atas , wajah masih tegang. WAHH!! 

3. Senaman 15 minit ke 30 minit

Siapa disini malas sangat bersenam ? *saya* huhuhu. Paling malas sekali adalah bersenam. Begitu juga saya. Bersenam itu ibarat musuh dengan katil. Nak kurus, tapi nak baring atas katil je. hehe.

Sekarang terdapat banyak senaman yang dapat kita praktikkan dalam harian. Search sahaja di youtube, nak senaman atas katil ke , senaman di dapur ke , senaman dalam kereta ke , semua dah ada. ZUP ZAP ! Sekelip mata saja terus terpapar di skrin. 

Mahu atau tidak sahaja pada kita. Ambillah masa anda sedikit , untuk menyayangi tubuh badan dengan bersenam. Seminggu 3 kali pun sudah memadai.

4. Ketahui kalori badan

Setiap tubuh badan berlainan saiz dan beratnya. Begitu juga kalori bagi setiap tubuh badan kita. Perlu mengambil tahu mengenai kalori yang perlu di ambil setiap hari. Jika terlebih, anda perlu mengawalnya semula. Seperti , bagi seorang perempuan memerlukan 2000 kalori dalam sehari namun bergantung pada berat dan ketinggiannya.

Bagaimana nak mengiranya?

Tekan link di bawah untuk mengira kalori badan anda.

Calories Calculator

5. Minum secukupnya sekurang kurangnya 2.5 L ke 3 L

Selain pemakanan yang seimbang, badan juga memerlukan air secukupnya. Tidak lari kita bagi topik air secukupnya. Ia dapat membuang segala toksin kotoran dalam tubuh badan kita melalui membuang air kecil atau air besar.

AIr yang cukup dapat menyeimbangkan sistem pencernaan tubuh badan kita. Jangan lupa minum air yang cukup ya .


6. Pengambilan makanan tambahan

Selain 5 cara di atas. badan kita juga memerlukan makanan tambahan bagi menjaga luaran dan dalaman kita walaupun kita dalam proses menurunkan berat badan .

Makanan tambahan seperti soya protein sangat bagus untuk dalaman serta luaran kita.

Makanan tambahan yang terbaik seperti ESP daripada Shaklee menjadi salah satu bestseller yang ramai tergilakan bagi setiap golongan perempuan mahupun lelaki. 











Selain dapat menurunkan berat badan , ESP juga menjaga dari segi dalaman kita seperti mengatasi gastrik dan sebagainya. Anda sendiri tahu bahawa tubuh badan kita sangat memerlukan makanan tambahan yang baik untuk tubuh badan. Eyla juga penggemar ESP kerana mengenyangkan dalam jangka masa yang panjang dan memberi tenaga kepada saya sebagai seorang pelajar yang sentiasa sibuk dengan aktiviti kelas dan sebagainya.

Anda boleh klik terus link di bawah bagi mendapatkan ESP dengan harga terlajak jimat serta shaker percuma. Ayuh bersama saya menurunkan berat badan dengan ideal. Paling penting , percaya pada proses.

Shakleebeauty.eyla

Semoga entri kali ini dapat memberi serba sedikit manfaat pada korang. Sampai ketemui di entri seterusnya.

Have a fun day , guys.

Assalammualaikum dan hai

Terdapat banyak minuman yang berperisakan madu asli sekarang . Bukan sahaja pada minuman , tetapi juga pada makanan. Kita sendiri tahu madu mempunyai pelbagai khasiat dan kebaikan bagi kesihatan serta kulit kita. Madu asli yang makanan ok? Bukan yang kahwin lebih dari satu. hehehe

Manakala , lemon yang mempunyai khasiat yang tinggi dengan Vitamin C nya yang dapat menguatkan imun sistem setiap manusia. 

Namun, tahukah anda bahawa  campuran madu asli dan lemon ini juga membantu dalam pelbagai masalah ? Seperti masalah sembelit , jerawat dan keracunan makanan. Tetapi , kesahihan bagi kesan campuran ini tidak kesemuanya disahkan melalui kajian sains .

Berpandukan kepada khasiat dan bahan yang terkandung dalam madu asli dan lemon dapat memberitahu bahawa jika keduanya dicampurkan ia dapat memberi manfaat yang baik juga pada tubuh badan. 

Tetapi , mengambilnya dalam bentuk semulajadi tanpa bahan pengawet atau gula tambahan dapat menjanjikan anda khasiat terbaik serta dapat memberi lebih kesegaran kepada anda.

Berita baik kepada yang ingin kurus di luarsana. Campuran antara madu asli dan lemon dapat membantu proses menurunkan berat badan. Digalakkan di ambil pada waktu pagi atau sebelum tidur. Ia dapat mengawal pencernaan anda dengan baik.




Apakah khasiat madu asli dan lemon selain dari yang dikongsikan di atas ? 

  • Mengatasi bau mulut
  • Mengelakkan ulser mulut
  • Membersihkan saluran kencing 
  • Melancarkan sistem pencernaan
  • Menjaga kesihatan kulit sihat
  • Melindungi diri dari penyakit
  • Membekalkan tenaga segera
  • Memelihara dari penyakit risiko kanser dan jantung

Terlalu banyak khasiat dan kebaikan yang dapat kita perolehi dari campuran kedua madu asli dan lemon. Walaubagaimanapun, air putih jangan ditinggalkan kerana tubuh kita juga memerlukan air yang secukupnya bagi harian.

Itu sahaja dapat saya kongsikan manfaat campuran madu asli dan lemon. Semoga bermanfaat kepada diri anda.

Have a fun day , guys.

Assalammualaikum dan hai

Ramai yang bertanyakan mengenai apa yang perlu dilakukan apabila mengalami breakout skin . Jangan risau. Ada beberapa langkah yang korang boleh ambil untuk mengelakkan breakout makin teruk. Saya juga mengamalkannya dalam harian saya. Alhamdulillah , perubahan yang sangat ketara.



Breakout terjadi kerana keadaan kulit yang tidak selesa atau kesalahan memakai produk. Hal ini sering terjadi kalau kita tersalah langkah dalam menjaga kulit dengan betul. Kadang kemungkinan persekitaran kita juga. 

Apa perlu di lakukan sekiranya berlaku breakout skin?

1. STOP ! Segala produk yang anda guna sekarang ! 



Jika anda baru menggunakan sesuatu produk dan terjadi ketidakselesaan pada kulit, dinasihatkan berhenti seketika dari segala produk. Back to basic skincare , iaitu cleanser , moisturizer dan sunscreen. Teruskan basic skincare sehingga ketidakselesaan tu menghilang. Pastikan basic skincare kita itu sesuai dengan jenis kulit kita juga ya. 

2. Banyakkan minum air masak

Selain dari produk , kemungkinan toxic di dalam badan juga akan menyebabkan kulit kita menjadi tidak tentu arah. Kedudukan jerawat di setiap wajah mempunyai petandanya. Jika dalaman anda tidak dibersihkan , kesannya juga akan kelihatan jika di luar. So, banyakkan minum air masak. 




" Minum air masak banyak nanti nak terkencing je ."

Kencing itu membuang segala kotoran. Lebih baik kencing banyak dari kotoran banyak dalam badan. Araso ? 

3. Tidur sekurang kurangnya 7-8 jam




Tidur yang cukup akan membuatkan emosi kita lebih baik dan menjadikan kita sebagai seorang yang cepat positif dengan keadaan semasa. Tekanan pada diri juga akan menyebabkan jerawat cepat naik dan akan merebak ke wajah kita kerana hormon kita yang tidak menentu.

Selain itu , dinasihatkan selalu tukar sarung bantal kita . Sekurang kuranya seminggu sekali ya. Bagi mengelak kekotoran melekat pada wajah ketika kita tidur.

4. Perbanyakkan research ingredient 



Selain membeli skincare di drugstore ,anda perlu ketahui ingredient apa yang perlu diutamakan dalam permasalahan kulit anda seperti Niacinamide , Alpha Arbutin , AHA BHA dan sebagainya.

Paling utama , anda perlu kenal pasti dahulu apa kemahuan bagi kulit anda. Sebagai contoh , menghilangkan parut anda perlu mencari ingredient yang brightening seperti Niacinamide dan Alpha Arbutin.


5. Jangan sentuh wajah !


Ini paling penting dan perlu sentiasa beringat kerana tangan kita mempunyai pelbagai baktreia dan kekotoran. Apabila anda menyentuh wajah dengan tangan yang kotor, akan menyebabkan jerawat, Diberi amaran , jangan sentuh muka dengan kuku yang masih panjang. Kuku yang panjang juga terdapat kotoran di bawah kuku . 

Apabila anda sentuh atau anda cuba untuk memicit jerawat menggunakan kuku, disitu akan terjadi bakteria pada tempat jerawat tersebut. Apabila anda menonyoh lagi  , akan membuatkan ia menjadi parut yang hitam dan akan lebih banyak jerawat tumbuh di wajah.

6. Jaga pemakanan yang sihat


Pemakanan yang tidak sihat juga menjadi punca breakout dimana anda sering mengambil pemakanan yang berminyak dan berlemak. Hal ini bukan sahaja tidak baik untuk kesihatan , malah tidak baik untuk kulit wajah dan juga kulit badan kita.

Pemakanan yang sihat akan membantu badan kita mendapatkan kulit wajah yang sihat. Jarangkan pemakanan junk food. Saya tahu susah untuk meninggalkannya , saya juga begitu. huhu. Kulit sihat , badan pun sihat.

Setakat ini saya dapat kongsikan bersama apa yang saya amalkan apabila kulit saya breakout. Ini tips yang telah saya lakukan dan harap bermanfaat pada anda.

Sampai kita bertemu di entry blog seterusnya. :) 

Have a fun day , guys.
Older Posts

HELLO !


Hello, There!

Hi bloggers ! Welcome to my blog. I'm blogger from Kedah , Malaysia. 22 years old (2020). I'm blogging since 2015.

.

eilanur524@gmail.com

ANY ENQUIRIES

LET’S BE FRIENDS

Followers

VOICE OUT

Labels

drama review tempahan blog murah tips

Recent Posts

Official Blog


Hello

" Keep praying , even if you have only a whisper left."

Blog Archive

  • ▼  2021 (2)
    • ▼  October (1)
      • Anda akan mati jika nama anda tertulis di dalam DE...
    • ►  February (1)
  • ►  2020 (6)
    • ►  November (5)
    • ►  October (1)
  • ►  2019 (1)
    • ►  December (1)
  • ►  2018 (2)
    • ►  December (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2016 (14)
    • ►  November (1)
    • ►  September (1)
    • ►  August (1)
    • ►  May (1)
    • ►  April (3)
    • ►  March (1)
    • ►  February (2)
    • ►  January (4)

Contact Me

Name

Email *

Message *

Created with . by beautytemplates