Sunday, February 28

5 Things I Hate Most

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 
"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”



Assalammualaikum dan selamat malam,selamat pagi , selamat tengahari.. *orang baca tak menentu masa*,

Semalam ada seorang manusia yang mempunyai blog memberitahu aku , bahawasanya kak Rrai .. Kenal tak Kak Rrai ? Alaa.. blogger yang always ber ' bajuwarnacoklat ' tuu.. Haaa.. Kak Rrai lah beritahu bahawa jari jemari telah membuat satu entri mengenai ' 5 Things I Hate Most ' .. Disebabkan Kak Rrai ajak aku sekali, aku dengan berat hati jantung hempedu pun join jugak sebabnya aku nak jugakk buat.. Uhuks..

Apa yang aku benci tak selamanya aku benci sebab sifat aku suka buat benci tukar pada cinta. Aceyywahh.. Harap Lee Min Hoo baca. Aku benci dia tapi sayang.. *gedikss*



5 Things I Hate Most :-


  1. Tudung kelepek tak menjadi. Hate sangat sangat kalau aku seterika molek molek tudung tiba tiba pulak dia taknak bermanja dengan aku tika aku nak sarung. Kelepek herot petot. Kalau terjadi macam tu , memang gitau siap siap , aku cancel semua aktiviti seharian di luar. Sebab angin punya pasal dekat tudung. Tambahan pulak, time aku nak ke kelas. Ya Tuhan... Rasa nak buang tudung beli tudung baru.
  2. Orang ambil barang tak minta izin. Siapa tak marah kalau ambil barang kita , tapi tak beritahu dahulu. Chop chop, " Wei , aku pinjam barang *sekian sekian* hang tadi ".. Dan aku takkan ambil respon, just aku akan cakap " Lain kali minta izin aku dululah ".. Bukan sebab kedekut. Tapi takut benda tu hilang, kena yang mahal, sapa yang susah nak beli ? Aku jugakk..
  3. Internet ' lus koneksyen' . Okay.. Yang ini aku rasa bukan aku saja yang benci. Hoho.. Paling paling tak suka bila dapat bil mengatakan ' Internet anda disekat kerana bayaran tertunggak '.. Errhh.. aku sanggup ke Mall yang ada WiFi. Hahaha..
  4. Kacau aku nak rehat tidur. Yang ini sebab kalau aku terrrrrsangat penat. Dri pagi sehingga petang buat kerja. Bila malam nak tidur, ' Nabla , jomlepak ' , ' Jom makan '.. Aduhaii.. Tapi selalunya aku tak marahlah. Aku akan cakap ' Aku letih lah weii. Lain kali lah '.. Itu jer. Then , nasib diorang memahami.. Huhu..
  5. Orang yang suka memburukkan nama orang lain. Erhh.. okay.. Yang ini hope tiadalah bersifat sedemikian. Kita manusia baik sebaik baik pun, mesti ada yang tak suka. Betul tak ? Kita sakit hati sangat kalau orang lain memburukkan diri kita sedangkan benda tak betul pun. Sekali pun tidak betul. Erh.. memang sakit hati.. Tapikan.. bila fikir balik, nama kita yang femes. Hohoho.. Kita sakit hati tak mengapa. tapi kesian sangat sangat pada orang yang memburukkan kita tu.. Dia sakit jiwa.. Sakit jiwa tengok kita senang. Hahaha.. DEEPEESSSSS!!
Okay.. Itu apa yang aku benci. Tapi nombor 1 hingga 4 maybe akan tukar ke sayang atau berubah ke suka. TETAPI ! nombor 5 , aku tak jamin akan aku suka atau sayang. Sebab mengaib aibkan orang. Aku tak suka okay ? Melainkan aku maafkanlah.


Disebabkan aku buat entri nih. dan.. kena tag nama bloggers yang lain. Aku nak tag semua bloggers yang baca entri ini untuk buat apa yang ' 5 things u hate most ' .. okay ? 

Disebabkan anda baca, anda wajib buat entri seperti aku. Kepada yang sudah buat. Aku nak baca. Hohoho.. So, apa lagi? Cepatlah buat. Takkan kebencian nak dipendam .. Hoho..  Nanti gitau aku tau? Aku nak baca.. Hehe

See ya. 









Wednesday, February 17

Result SPM Nak Datang Rumah.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 
"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”

Assalammualaikum dan selamat malam cik kak cik abang,

*minum air teh*

Hoho.. Baca sekali lagi tajuk entri tu. Sebut jelas dan dengar di telinga anda. Apa maksud dia erk? Haha.. Tingg tongg.. Result SPM dah nak keluar sudah.Neves lah.. Dah boleh kira dengan jari. Sekarang nih cuti aku selama berbulan bulan nih, aku hanya jadi bibik dan dugong saja di rumah. Sekali sekala keluar lah juga enjoy dengan kekawan. Tapi kebanyakan duduk di rumah jadi 'MAID' tak berbayar. Tapi sebenarnya bagus juga. Aku dulu tak reti lipat baju, sekarang dah reti. Mama puji kemas pulok tu. uhuk.. tersedak I tau. 

Bila tinggal di rumah kan, aku terasa diri nih seorang gadis. aceeywahh. Hello aku seorang gadis tulen kay.. TULEN . hahaha.. Maksud aku, dulu aku malas bapak segala bapak lah. Serius. Bila cuti nih, aku sendiri cabar diri aku untuk buat semua kerja mama aku buat. Kemas rumah, lipat kain , cuci pinggan yang setinggi KLCC *ok ini ngarut*, kadang tu , anak kucing aku kencing di dalam rumah pun aku cuci tau. Ikut hati nak saja memberontak. Tapi bila fikir balik, yerlah perempuan kan ? Memang itu kerja perempuan pun. Dan satu lagi, kalau aku cerdik belajar setinggi Gunung Everest pun tak reti buat kerja rumah, tak boleh jugak an.

Dulu, yaa aku mengaku aku seorang yang sangat sangat tersangat pentingkan plajaran. Sikit sikit study sehingga kerja rumah aku tak tahu nak buat. Aku bukan nak aib kan diri sendiri. Ini sifat aku dan aku nak jujur kepada readers saja. Taknak lah korang pandang aku seorang perempuan yang tahu semua. 

Kepada gugirl readers mesti ada yang macam aku atau maybe takde. Yang senasib aku, anda hebat. Sebab anda belajar dan mesti akan lebih pandai dalam menguruskan hal rumah. Yang dah memang sejak kecil dah  ibunya didik menjadi anak yang pandai kemas rumah, tahniah. huhu..

Bagi aku, perempuan kalau belajar setinggi mana pun mesti kena pandai mengurus rumah juga. Mesti pandai masuk dapur. Jangan jadi macam aku dulu dulu sudah. Masuk dapur bila dipanggil untuk makn saja. Ish ish.. teruk an ? Hahaha..

Sekejap jer masa berlalu kan. Result SPM dah nak keluar dah pun. Rasa baru minggu lepas habis SPM. Hoho.. Semoga Allah SWT beri kejayaan kepada aku yang meningkatkan keimanan, menetapkan ketaatan dan kepercayaan kepadaNya. Allahumma Aamiin.. Aku taknak bersedih andai tidak dapat seperti yang diinginkan. Kita hanya merancang, perancangan Ilahi lebih baik bukan? 

Ohh yaa, memandangkan result SPM aku nak datang rumah, korang nak aku kongsi result ke tak?Komen di bawah. Nak aku kongsi kan ataupun tidak.. Tau? Hehe.. 

Kepada yang se'batch98' sama dengan aku, aku wish 'GOOD LUCK'!

See ya~

Review : Wajah Blog Flawless By Leya Yeolly

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 
"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”

Assalammualaikum dan haii,

Witt witt.. Hampa hampa sekalian. Lamanya aku tak entri. Jari nih gedik gedik tak sabar nak taip. Ada sebab aku lama tak entri. First, laptop kena virus. Aduh. First time Baby Boo aku masuk ICU. Dan yang bestnya aku tak pakai duit pun hapuskan virus jahat tu. Aku minta ayah aku minta tolong pada budak pejabat yang  Bahagian IT perbaikikan. Kadang ada manfaat juga kan ? Hoho. Second , sebab aku tukar muka blog ke lebih flawless. Yuhuu~ Part nih aku nak kongsikan siapa yang buat.
Tadaa ! Taklah secantik blog yang lain. Tapi , 'Saya suka , saya suka '
*Tekan gambar untuk ke blog Si Cik Design Blog.*

Haaa.. Nak tahu siapa yang tolong buatkan ? Orangnya cantik sangat. Serius lepas aku follow instagram dia, hati aku terus kata " Wahh, comelnya weeii kak nih ".. Stalk juga lah insta dia. Sebenarnya aku follow kak Leya nih lama dah dan suka baca entri dia yang melalut dan merepek tue. Haha. Blog kak Leya cantik dan kemas secantik dan sekemas tuan punya blog lerrh.. 

Harga ? Alahh.. kalau nak tempah dekat dia, tak perlu duit BR1M bagai. 20 hinggit jer.. Murah an ? Pada mulanya ingat mesti dia nak buat blog aku serabai macam tu jer. yerlah 20 ringgit kut.. Tak terbayang langsung dengan 20 Ringgit dapat secantik nih.. Aku dah lah jenis cerewet. Nak tambah itu lah ini lah. Macam macam. 

Dengan kak Leya, aku rasa macam member pulokk. Walaupun umur dia dengan aku beza 3 , 4 tahun., tapi dia punya gilaa setaraf aku. Hiks. Kadang rasa macam kakak sendiri. Al malumlah aku tiada kakak, so bila orang tua dari aku, aku akan layan seperti keluarga sendiri. Iyerlah kan, seperti iklan TV cakap, " Yang tua dihormati, yang muda disayangi " Hoho, berfalsafah pulak aku.. Pffft~ Kalau korang nak tempah design blog atau ada yang baru nak mula berblog, boleh lah berhubung dengan Kak Leya Yeolly nihh..

Keseluruhannya, aku puas hati sangat dengan design blog nih. Yang sebelum ini, aku puas hati juga, tapi sebab code dia lari banyak. So, sebab tu aku terpaksa mula dari awal semula. Keep it up !

See ya~

 

Template designed by RRAI | Hak milik Nur Nabila | All rights reserved