Wednesday, February 17

Result SPM Nak Datang Rumah.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 
"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”

Assalammualaikum dan selamat malam cik kak cik abang,

*minum air teh*

Hoho.. Baca sekali lagi tajuk entri tu. Sebut jelas dan dengar di telinga anda. Apa maksud dia erk? Haha.. Tingg tongg.. Result SPM dah nak keluar sudah.Neves lah.. Dah boleh kira dengan jari. Sekarang nih cuti aku selama berbulan bulan nih, aku hanya jadi bibik dan dugong saja di rumah. Sekali sekala keluar lah juga enjoy dengan kekawan. Tapi kebanyakan duduk di rumah jadi 'MAID' tak berbayar. Tapi sebenarnya bagus juga. Aku dulu tak reti lipat baju, sekarang dah reti. Mama puji kemas pulok tu. uhuk.. tersedak I tau. 

Bila tinggal di rumah kan, aku terasa diri nih seorang gadis. aceeywahh. Hello aku seorang gadis tulen kay.. TULEN . hahaha.. Maksud aku, dulu aku malas bapak segala bapak lah. Serius. Bila cuti nih, aku sendiri cabar diri aku untuk buat semua kerja mama aku buat. Kemas rumah, lipat kain , cuci pinggan yang setinggi KLCC *ok ini ngarut*, kadang tu , anak kucing aku kencing di dalam rumah pun aku cuci tau. Ikut hati nak saja memberontak. Tapi bila fikir balik, yerlah perempuan kan ? Memang itu kerja perempuan pun. Dan satu lagi, kalau aku cerdik belajar setinggi Gunung Everest pun tak reti buat kerja rumah, tak boleh jugak an.

Dulu, yaa aku mengaku aku seorang yang sangat sangat tersangat pentingkan plajaran. Sikit sikit study sehingga kerja rumah aku tak tahu nak buat. Aku bukan nak aib kan diri sendiri. Ini sifat aku dan aku nak jujur kepada readers saja. Taknak lah korang pandang aku seorang perempuan yang tahu semua. 

Kepada gugirl readers mesti ada yang macam aku atau maybe takde. Yang senasib aku, anda hebat. Sebab anda belajar dan mesti akan lebih pandai dalam menguruskan hal rumah. Yang dah memang sejak kecil dah  ibunya didik menjadi anak yang pandai kemas rumah, tahniah. huhu..

Bagi aku, perempuan kalau belajar setinggi mana pun mesti kena pandai mengurus rumah juga. Mesti pandai masuk dapur. Jangan jadi macam aku dulu dulu sudah. Masuk dapur bila dipanggil untuk makn saja. Ish ish.. teruk an ? Hahaha..

Sekejap jer masa berlalu kan. Result SPM dah nak keluar dah pun. Rasa baru minggu lepas habis SPM. Hoho.. Semoga Allah SWT beri kejayaan kepada aku yang meningkatkan keimanan, menetapkan ketaatan dan kepercayaan kepadaNya. Allahumma Aamiin.. Aku taknak bersedih andai tidak dapat seperti yang diinginkan. Kita hanya merancang, perancangan Ilahi lebih baik bukan? 

Ohh yaa, memandangkan result SPM aku nak datang rumah, korang nak aku kongsi result ke tak?Komen di bawah. Nak aku kongsi kan ataupun tidak.. Tau? Hehe.. 

Kepada yang se'batch98' sama dengan aku, aku wish 'GOOD LUCK'!

See ya~

2 comments :

  1. haha,,masa2 cuti nie lahr kita manfaatkan sepenuhnya masa utk membuat kerja rumah. Kadang sy pun gitu juga. haha

    btw, Good luck for SPM. My advice kalau nak isi UPU, pilihlah course yg nabila minat. Insya'Allah, semoga dipermudahkan segala urusan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nbla pilih kos yg mmg nbla minat ejak kecil sampai sekrg. ahahaha. btw, thanks.. ^_^

      Delete

 

Template designed by RRAI | Hak milik Nur Nabila | All rights reserved