Baru nak final exam , tiba tiba...
Assalammualaikum dan hai
Lama tak berblog , so kali ini aku nak ceritakan mengenai betapa sukarnya seorang nabila nak habiskan semester 2 nya. Ya, sejak Malaysia dilanda covid19,semuanya sukar. Nak pergi ane tak oleh. Nak keluar tak oleh. So begitu juga dengan perjalanan hidup aku menghadapi semester 2.
Dari bulan 3 sejak diumumkan PKP, semua pelajar kena pulang ke rumah dan ya , lama kan kita PKP? Sampai hari raya pun di rumah. Sehingggalah bulan September , kita diberi kelonggaran untuk keluar tetapi bersyarat.
Dan yes ! Aku boleh sambung semula semester 2 aku. Bukan takda kelas time PKP, tapi aku rasa hidup segan mati tak mahu je kelasnya. Semester aku kalini more to practical. Dah kalau duduk rumah je, nak praktikal celah mana. adududu.
Ya, dah masuk semula sambung semester 2 di kolej. Semuanya berjalan dengan lancar dan kami tidak dibenarkan keluar masuk dari kolej. Terperap je dalam kolej. Pergi kelas, balik kelas, pergi dewan makan , naik bilik semula. Sampai buka akaun netflix dan connect astro sebab nak hilangkan bosan. Alangkah sedihnya , lagi murung ada lah.
Kelas punya kelas, dah nak final. Yeah ! Study week. Lagi dua minggu nak final exam , tiba tiba.... " PKPB BAGI SELURUH NEGERI KECUALI PAHANG ,PERLIS , KELANTAN."
Aku ? Penang ! TIDAKKKK!!!
"Semua pelajar diarahkan pulang ke kampung masing masing."
Apakah ini ? Sebulan pula tu. Nak final !
Ya, nampaknya semester aku setahun ya kawan kawan. Orang lain 6 bulan , aku setahun. Tak pandai lagi , tak tahulah sayaaaaaa. ><
p/s : sedang meratapi buku buku study . :(
1 Comments
omg kesian semua student! bertabah la k ..be strong :)
ReplyDelete