Anda akan mati jika nama anda tertulis di dalam DEATH NOTE !


Assalammualaikum dan hai

Pernah tak korang terfikir akan jumpa satu buku yang boleh membunuh ramai orang tanpa meninggalkan kesan? Mesti tak percayakan?

"Buku boleh membunuh ramai orang ? Biar betul?!"




Nak tahu betul atau tak, korang kena saksikan Death Note 2015 Live Action. Korang akan terasa ingin memiliki buku tersebut. Membara je hati bila tengok Kira tulis nama penjenayah dalam buku tersebut.

Hari demi hari , satu persatu penjenayah mati. Dengan nekadnya Kira , dia sanggup menghabiskan masanya untuk menulis kesemua nama di dalam buku tersebut. Dahsyat! 

Semangat Kira untuk menghapuskan jenayah di dunia tidak terhenti apabila polis dan penyiasat sendirian mula ragu tentang kematian setiap penjenayah yang hampir sama iaitu mati akibat serangan jantung.

L, penyiasat terhebat dunia mula meragui dan mengugut Kira agar serahkan diri kerana kesalahan membunuh tanpa sentuh. Light Yagami turut membantu kes tersebut setelah dia didapati tidak bersalah tetapi ada udang disebalik batu. Tidak sangka, ada pembunuh dalam kumpulan penyiasatan tersebut.

Semakin menarik apabila Kira dianggap seperti Tuhan kerana boleh membunuh penjenayah yang tidak mendapat hukuman sepatutnya. 

Dapatkah Kira meneruskan misinya ? Kenapa L nak sangat tangkap Kira? Siapa Kira ?
Apa kaitan Near dengan L? Ryuk dan Rem ini Dewa Kematian kah ? 




Rate : 9/10
Release : 2015
Negara : Japan
Durasi : 45 minit ( setiap episod)
Episod : 11 episod
Apps : Netflix 

 


Have a fun day , guys.

You May Also Like

2 Comments

  1. masa tengok ritu ingatkan ada yang baru. Rupa-rupanya baru keluar di Netflix. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. samala. memula macam tak tertarik nak tgk, bila tengok tak boleh stop hahaha

      Delete