­

My Husband in Law ( Thailand )


Assalammualaikum dan hai

"Kalau terlalu benci , lama lama akan tersayang dan mencintainya"

Pernah dengar kata kata tu ? Haaa ayukk siapa terasa? Macam itu juga kisah drama My Husband in Law dari negara jiran kita , Thailand. Jatuh hati kita menengokknyaaa.




Mengisahkan seorang lelaki bernama Thianwat ( Sprin Suparat ) yang diugut bagi meninggalkan kekasih hatinya kerana kekasihnya itu merupakan seorang isteri kepada musuhnya sendiri. Oleh disebabkan tidak tahan dengan ugutan tersebut , Thien telah berjanji akan berkahwin dengan anak kepada kawan baik ibunya iaitu Nateerin ( Nittha Jirayung ) .



Rate : 10/10
Episod : 15 episod (end)
Tahun : 2020
Negara : Thailand
Apps: Netflix

Saat ditunggu oleh Nateerin telah tiba kerana dirinya sudah jatuh cinta dengan Thien sejak sekolah menengah hingga ke dewasa dirinya setia menunggu Thien membalas cintanya. Umpama mimpi apabila dirinya dipaksa berkahwin dengan pujaan hatinya. Namun , sebalik yang dihadapi oleh Thien kerana tidak mencintai Nateerin. Thien menganggap Nateerin seperti penyelamat bagi dirinya sahaja.

Tanpa Thien ketahui Nateerin telah banyak berkorban diri demi Thien. Saat Nateerin sudah lelah , saat itu Thien mengenal erti penyesalan.

Apa yang Nateerin korbankan sehingga Thien sanggup mengejar semula cinta Nateerin ? Kenapa Nateerin meninggalkan Thien saat Thien sudah mulai jatuh cinta ? Adakah cinta Nateerin sudah mati atau sudah move on dari Thien?

Haaaa kena tontonlah. Serius tak tipu  menangis juga kita dibuatnya. Seminggu juga nak move on dari cerita ni. Kalau dah tengok  let me know berapa rate hampa ok? Enjoy !


Have a fun day , guys.

You May Also Like

0 Comments