­

Movie : Barcelona ( A Love Untold )


Assalammualaikum dan hai

" Setiap kepahitan dan kehilangan perlu mengajar kita melangkah terus kehadapan. Setiap kegagalan akan ada hasil sebuah kejayaan."

Apa yang aku dapat dari cerita ini terlalu banyak pengajaran . Selain kisah percintaan , aku juga dapat satu pengajaran hidup dan memang terjadi di kalangan kita dari segi masalah kekeluargaan dan percintaan dengan pasangan. Tambahan lagi , pasangan ini paling aku suka jika bergandingan. In real life, mereka memang bercinta since 2012. So sweet! Boleh rasa kisah mereka itu.

Begitu juga kisah ini. Mengisahkan seorang gadis Filipina ,Mia yang menetap di Barcelona hanya kerana ingin membuktikan bahawa setiap orang yang gaga itu berhak merasa kejayaan. Ayah Mia memarahinya kerana MIa telah meniru dalam peperiksaannya yang menyebabkan ayahnya malu kerana memiliki anak sepertinya. Oleh kerana , ingin melarikan diri dari ayahnya , Mi telah pergi ke Barcelona dan mula mencari hidup yang baru.

Dalam keadaan kesempitan Mia dan saat Mia ingin membunuh diri , muncul seorang jejaka , Ely yang melihat wajah Mia seperti kekasih hatinya yang telah meninggal dunia , Celline.

Ely yang masih dalam keadaan bersalah oleh bayangan Celline , dia membantu Mia. Mereka saling membantu satu sama lain hingga satu saat Mia jatuh cinta pada Ely. Tetapi Ely masih mencintai Celine dan dia berasa bersalah jika mencintai gadis yang memiliki wajah seperti Celline.

Adakah Ely boleh move on? Adakah Ely boleh menerima ibunya kembali ? Sampai bila mereka perlu melarikan diri dari ketakutan? Saat Mia berhenti berharap , Ely sedar. Sempatkah Ely mengejar Mia kembali?


Rate : 9/10
Release : 2016
Negara : Filipina
Durasi : 2jam 11 minit
Apps : Netflix 




Have a fun day , guys.

You May Also Like

3 Comments