Tips : BREAKOUT ? 6 Langkah bagi mengatasinya.
Assalammualaikum dan hai
Ramai yang bertanyakan mengenai apa yang perlu dilakukan apabila mengalami breakout skin . Jangan risau. Ada beberapa langkah yang korang boleh ambil untuk mengelakkan breakout makin teruk. Saya juga mengamalkannya dalam harian saya. Alhamdulillah , perubahan yang sangat ketara.
Breakout terjadi kerana keadaan kulit yang tidak selesa atau kesalahan memakai produk. Hal ini sering terjadi kalau kita tersalah langkah dalam menjaga kulit dengan betul. Kadang kemungkinan persekitaran kita juga.
Apa perlu di lakukan sekiranya berlaku breakout skin?
1. STOP ! Segala produk yang anda guna sekarang !
Jika anda baru menggunakan sesuatu produk dan terjadi ketidakselesaan pada kulit, dinasihatkan berhenti seketika dari segala produk. Back to basic skincare , iaitu cleanser , moisturizer dan sunscreen. Teruskan basic skincare sehingga ketidakselesaan tu menghilang. Pastikan basic skincare kita itu sesuai dengan jenis kulit kita juga ya.
2. Banyakkan minum air masak
Selain dari produk , kemungkinan toxic di dalam badan juga akan menyebabkan kulit kita menjadi tidak tentu arah. Kedudukan jerawat di setiap wajah mempunyai petandanya. Jika dalaman anda tidak dibersihkan , kesannya juga akan kelihatan jika di luar. So, banyakkan minum air masak.
" Minum air masak banyak nanti nak terkencing je ."
Kencing itu membuang segala kotoran. Lebih baik kencing banyak dari kotoran banyak dalam badan. Araso ?
3. Tidur sekurang kurangnya 7-8 jam
Tidur yang cukup akan membuatkan emosi kita lebih baik dan menjadikan kita sebagai seorang yang cepat positif dengan keadaan semasa. Tekanan pada diri juga akan menyebabkan jerawat cepat naik dan akan merebak ke wajah kita kerana hormon kita yang tidak menentu.
Selain itu , dinasihatkan selalu tukar sarung bantal kita . Sekurang kuranya seminggu sekali ya. Bagi mengelak kekotoran melekat pada wajah ketika kita tidur.
4. Perbanyakkan research ingredient
Selain membeli skincare di drugstore ,anda perlu ketahui ingredient apa yang perlu diutamakan dalam permasalahan kulit anda seperti Niacinamide , Alpha Arbutin , AHA BHA dan sebagainya.
Paling utama , anda perlu kenal pasti dahulu apa kemahuan bagi kulit anda. Sebagai contoh , menghilangkan parut anda perlu mencari ingredient yang brightening seperti Niacinamide dan Alpha Arbutin.
5. Jangan sentuh wajah !
Ini paling penting dan perlu sentiasa beringat kerana tangan kita mempunyai pelbagai baktreia dan kekotoran. Apabila anda menyentuh wajah dengan tangan yang kotor, akan menyebabkan jerawat, Diberi amaran , jangan sentuh muka dengan kuku yang masih panjang. Kuku yang panjang juga terdapat kotoran di bawah kuku .
Apabila anda sentuh atau anda cuba untuk memicit jerawat menggunakan kuku, disitu akan terjadi bakteria pada tempat jerawat tersebut. Apabila anda menonyoh lagi , akan membuatkan ia menjadi parut yang hitam dan akan lebih banyak jerawat tumbuh di wajah.
6. Jaga pemakanan yang sihat
Pemakanan yang tidak sihat juga menjadi punca breakout dimana anda sering mengambil pemakanan yang berminyak dan berlemak. Hal ini bukan sahaja tidak baik untuk kesihatan , malah tidak baik untuk kulit wajah dan juga kulit badan kita.
Pemakanan yang sihat akan membantu badan kita mendapatkan kulit wajah yang sihat. Jarangkan pemakanan junk food. Saya tahu susah untuk meninggalkannya , saya juga begitu. huhu. Kulit sihat , badan pun sihat.
Setakat ini saya dapat kongsikan bersama apa yang saya amalkan apabila kulit saya breakout. Ini tips yang telah saya lakukan dan harap bermanfaat pada anda.
Sampai kita bertemu di entry blog seterusnya. :)
9 Comments
no 5 and no 2.. both mmg i always amalkan ..then klu muka break out .. mmg confirm dua ni yg i tak jga betul
ReplyDeletebetul . no 5 paling susah jaga sebab dah terbiasa sentuh muka. air pun kaau ingat. huhuhu
Deletekalau *
Deletekite kalau breakout cepat2 tukar cadar towel semua.. sebab situ pun banyak kuman :)
ReplyDeleteBetul , situ paling kita tak sangka adanya banyak kuman.
Deletejangan sentuh muka tu yang paling payah nak buat..kejap2 nak pegang muka sendiri..adoi...
ReplyDeletesamalah kak. tangan ni suka benorrrr belai pipi, esok lusa nah tumbuh jerawat haaa
Deletekinda annoyed bila i pay attention on my skincare routine baru nak naik jerawat before this tkde pun , rasa kena minum air banyak la
ReplyDeleteLangkah-langkah ni nampak macam senang tapi sebenarnya akan mengubah habit kita. Betul tak?
ReplyDelete