Cara menurunkan berat badan tanpa lapar bersama ESP Shaklee
Assalammualaikum dan hai
Hari ini Eyla ingin berkongsikan tips menurunkan berat badan tanpa berasa lapar. kebanyakan kita ingin menurunkan berat badan dengan cepat tetapi mengambil jalan singkat yang akan memudaratkan diri dan kesihatan kelak.
Tahukah anda ? Proses menurunkan berat badan perlu melalui fasa yang betul jika tidak mahu berlakunya keburukan kepada kesihatan . Eyla faham setiap yang ingin menurunkan berat badan menginginkan proses yang singkat seperti mengambil ubat kurus dalam seminggu dan sebagainya.
Diluar sana juga terdapat ramai yang mengambil ubat detox yang menyebabkan ketidakselesaan pada perut dan akhirnya cirit birit serta muntah dan demam. Badan kita tidak boleh dipaksa jika prosesnya tidak benar. Namun terdapat cara yang selamat dan tidak memaksa pada tubuh badan kita.
1. Kurangkan manis dalam pemakanan
Gula merupakan musuh paling utama dan susah bagi setiap manusia. Sedangkan nasi juga mengandungi gula tersendiri. Namun, pengambilan manis dapat dikurangkan jika kita bijak mengawalnya.
Pengambilan makanan manis perlu disukat juga dan perlu dititikberatkan kerana ia akan effect kepada dalaman kita juga. Apabila pengambilan manis kita terlalu banyak , ia akan menghasilkan lemak pada tubuh badan jika kita tidak menggunakannya secara bersenam atau berpeluh.
Apabila tubuh badan kita tidak mempunyai tenaga, sistem tubuh badan akan mencari lemak dalam badan untuk proses kepada tenaga. Dengan tidak sengaja, pembakaran lemak terhasil.
2. Tidur secukupnya ( 7 -8 jam )
Tidur yang tidak cukup akan menyebabkan badan cepat lesu dan melambatkan proses pemikiran kita. Ia juga akan menyebabkan hormon badan kita tidak menentu. Apabila hormon badan tidak menentu, emosi kita tidak terkawal akan menyebabkan kita stress dan sentiasa beremosi marah.
Tidur yang cukup bukan sekadar membakar lemak ,namun dapat memperlambatkan proses penuaan pada wajah kita. Umur 65 ke atas , wajah masih tegang. WAHH!!
3. Senaman 15 minit ke 30 minit
Siapa disini malas sangat bersenam ? *saya* huhuhu. Paling malas sekali adalah bersenam. Begitu juga saya. Bersenam itu ibarat musuh dengan katil. Nak kurus, tapi nak baring atas katil je. hehe.
Sekarang terdapat banyak senaman yang dapat kita praktikkan dalam harian. Search sahaja di youtube, nak senaman atas katil ke , senaman di dapur ke , senaman dalam kereta ke , semua dah ada. ZUP ZAP ! Sekelip mata saja terus terpapar di skrin.
Mahu atau tidak sahaja pada kita. Ambillah masa anda sedikit , untuk menyayangi tubuh badan dengan bersenam. Seminggu 3 kali pun sudah memadai.
4. Ketahui kalori badan
Setiap tubuh badan berlainan saiz dan beratnya. Begitu juga kalori bagi setiap tubuh badan kita. Perlu mengambil tahu mengenai kalori yang perlu di ambil setiap hari. Jika terlebih, anda perlu mengawalnya semula. Seperti , bagi seorang perempuan memerlukan 2000 kalori dalam sehari namun bergantung pada berat dan ketinggiannya.
Bagaimana nak mengiranya?
Tekan link di bawah untuk mengira kalori badan anda.
5. Minum secukupnya sekurang kurangnya 2.5 L ke 3 L
Selain pemakanan yang seimbang, badan juga memerlukan air secukupnya. Tidak lari kita bagi topik air secukupnya. Ia dapat membuang segala toksin kotoran dalam tubuh badan kita melalui membuang air kecil atau air besar.
AIr yang cukup dapat menyeimbangkan sistem pencernaan tubuh badan kita. Jangan lupa minum air yang cukup ya .
6. Pengambilan makanan tambahan
Selain 5 cara di atas. badan kita juga memerlukan makanan tambahan bagi menjaga luaran dan dalaman kita walaupun kita dalam proses menurunkan berat badan .
Makanan tambahan seperti soya protein sangat bagus untuk dalaman serta luaran kita.
Makanan tambahan yang terbaik seperti ESP daripada Shaklee menjadi salah satu bestseller yang ramai tergilakan bagi setiap golongan perempuan mahupun lelaki.



6 Comments
product yg membantu turun berat badan is the best product ever
ReplyDeletebetul.sedap dan mengenyangkan dlm jangksa masa panjang. boleh buat smooothie huhuh
DeleteCara menurunkan berat badan
ReplyDeletepaling best sebab ESP ni kan rendaah glisemik.. :-)
ReplyDeleteESP memang terbaik 🤩 BTW Salam perkenalan. Da follow blog ni #278
ReplyDeletenak cepat kurus, cut segala jenis sugar..
ReplyDelete