Tuesday, April 19

Cara Menarik Si Pembaca Blog

Assalammualaikum dan hai 


Hari ini aku rajin sedikit untuk kongsikan beberapa cara menarik pembaca blog. Setiap blogger mesti inginkan kunjungan pembaca yang setia bukan? Kalau entry ada , tetapi si pembaca pula tiada, tak menjadi 'pageview' juga. So , aku kongsikan cara ini agar blogger blogger lain dapat mempertingkatkan lagi blog masing masing. Harap bermanfaat pada uolls. ;)

1. Tajuk Entri Menarik dan AWESOME !

Sebelum si pembaca melihat isi dalam entri, pembaca mesti akan baca pada tajuknya dahulu. So, make sure tajuk yang gempak dan superb. Tambah tambah mengenai dunialah. Jangan yang hampeh 'pampers' . 

Contohnya :-

Hobi Yang Saya Gemari . Nampak suram kan? Bagaimana pula " Antara Hobi Yang Digemari " ? Mana yang agak menarik bagi hampa hampa untuk baca? Hehe.
Aku kadang kadang entri siap, tapi tajuk entri makan masa dalam beberapa minit untuk letakkan. Kadang bancuh air sambil fikir. Hehe. Aku cepat menaip entri tapi bab bab tajuk nih.. emmm.. hampeh nak letakkan. Dan WARNING untuk semua blogger. Pastikan tajuk dan pengisian dalam entri berkaitan. Jangan tajuk tentang HARIMAU tapi isi entri cerita tentang TIKUS. Jangan sesekali. Ia akan mengurangkan pembaca untuk membaca lagi.

2. Kongsikan Pada Laman Sosial Yang Lain 

Tentang ini mungkin ada yang blogger selalu buat dan kemungkinan ambil acuh tak acuh. Setiap entri hampa jangan fikir blogger sahaja akan baca. Cuba tarik perhatian rakan di Facebook, Twitter dan sebagainya. 

Pembaca bukan sahaja 'blogger' sahaja membaca. Rakan rakan di laman sosial lain pun boleh baca entri kita. Tambah tambah rakan yang nak kenal dengan kita secara lebih dekat. Boleh tahu apa yang kita taipkan.

Macam aku, aku akan beritahu sharekan di Facebook dan secara tak langsung menarik perhatian rakan rakan sekolah rendah dan menengah. Walaupun mereka tiada blog, mereka juga berhak membaca dan komen apa kekurangan blog kita. Dari situ kita dapat improve penulisan entri kita.

3. Balas 'Comment' Pembaca

Yang ketiga ini, mungkin nampak syok sendiri, tetapi si penulis blog dapat merapatkan hubungan dengan si pembaca. Bukan nak nampakkan banyak comment semata mata. Cuba untuk interaksi dengan si pembaca kerana si pembacalah yang akan menilai dari kelemahan dan kelebihan blog kita.

Apabila kita membalas, itu sebagai tanda kita menghargai kunjungan si pembaca ke blog kita. Tak susah pun. Balas komen mereka agar kita dapat mesrakan hubungan dengan si pembaca.

4. Ayat Jangan Hipster Atau Raver Sangat

Okay. Ini serius. Selalu juga aku baca entri yang jenis taip entri ayat yang kurang aku faham. Cuba hampa baca ayat nih..

"Aqu x thu kenape aqu suke blog diew. Comeyyy.""Aq sukew jdy mcm tuew"
Apa yang hampa suka ayat di atas? Aku faham dengan bahasa macam tu. Tetapi, si pembaca tidak kira umur. Bayangkan pakcik makcik yang baca. Diorang nak baca macam mana? Puas cari kamus dewan nanti. Hehe.

5. Lagu Mesti Sesuai Dengan Blog

Bagi blog yang ada lagu, pastikan lagu yang anda pilih itu kena dengan situasi blog anda. Seperti, blog pink white tetapi lagu rockers? Rockers music satu muzik yang agak keras. Mean keras macam terlalu menyakitkan telinga juga.

Pastikan lagu anda yang happy, yang ceria, jangan lagu sedih. Nanti si pembaca rasa bosan dengan blog anda. ;)

6. Open Minded dengan Kritikan Si Pembaca

Sebagai seorang blogger, perlulah bertahan dengan kritikan negatif iaitu " Blog awak teruk " ," Blog paling bosan" dan sebagainya. Bla bla bla. Ambil sebagai semangat dan satu perkataan yang membangunkan semula diri. Improve your blog. Kalau tak cantik, cantikkan ia. Kalau entri membosankan, lebihkan kepada entri yang akan dikunjungi seperti entry mengenai trend dan dunia.

7.  Isi Entry Bermanfaat Atau Memberi Pengajaran

Tentang isi entry sudah tentu ramai blogger yang peka tentang ini.Kalau tak, takkan boleh buat entri kan? Huhu. Nak tulis entri atau artikel pastikan yang bermanfaat. Satu lagi , jika berkenaan dunia, pastikan benda yang sahih. Kerana apa yang kita kongsikan itu adalah apa yang orang tahu dan ingin tahu. Hehe.

Pastikan yang bermanfaat yer ? :)

8. Guna Ayat Seolah Berbicara Dengan Si Pembaca 

Emm.. Ayat berbicara dengan pembaca seperti anda berbicara dengan orang lah. Bukan dengan rakan rapat. Yelah. Kalau kita jenis cakap kasar dengan rakan, jangan diamalkan dalam entri. Nanti si pembaca hilang hormat dan tak akan datang lagi ke blog kita. Malah maybe terus tak datang. Hehe.

So, ayat mesti seolah kita baru kenal dengan si pembaca. Baru fun bila nak taip. Dan si pembaca pun akan rasa tertarik untuk membaca. Haaa.. dapat juga rapatkan silaturahim kita dengan si pembaca. Betul tak? Hehe

Okay sampai disini sahaja. Mungkin hampa ada lagi cara cara tersendiri untuk menarik pembaca membaca di blog kita. Tak susah. Jaga hubungan kita dengan si pembaca. Ingat. Kalau kita positif kan diri ketika menaip, si pembaca pun akan membaca dengan happy dan fun !

Annyong guys.. Muahh.. ;)
Have a fun day , guys.

11 comments :

  1. Replies
    1. huhu.. Thanks bambam cuties

      Delete
    2. Tq...info bermanfaat...klu sudi join giveaway ni ...
      http://hanismasturina.blogspot.my/2016/04/mini-giveaway-by-hanis-masturina.html

      Delete
  2. thanks for the tips , nabila :)

    ReplyDelete
  3. lagu tu jgn autoplay..buatnye tengah psg full volume, maw tak terperanjat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhu.. orait.. nnti nbila marah dia cukup cukup..hehe

      Delete

 

Template designed by RRAI | Hak milik Nur Nabila | All rights reserved