google facebook twitter instagram
Powered by Blogger.
  • Home
  • About
  • Review
    • Drama
    • Movie
    • Novel
    • Product
  • Story
  • Tips
  • Love
  • Exchange Link

Nur Nabila

Assalammualaikum dan hai 

Hari ini aku rajin sedikit untuk kongsikan beberapa cara menarik pembaca blog. Setiap blogger mesti inginkan kunjungan pembaca yang setia bukan? Kalau entry ada , tetapi si pembaca pula tiada, tak menjadi 'pageview' juga. So , aku kongsikan cara ini agar blogger blogger lain dapat mempertingkatkan lagi blog masing masing. Harap bermanfaat pada uolls. ;)

1. Tajuk Entri Menarik dan AWESOME !

Sebelum si pembaca melihat isi dalam entri, pembaca mesti akan baca pada tajuknya dahulu. So, make sure tajuk yang gempak dan superb. Tambah tambah mengenai dunialah. Jangan yang hampeh 'pampers' . 

Contohnya :-

Hobi Yang Saya Gemari . Nampak suram kan? Bagaimana pula " Antara Hobi Yang Digemari " ? Mana yang agak menarik bagi hampa hampa untuk baca? Hehe.
Aku kadang kadang entri siap, tapi tajuk entri makan masa dalam beberapa minit untuk letakkan. Kadang bancuh air sambil fikir. Hehe. Aku cepat menaip entri tapi bab bab tajuk nih.. emmm.. hampeh nak letakkan. Dan WARNING untuk semua blogger. Pastikan tajuk dan pengisian dalam entri berkaitan. Jangan tajuk tentang HARIMAU tapi isi entri cerita tentang TIKUS. Jangan sesekali. Ia akan mengurangkan pembaca untuk membaca lagi.

2. Kongsikan Pada Laman Sosial Yang Lain 

Tentang ini mungkin ada yang blogger selalu buat dan kemungkinan ambil acuh tak acuh. Setiap entri hampa jangan fikir blogger sahaja akan baca. Cuba tarik perhatian rakan di Facebook, Twitter dan sebagainya. 

Pembaca bukan sahaja 'blogger' sahaja membaca. Rakan rakan di laman sosial lain pun boleh baca entri kita. Tambah tambah rakan yang nak kenal dengan kita secara lebih dekat. Boleh tahu apa yang kita taipkan.

Macam aku, aku akan beritahu sharekan di Facebook dan secara tak langsung menarik perhatian rakan rakan sekolah rendah dan menengah. Walaupun mereka tiada blog, mereka juga berhak membaca dan komen apa kekurangan blog kita. Dari situ kita dapat improve penulisan entri kita.

3. Balas 'Comment' Pembaca

Yang ketiga ini, mungkin nampak syok sendiri, tetapi si penulis blog dapat merapatkan hubungan dengan si pembaca. Bukan nak nampakkan banyak comment semata mata. Cuba untuk interaksi dengan si pembaca kerana si pembacalah yang akan menilai dari kelemahan dan kelebihan blog kita.

Apabila kita membalas, itu sebagai tanda kita menghargai kunjungan si pembaca ke blog kita. Tak susah pun. Balas komen mereka agar kita dapat mesrakan hubungan dengan si pembaca.

4. Ayat Jangan Hipster Atau Raver Sangat

Okay. Ini serius. Selalu juga aku baca entri yang jenis taip entri ayat yang kurang aku faham. Cuba hampa baca ayat nih..

"Aqu x thu kenape aqu suke blog diew. Comeyyy.""Aq sukew jdy mcm tuew"
Apa yang hampa suka ayat di atas? Aku faham dengan bahasa macam tu. Tetapi, si pembaca tidak kira umur. Bayangkan pakcik makcik yang baca. Diorang nak baca macam mana? Puas cari kamus dewan nanti. Hehe.

5. Lagu Mesti Sesuai Dengan Blog

Bagi blog yang ada lagu, pastikan lagu yang anda pilih itu kena dengan situasi blog anda. Seperti, blog pink white tetapi lagu rockers? Rockers music satu muzik yang agak keras. Mean keras macam terlalu menyakitkan telinga juga.

Pastikan lagu anda yang happy, yang ceria, jangan lagu sedih. Nanti si pembaca rasa bosan dengan blog anda. ;)

6. Open Minded dengan Kritikan Si Pembaca

Sebagai seorang blogger, perlulah bertahan dengan kritikan negatif iaitu " Blog awak teruk " ," Blog paling bosan" dan sebagainya. Bla bla bla. Ambil sebagai semangat dan satu perkataan yang membangunkan semula diri. Improve your blog. Kalau tak cantik, cantikkan ia. Kalau entri membosankan, lebihkan kepada entri yang akan dikunjungi seperti entry mengenai trend dan dunia.

7.  Isi Entry Bermanfaat Atau Memberi Pengajaran

Tentang isi entry sudah tentu ramai blogger yang peka tentang ini.Kalau tak, takkan boleh buat entri kan? Huhu. Nak tulis entri atau artikel pastikan yang bermanfaat. Satu lagi , jika berkenaan dunia, pastikan benda yang sahih. Kerana apa yang kita kongsikan itu adalah apa yang orang tahu dan ingin tahu. Hehe.

Pastikan yang bermanfaat yer ? :)

8. Guna Ayat Seolah Berbicara Dengan Si Pembaca 

Emm.. Ayat berbicara dengan pembaca seperti anda berbicara dengan orang lah. Bukan dengan rakan rapat. Yelah. Kalau kita jenis cakap kasar dengan rakan, jangan diamalkan dalam entri. Nanti si pembaca hilang hormat dan tak akan datang lagi ke blog kita. Malah maybe terus tak datang. Hehe.

So, ayat mesti seolah kita baru kenal dengan si pembaca. Baru fun bila nak taip. Dan si pembaca pun akan rasa tertarik untuk membaca. Haaa.. dapat juga rapatkan silaturahim kita dengan si pembaca. Betul tak? Hehe

Okay sampai disini sahaja. Mungkin hampa ada lagi cara cara tersendiri untuk menarik pembaca membaca di blog kita. Tak susah. Jaga hubungan kita dengan si pembaca. Ingat. Kalau kita positif kan diri ketika menaip, si pembaca pun akan membaca dengan happy dan fun !

Annyong guys.. Muahh.. ;)
Have a fun day , guys.
Assalammualaikum dan hai 


Hari nih aku nak review satu produk yang aku pakai dah nak dekat setahun dah aku pakai dan still pakai produk hingga sekarang. Sebabkan review, so hmpa hampa baca secara santailah noh.. Jangan muka ketat sangat. Tak elok untuk wajah. Nanti kedut tua tak tahu haa...
Angin sepoi sepoi dalam bilik aku nih *kipas angin sebelah* Itu petanda mood elok aku hari nih sudah di ON.

Ok Back to the story ....

Aku nak share dengan hampa tentang satu produk yang sesuai untuk merawat semua jenis kulit. Tambah tambah mesti ada yang kulit jenis sensitifkan? Jenis kena pilih betul betul produk, baru boleh pakai. Hampa hampa pernah ada parut dimuka atau dianggota badan tak?  Muka berjerawat batu sampai pedih bagai ? Bekas bekas demam campak ker? Atau kulit kering bak gurun sahara dan kulit kusam tak bermaya? Haaa.. Aku suggestkan kat hampa cuba Mora Essential. Semua jenis kulit boleh pakai. Lelaki dan perempuan boleh pakai. Tak kira umur. Pak cik mak cik yang selalu ke masjid rasa kulit pedih atau luka yang jenis tinggal kesan pun boleh pakai Mora nih. Aku cakap sebab tok aku pakai juga.

Bagus tau produk nih.. Aku pakai muka aku jadi lembut jer.. Tak rasa kasar macam dulu. Dulu, kulit aku ibarat ' Kertas Pasir ' Muka aku dulu kasar dan berbukit bukit dengan jerawat. My mom pun pakai Mora. Asalnya my mom ada bintik hitam dan kulit dia selalu kusam jer bila balik dari pejabat. Sekarang muka dia nampak bersih dan nampak macam pakai powder jer. Bila tanya pakai bedak ke tak ? Mama aku cakap tak. Bila pakai Mora , hampa boleh tengok keberkesanannya dalam masa seminggu. Pada mulaya , my mom cakap membazir. Last last dia pulak pakai tak mahu share dengan aku. Alahai.. Ayah aku pun puji mama aku tentang perubahan wajah. Last last one family aku pakai. Betul. Yang ada parut di kaki ke di tangan ke atau diman saja.. Juga boleh pakai. Yang bestnya..Hampa boleh nampak perubahannya dalam masa DUA MINGGU ! Wahh~ Gempak arr..

Memandangkan aku nih seorang yang nak cepat dan seorang yang sering terdedah kepada cahaya matahari, aku tiada masa nak tempek cream yang aku pakai *akan aku kongsikan nanti*, aku pun ambil keputusan untuk gantikan dengan Mora. Mora produk yang terbaik yang pernah aku jumpa. Sebab jerawat aku yang merah merah dua hari saja boleh kecut, lepas tu lesap takdak dah. Hoho. Seriuos talk. Mora juga sesuai untuk student yang jenis pagi pagi malas nak bertempekkan cream , boleh gantikan dengan Mora. Dan.. kepada yang baru nak  berjinak  jaga kulit muka boleh lah try Mora.




Poduk yang berasaskan 100% minyak argon yang asli. Tiada bahan aktif atau bahan kimia dalam kandungan produk.Selamat digunakan oleh sesiapa sahaja. Bangladesh nak cuba pun boleh. Hehe.. Mora nih tinggi kandungan Vitamin E . Boleh digunakan semua kulit. Produk penambahbaik dan merawat kulit dan boleh dijadikan sebagai toner kulit, pelembap kulit , serum ataupun sebagai asas solek. Amacam? Dahsyat kan?




Haa.. eh? Botol apa pulak yang penutup hitam tu.. Haaaa itu lah Cleanser Argan Oil. Yang itu pula untuk pencuci muka. Cleanser nih pula banyak kegunaannya. Boleh jadi sebagai remove makeup pula tue. Wahh.. memang gempak ar MORA nih kan? Lepas nih mesti diorang buat lagi gempak. 

Jangan usha lama lama sangat gambar tu.. Takkan tengok jer.. Takpa .. Fikirkanlah dulu.. Nanti tengok #morafeedback kat insta nah.. Banyak feedback dekat sana. Jangan biarkan masalah anda berterusan. :) Jom cantik sebelum raya. Raya nih konpom ramai usha.. Hahaha

Fungsinya:-

  • Anti Penuaan mengurangkan garis kedutan di muka
  • Melindungi & merawat kulit wajah daripada segala jenis masalah seperti jerawat , kulit kering & alergi gatal gatal pada kulit bak SnowWhite
  • Mengecut dan menghilangkan kesan jerawat 
  • Untuk kulit yang lebih bersih dan cantik.

Pada yang ada masalah wajah dan parut di anggota , jangan biar berterusan. Nanti semakin teruk. Inshaa Allah dengan Mora Essential hampa akan puas hati hingga taknak tukar produk lain. Kandungan adalah bahan semula jadi dan selamat untuk kulit.
Aku pengguna Mora Essential. :)

Harga Mora Essential RM 60
Cleanser Mora RM 60

Bijak memilih , bijak memakai.
Jangan buang duit untuk GST pergi beli produk yang tak berkesanan. MORA Essential the best. 

Pada yang tinggal di Jepun, Korea , Brunei atau Singapore, anda boleh dapatkannya di Agent disana ya :) 


Instagram : @moraessential
Facebook : Mora Essential
Have a fun day , guys.
Assalammualaikum dan hai 

Baru baru nih aku terdetik nak buat banner dan signature baru. Kalau hampa hampa scroll semula entri aku sebelum nih, mesti ada banner ' Segala Yang Tercatat Hak Milik Sepenuhnya Nurnbla ' tu kan? So, aku tengok dah suram bila banner tu diletakkan. Dengan itu , aku pun nak tukar banner dan nak ada signature setiap post. 

Aku meminta khidmat dari Kak Ecah Nyais. Aku selalu panggil Kak Ecah. Sebab sweet bila panggil macam tue.. Dan serius aku puas hati dengan setiap apa yang Kak Ecah editkan. Dulu, di editkan blog aku. Aku masih simpan codding codding yang dia edit tue. Jom tengok banner baru aku.


    SEBELUM

SELEPAS


Amacam ? Cantik ke idok? Memandangkan aku nih suka bunga kecil kecil. Aku request bunga bunga kecil. Kak Ecah seorang yang sangat friendly. Kalau order dengan dia semuanya best best. Satu, apa yang dibuat sangat puas hati. Kedua, dia sangat mesra alam. 

Ini pula signature yang juga Kak Ecah buat. Ini memang citarasa aku nak signature macam nih.



Harga? Harga memng hrga kasih sayang. Harga berani kerat jari. Murah tersangat murah.. Cepat contact kak Ecah untuk buat tempahan. Sangat sangat puas hati.

Untuk contact Kak Ecah sila klik di bawah :-

Just Like Me 

Have a fun day , guys.
Newer Posts
Older Posts

HELLO !


Hello, There!

Hi bloggers ! Welcome to my blog. I'm blogger from Kedah , Malaysia. 22 years old (2020). I'm blogging since 2015.

.

eilanur524@gmail.com

ANY ENQUIRIES

LET’S BE FRIENDS

Followers

VOICE OUT

Labels

drama review tempahan blog murah tips

Recent Posts

Official Blog


Hello

" Keep praying , even if you have only a whisper left."

Blog Archive

  • ►  2021 (2)
    • ►  October (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2020 (6)
    • ►  November (5)
    • ►  October (1)
  • ►  2019 (1)
    • ►  December (1)
  • ►  2018 (2)
    • ►  December (1)
    • ►  January (1)
  • ▼  2016 (14)
    • ►  November (1)
    • ►  September (1)
    • ►  August (1)
    • ►  May (1)
    • ▼  April (3)
      • Cara Menarik Si Pembaca Blog
      • Review : Mora Essential Merawat Wajah.
      • Review : Banner & Signature by Aisyah Nyais
    • ►  March (1)
    • ►  February (2)
    • ►  January (4)

Contact Me

Name

Email *

Message *

Created with . by beautytemplates