­

Memories : Badminton #TeamFamalia


Assalammualaikum dan hai 

Lamanya aku tak buka blog. Namapun student mestilah bermula dengan hidup 'LIFE STUDENT' yang sibuk dengan assignmentnya, dengan kuiznya, testnya nya nya nya lah. Selalu nak update tapi sibuk study. Lagipun, studyweek sudah hampir. Ayoyo.

Hari ni aku nak menceritakan tentang #TeamFamalia. Pada mulanya aku tak jangka aku akan terpengaruh dengan hasutan hasutan shuttle badminton. :P

Azam bermain badminton hanyalah sebab nak buang lemak di badan. Makin hari makin aku tengok berisi.Aku pula seorang yang amat malas berjoging. Sebab aku taksuka berlari. Penat sangat. So, penyelesaiannya aku main badminton after maghrib or after isyak.

Hello, siapa cakap badminton just berdiri setempat saja? Berlari juga okay.. Tapi tak berlari macam joging.. Ingat senang ke lari sana sini kejar shuttle? Tak dan tak semudah itu. Memandangkan aku selalu bermain dengan Dayana *mohon bangga aku sebut nama hang diblog* , maknanya main secara beregu. Dayana jaga depan dan aku jaga belakang. Kenapa aku jaga belakang? Sebab aku lebih tinggi dari Dayana. Huahuahua.

Nampak tak? Aku 'tinggi' dari Dayana? :P

Aku jaga belakang sebab aku pandai jaga belakang saja. Depan aku memang tak pandai, tambah tambah main net. ERGH !

Aku dan Dayana main hanya suka suki dan memandangkan Dayana nak 'diet' *diulangi, DIET!* ,tiba tiba , kami berdua jadi Mak Senah dan Mak Jemah terjun ke Team Famalia bermain untuk pertandingan badminton tertutup JMTi. Dengan masih mentah dalam bab bab badminton, aku dan Dayana dengan redha join Team Famalia. Main game pun ikut nasib saja. Huahua. Nampak tak semangat nak menang takdak? Hahaha..

Main punya main, kami dapat ke semifinal. Wow! kira power jugaklah aku dan Dayana. Tiba tiba time semi, kami berdua menjadi sasaran dan harapan untuk ke final. Aku lihat seorang demi seorang ahli Team Famalia, semuanya muka muka nakke final. So, aku cakap pada Dayana " Kita kena menang. Sebab hanya kita akan bawa Team Famalia ke final ". Dayana hanya mengeyakan apa yang aku katakan. Sumpah , seolah nak pergi berperang. Sebab semuanya terletak pada game aku dan Dayana bermain. Pada mulanya menang, game kedua...... em... MENANG !

Akhirnya, diumumkan Team Famalia ke final lawan Team Staff. Team Staff?! What?! Team staff adalah team yang pandai smash dan memang terbaik gamenya.. Aku dan Dayana be like -_- " Habislah kitaa... Pernah main game dengan mereka, dan aku dan Dayana kalah. Nampak dah Team Famalia akan menjadi Naib Johan.

Muka muka Team Famalia.
Pemain single lelaki perempuan , pemain beregu lelaki perempuan dan campur lelaki perempuan.
*seluar aku macam Aladdin.huahuahua*


Menang sama sama , kalah sama sama. Itu perkara yang tertanam dalam diri masing masing.. Apa yang aku boleh kata, team Famalia the best. Sentiasa bagi sokongan pada ahlinya walaupun mereka tahu ahli mereka lemah dan tak semangat dah. Always support each other tepi court.

Pada malam final, semua pemain dikehendaki masuk ke dalam dewan. Ramai gilaa student yang datang tengok pertandingan final malam tu. Tak ketinggalan juga budak budak kelas aku. Sayang gila kat hampa TKP oihh. Datang support budak kelas main. Aku rasa kalau takdak budak kelas main memang hampa tak turun , tidur dalam bilik atau layan movie. Almaklumlah weekend, mana ada tidur awal. Huahuahua.

Walaupun aku dan Dayana penat sebab kelas dari pagi hingga ke petang, aku dan Dayana tetap nak bagi all out malam itu. Main hingga puas hati, sampai rasa diri dah letih secukup cukupnya.Pada mulanya pemain single lelaki. Single lelaki kalah dengan 2 kalah 1 menang. Tak mengapa. Aku tengok dia mainpun memang secukupnya. All out gila. Kedua, single perempuan. 2 kalah 1 menang. Nampak dah team Famalia akan menjadi naib johan. Begitu juga , beregu lelaki. 2 kalah 1 menang.
 Oleh itu, secara cepatnya. Aku dan Dayana tidak bermain malam final sebab team Staff menang tiga game.
Alhamdulillah, kami mendapat tempat kedua iaitu naib johan. Bersyukur sangat sangat sebab dapat puaskan hati semua ahli. Selama beberpa hari kami ibarat family dan memang kena sangat dengan nama Famalia. Sorakan Famalia juga ada pada malam final. Bangga dalam masa yang sama dapat kenal satu sama lain. Ada juga ahli yang baru aku tahu nama dan jurusan di institut.


Terima kasih Team Famalia untuk memories yang sangat berharga dan terima kasih untuk pingat perak ini. Nak balik tayangkan adik beradik. Hahaha. Riak disitu. Kihkihkih..


Dengan itu tamat pertandingan tertutup JMTi. Aku masih bermain badminton untuk belajar lebih lagi. Kadang menjadi tempat aku lepaskan stress dan tension aku. Tambah tambah sehari tu , stress dengan subjek pelajaran. Huahua..

In shaa Allah, pada masa akan datang aku nak bermain dengan betul. Agak agak ada lagi tak Team Famalia? Emmm.. 

#TeamFamalia
Have a fun day , guys.
                           

You May Also Like

1 Comments

  1. join

    https://belogsjm.blogspot.my/2016/11/mega-giveaway-by-bloggers-family-2016.html

    ReplyDelete