Seperti yang korang tahu ,aku seorang pelajar yang tinggal di asrama. Asrama. Ya, tiada ibu tiada ayah untuk menemani dan maybe mengajar aku untuk tidak "sua tangan" lagi meminta duit. Fuh ! bukan senang menahan nafsu nak beli barang personal.By the way, mesti ada yang pernah tinggal di asrama kan?Bagi yang tak pernah , anda akan merasainya. *ketawa jahat* .
Bagi aku , antara rumah dan asrama , mana yang akan aku pilih untuk tinggal? Sebenarnya berbelah bagi. Tapi aku lebih pilih asrama. Kenapa?
Sebab , kalau aku tinggal di asrama, assignment aku berjalan dengan lancar dan tepat pada waktunya. Mendidik aku untuk basuh dan basuh baju setiap minggu. Mengajar aku untuk berjimat duit dengan makan maggie sahaja. sobsob.*mohon ayah baca* DAN ! mesti aku bangun awal untuk sarapan dan ke kelas. Hoho.. Ehem ehem, aku bangun lepas subuh tidur balik kut. Hihi. Itupun kalau aku layan drama korea tengahmalam. Konfem tidur balik lepas subuh. Oh yaa, paling penting , aku tak kena mandikan kucing. hehe.
Haaa,, di rumah pulak? MashaaAllah Subhanallah Astagfirullah al azim, haa habis istighfar aku baca. Perangai serupa dugong. Haha. Baju main campak je dalam mesin, orang last tekan button mesin. Makan? 24 hours rasa lapar. Tambah tambah mama aku jenis suka masak pula. Dari siang bangun tidur hingga nak lelap mata pun still ada bau masakan. Walaupun cucur udang sahaja. Kalau di rumah, mama sentiasa nak keluar beli barang dan time itulah aku akan " Mama nak ini , nak itu" dan mama aku akan bebel saja. Assignment aku juga tak berjalan dengan lancar . Selalu jammed. ERGH !
Nampakkan perbezaan yang amat ketara apabila aku dirumah dan di asrama. Betul lah kata orang , asrama kadang mendidik kita menjadi yang lebih baik dan mengajar kita untuk lebih teratur dan disiplin. Wahh, macam pakar motivasi pulak aku membebelnya. Alahai.. Esok dah pulang ke asrama, dan aku akan pastikan lemak lemak aku terrbakar dengan rakusnya selepas raya haji hari itu. Makan lembu banyak thoo. Daaa~
hahahahaha. kakcik dulu pun masuk asrama dengan harapan (salah satunya) dapat kuruih kan diriku yang bambam ni. rupanya harapan tinggal harapan saja. sebab makin bambam! hahahahaha.
bytheway, take care syg kat asrama tu. jangan terikut dengan budaya tak elok tau. jadi budak baik macam kc kay? muahahaha *ketawa comel*
2 Comments
Mestilah asrama/kolej kalau masa belajar dulu, sebab rumah terlalu selesa sampai nak berkubang aja.hahaha.
ReplyDeletehahahahaha. kakcik dulu pun masuk asrama dengan harapan (salah satunya) dapat kuruih kan diriku yang bambam ni. rupanya harapan tinggal harapan saja. sebab makin bambam! hahahahaha.
ReplyDeletebytheway, take care syg kat asrama tu. jangan terikut dengan budaya tak elok tau. jadi budak baik macam kc kay? muahahaha *ketawa comel*