Sunday, March 26

Wow ! Bercuti bersama Traveloka

Assalammualaikum dan hai.

Pernah dengar atau terlihat iklan Traveloka ? Takpernah ?

Apa itu Traveloka ?

Traveloka ialah satu sistem layanan online membeli/menempah tiket flight dan tempahan hotel. Anda tak perlu lagi membuang masa berjam jam untuk membeli tiket flight. Apabila sampai di destinasi, tak perlu lagi mencari hotel yang selaras bajet anda.

Dengan Traveloka, semuanya pantas dan mudah. Just klik , terus membeli ! Mudahkan?
Traveloka memberikan kemudahan yang lancar dan tempat hotel yang selesa mengikut kehendak anda.

Sekarang , Traveloka memperkenalkan kempen terbaru iaitu " SALE-ABRATION " untuk pelanggan. Anda boleh klik website ini  https://www.traveloka.com/en-my/promotion/sale-abration untuk dapatkan sale yang gempak. Cepat cepat ambil peluang keemasan ini untuk BERCUTI !



Taraa !! Inilah website traveloka , https://www.traveloka.com/en-my . Traveloka mengadakan sale untuk pelanggan dengan harga yang berpatutan sama ada tiket flight ataupun penginapan di destinasi anda. 

Mengapa perlu membuang masa jika anda boleh mmbeli dengan Traveloka? Destinasi yang disediakan juga international destination. Jangan risau , tiket tidak ada extra charge ok. Tiada 'bunga' harga ditambah dalam pembelian tiket. Termasuk juga tempahan penginapan.
Terdapat banyak manfaat menggunakan kemudahan di Traveloka. Antaranya seperti dibawah. Rugi jika tidak mengambil kesempatan sale yang mereka adakan. Ini peluang keemasan anda untuk bercuti dengan aman.



Selain itu , Traveloka juga mempunyai application sendiri di Play Store. Takperlu mencari laptop atau komputer untuk menempah, download saja application dan pilih destinasi anda !





Bagaimana ingin menempah flight dan hotel ?


CARA BOOKING HOTEL


Traveloka mementingkan kemudahan setiap pelanggannya. Perkhidmatan ini juga memudahkan pelanggannya untuk mencari dan menempah hotel yang diingini. Mudah dan jadual perancangan anda lebih kemas dan teratur. Tidak perlu mencari berjam jam dan menunggu customer hotel check -out.
Pengalaman Ila ketika bercuti dahulu, sangatlah serabut dan tidak teratur. Beli tiket sudah berjam jam , mencari hotel pula perlu menunggu bilik kosong. Dengan Traveloka, Ila takperlu lagi menunggu sia sia. Terus booking dan selamat landing di atas katil hotel. Bestkan?
CARA BOOKING TIKET FLIGHT KE DESTINASI

Dengan Traveloka , takperlu lagi membuang tenaga untuk menempah di website lain. Di Traveloka, satu website , dua tempahan dalam satu masa. Singkat , mudah dan takperlu penatkan diri untuk membeli. Kadang, selepas layari tempahan hotel tiba tiba mesti rasa " Alah, internet slow. Flight tak booking lagi. " Susahkan?

Taip saja Traveloka. Terus ZUUFF !! Booking dan anda boleh tersenyum puas.




Aku percaya di zaman makin sibuk sekarang, ramai mempunyai banking online. Anda boleh terus banking online ke mereka dengan harga yang diberi .Tempahan boleh dibayar melalui CIMB Clicks , maybank2u.com , VISA dan sebagainya seperti dibawah. Mudahnya !





Perkhidmatan ini juga tidak mengenakan apa apa bayaran untuk menempah tiket. Khidmat ini hanya menyediakan kelengkapan yang pantas untuk setiap pelanggan bercuti.

Cepat ke website mereka sekarang ! Aku pun terasa nak bercuti bila lihat promotion di Traveloka. Hihi.




Di atas ialah senarai Top Flight dan Top Hotel di Traveloka.
Terlalu mudah dengan Traveloka. Kini percutian anda lebih teratur dan perancangan untuk bercuti lancar tanpa sebarang masalah.

Anda boleh ke website mereka untuk menempah penginapan dan destinasi. Jangan buang masa lagi ! Ambil peluang ini.
 https://www.traveloka.com
https://www.traveloka.com/en-my/promotion/sale-abration
Klik klik dan BERCUTI ! Yeah !

Wow! Bestnya bercuti bersama Traveloka !

Have a fun day , guys.

Friday, March 17

First Time Derma Darah , Hilang Ketakutan , Muncul 'Keseronokan'

Assalammualaikum dan hai 

Siapa pernah derma darah angkat kening sebelah kanan?

Bulan lepas ( Februari 2017) , first time aku derma darah. 19 tahun hidup tak pernah derma darah. Malah, parent aku pun takut nak derma darah. Wah, aku jadi heroin dalam keluargalah nampaknya. By the way, pada mulanya aku takut. Sebab aku takut dengan jarum.

Macam-macam aku imagine dalam fikiran. Hampa bayangkan, tengah derma darah , jarum patah ka tercucuk dalam ka , nurse kasar ka. OMG ! Aku takboleh hadap.Sehinggalah member aku paksa dan jenis main 'dare'. Kalau aku tak derma, member aku taknak cakap dengan aku. Wah, main api nampak. Aku pantang dicabar. Ini Hang Puteri Kayangan ok? HAHAHA.

Tapi dalam hati memang terdetik teringin nak derma darah, cuma tidak berani. Sehinggalah waktu petang, hati teringin sangat - sangat nak derma darah. So, aku nekad nak derma juga. After solat zohor, terus aku pergi ke lobby kolej untuk derma darah. Bila sampai saja di lobby, badan seram sejuk, badan panas terus. Seolah demam pula. Demam nervous. Huhu.

Selepas isi borang dan check darah, aku tunggu di kerusi. Tunggu turn untuk derma darah. Setiap penderma akan dapat sebuah buku kecil warna merah. Sebagai bukti menjadi seorang penderma. 
Sumpah , nervous seolah nak lalu atas jambatan yang kecil dan tinggi. Oh ya, darah aku jenis O. Wah, darah aku darah universal. Nampak tak aku seorang pemurah menderma darah? Aceywah.
Semasa turn aku untuk menderma, aku buka jaket aku untuk lindung lengan. Nasib baik member aku bagi aku pinjam baju besar dia. Member saiz XL , aku pula saiz L. So, besar . Bolehlah aku cover apa yang patut.

Pada mulanya , aku dicucuk dengan ubat bius, kemudian dicucuk dengan jarum besar. Besar dari jarum cucuk biasa. Bila dicucuk, terus keluar darah dari lengan aku ke pek darah.. And aku be like " HUWAAA!! Selamat tinggal darahku. 19 tahun kita bersama." Over kan?

Time darah keluar, aku tak dapat rasa tangan aku. Bila tengok jari tangan , aku tertanya " Jari aku ke nih?" . Darah aku pekat betul. Sehingga nurse tu tegur " Lajunya darah awak keluar. Sihat nih. Badan pun sentiasa suhu panas. " Of course , aku sihat. Makan sehari lima kali. HAHAHA. Acah.

After derma darah, terasa suatu perasaan yang sangat puas hati sebab boleh menderma darah. Niat darah tu boleh membantu orang lain, dan sihat seperti aku. Acececeyh. By the way, kepada sesiapa yang tanya sakit atau tak, jawapannya, tak sakit. Sebab nurse cucuk dengan ubat bius. So, tak sakitlah. After derma maybe akan rasa lenguh dan mengantuk sedikit. Tapi sesuatu kepuasan yang best..

Abang sado teman hakak derma darah. Junior mana datang sebelah derma darah sekali. Sado gila tangan.

Nasihat aku, kalau takut jarum , jangan derma. HAHAHA.
Dermalah. Mana tahu ada nyawa kita selamatkan. At least pahala dapat juga. Ustazah Nab sudah mari. HUHU.

Have a fun day , guys.
 

Template designed by RRAI | Hak milik Nur Nabila | All rights reserved