Tuesday, February 14

Dari Planet Pluto ke Planet Bumi.

Assalammualaikum dan hai 

*Siapa mengenali diri ini dan baca, ini tulisan ikhlas dari hati turun ke jari*

From Pluto ke Bumi. Kenapa? Sebab dia seorang saja lelaki yang berani kawan dan cari nahas maut dengan aku. Hahaha.Siapa? Seorang manusia yang keding, kening agak tebal *tapi kening aku lawa lagi* , selalu mengusik. Yes, dia lelaki. Sebenarnya, aku nampak mamat ni masa MSK(orientasi) lagi. Pada sudut mata, dia baiklah juga tapi ada kejahatannya juga. Haha.Budak lelaki dan kenakalan, itu normal.

First, taktahu dia budak pembuatan sama kelas dengan aku. Time tu dalam bilik meeting, perjumpaan pelajar pembuatan dan jabatan. Nampak dia jalan, first ayat " Budak pandai ni" .Dari situ, baru tahu dia pembuatan .Rupanya, kepala masuk air juga. Hahaha.

Setiap kali kelas bermula, pensyarah akan berkenalan dulu. Dari situ aku tahulah nama satu dan satu pelajar dalam kelas . Nama dia biarlah rahsia sebab nanti kalau mention , takut dia riak pula esok dalam kelas.Hahaha.

Ya , seorang yang agak pandai. Agaklah. Haha. Asal masuk kelas je, mesti mata merah. Ish ish ish, nampak sangat tidur tak cukup. Dia pula always ganggu kawan aku, Si Dayana. Aku syak dia minat Dayana. Hahaha. Tapi dia cakap " Hati dia yeeeeleeekk, kosong ". So, maybe dia sudah buta hati. Hahaha.

Nak kata kawan baik, nakallah pula. Tapi mulia hati itu ada. Cakap Kelantan pekat level game overlah ! Orang Pahang tapi cakap Kelantan. Oh ya, salam 4-1 yaaa. Hahaha. Aku dah kata ikan patin lemas. Hahaha. Nanti balik Pahang , praktis ikan patin bagi berenang laju okay?

Dia ni pula jenis suka menyembang! Mulut pot-pet-pot-pet. Kalah perempuan. Suka panggil aku gemuk ! Aku tak gemuklah ! Baju ja besar. HAMBOIHH...Dia boleh panggil aku gemuk masa mula mula sembang. Kalau ada kapak, memang sembelih dah..Hahaha. 

Aku tak berapa nak kenal sangat si dia ni. Sebab baru sangat aku nak kenal betul betul. Mestilah take timekan? Bagi aku, si mamat ni , ada baiknya juga. Dia rajin tolong orang, member yang boleh simpan rahsia *yeke?*. Lepas ini, harap jadi member yang boleh belanja member makan nah. Hahaha. Sekali sekala tak mengapa.

Nak berkawan biar berpilih juga kadang. Zaman sekarang ada juga yang tikam belakang dan mengutuk belakang. So, behave juga for readers okay? Alamak! Ceramah pula. Hahaha.

Apa nilai yang aku nampak dalam diri dia? Meh aku bagitahu, sebab apa aku suka berkawan dengan  dia.

For me, seorang yang agak tabah dan kuat. Bukan nak bagi dia bangga atau apa. Serius, ini first time aku jumpa manusia yang kuat hadapi kehidupan. Boleh melangkah gigih walaupun dalam hati ada kepahitan. Boleh senyum lagi walaupun dalam hati sudah basah. Tabikk spring! Spring pun tercabut.Bukan nak buat drama, tapi aku doakan dia kuat jalani kehidupan dia akan datang. Setiap langkah memang sakit, tapi akan ada satu pintu dihadapan yang membuatkan diri sendiri hilang kesakitan.


Bukan nak buat touching ok. Bagi aku, setiap entri aku inginkan pengajaran jika berkaitan. At least , tua tua , aku baca balik, aku akan ingat. Hohoho.

Drama sangat ni.

p/s: Keding, jangan riak pula lepas ni. Hahaha.
Have a fun day , guys.
 

Template designed by RRAI | Hak milik Nur Nabila | All rights reserved