Friday, March 17

First Time Derma Darah , Hilang Ketakutan , Muncul 'Keseronokan'

Assalammualaikum dan hai 

Siapa pernah derma darah angkat kening sebelah kanan?

Bulan lepas ( Februari 2017) , first time aku derma darah. 19 tahun hidup tak pernah derma darah. Malah, parent aku pun takut nak derma darah. Wah, aku jadi heroin dalam keluargalah nampaknya. By the way, pada mulanya aku takut. Sebab aku takut dengan jarum.

Macam-macam aku imagine dalam fikiran. Hampa bayangkan, tengah derma darah , jarum patah ka tercucuk dalam ka , nurse kasar ka. OMG ! Aku takboleh hadap.Sehinggalah member aku paksa dan jenis main 'dare'. Kalau aku tak derma, member aku taknak cakap dengan aku. Wah, main api nampak. Aku pantang dicabar. Ini Hang Puteri Kayangan ok? HAHAHA.

Tapi dalam hati memang terdetik teringin nak derma darah, cuma tidak berani. Sehinggalah waktu petang, hati teringin sangat - sangat nak derma darah. So, aku nekad nak derma juga. After solat zohor, terus aku pergi ke lobby kolej untuk derma darah. Bila sampai saja di lobby, badan seram sejuk, badan panas terus. Seolah demam pula. Demam nervous. Huhu.

Selepas isi borang dan check darah, aku tunggu di kerusi. Tunggu turn untuk derma darah. Setiap penderma akan dapat sebuah buku kecil warna merah. Sebagai bukti menjadi seorang penderma. 
Sumpah , nervous seolah nak lalu atas jambatan yang kecil dan tinggi. Oh ya, darah aku jenis O. Wah, darah aku darah universal. Nampak tak aku seorang pemurah menderma darah? Aceywah.
Semasa turn aku untuk menderma, aku buka jaket aku untuk lindung lengan. Nasib baik member aku bagi aku pinjam baju besar dia. Member saiz XL , aku pula saiz L. So, besar . Bolehlah aku cover apa yang patut.

Pada mulanya , aku dicucuk dengan ubat bius, kemudian dicucuk dengan jarum besar. Besar dari jarum cucuk biasa. Bila dicucuk, terus keluar darah dari lengan aku ke pek darah.. And aku be like " HUWAAA!! Selamat tinggal darahku. 19 tahun kita bersama." Over kan?

Time darah keluar, aku tak dapat rasa tangan aku. Bila tengok jari tangan , aku tertanya " Jari aku ke nih?" . Darah aku pekat betul. Sehingga nurse tu tegur " Lajunya darah awak keluar. Sihat nih. Badan pun sentiasa suhu panas. " Of course , aku sihat. Makan sehari lima kali. HAHAHA. Acah.

After derma darah, terasa suatu perasaan yang sangat puas hati sebab boleh menderma darah. Niat darah tu boleh membantu orang lain, dan sihat seperti aku. Acececeyh. By the way, kepada sesiapa yang tanya sakit atau tak, jawapannya, tak sakit. Sebab nurse cucuk dengan ubat bius. So, tak sakitlah. After derma maybe akan rasa lenguh dan mengantuk sedikit. Tapi sesuatu kepuasan yang best..

Abang sado teman hakak derma darah. Junior mana datang sebelah derma darah sekali. Sado gila tangan.

Nasihat aku, kalau takut jarum , jangan derma. HAHAHA.
Dermalah. Mana tahu ada nyawa kita selamatkan. At least pahala dapat juga. Ustazah Nab sudah mari. HUHU.

Have a fun day , guys.

Thursday, January 19

Bagaimana Menjadi Seorang Gadis Bahagia? #sharedbynblaaar

Assalammualaikum dan hai 

muka bahagiakah? Selebeh betul.

Macam skemakan tajuk entri? Acah angat angat.. :) 
Entri kali ini aku nak share tentang bagaimana menjadi seorang gadis yang bahagia. Taklah bahagia, tapi tips ini aku pakai untuk kuatkan semangat aku setiap hari dan bagi aku , aku lakukan untuk dapat ketawa aku kembali. Aceywah, boleh ganti Prof. Muhaya. Hoho.
Okay,

Bagaimana Menjadi Seorang Gadis Bahagia?
  • Think Positive.
Caranya, think positive. Apapun bermula dengan fikiran. Sebab , sesetengah orang dia bermula dari fikiran untuk terus tersenyum. Ini serius. Setiap kali aku down, aku akan think positive. Bila aku berfikiran sedemikian, aku ada semangat nak hadapi hari seharian. Tersenyum kalau fikiran kita sentiasa positif. Oh ya, sentiasalah husnudzon. Sangka baik terhadap seseorang. Jangan sangka buruk. Haaa, itu salah satu 'kuman' yang akan memburukkan hari kita.
  •  Sibukkan Diri.
Sibukan diri jika fikiran dalam keadaan serabut dengan masalah. First, fikir masalah dengan baik. Kemudian, sibukan diri dengan aktiviti harian seperti travel ke, memasak ke, kerja ke. Jangan panjat papan kenyataan tepi highway pula yer. hehe. Jangan sibukan diri hingga lupa family. Yang sudah menjadi isteri, sibukan diri dengan keluarga tersayang. Jalan jalan ke atau bercuti dengan mereka. For yang single atau student , sibukan diri dengan aktiviti belajar atau aktiviti harian. Ada duit sikit, pergi jalan jalan tempat yang best best. Wah, impian aku ni. Haha.

  • Jangan Masuk Campur Hal Orang
Hal orang biar urusan orang. Hal kita simpan baik baik jangan bagi orang burukkan. Zaman sekarang jenis suka sangat masuk campur hal orang lain. That's why , orang selalu marah dan kadang maki hamun sebab masuk hal orang. Pentingkan diri kita sendiri sikit soal hal masalah bagai. Jika ada yang perlu dinasihati atau ditegur, cukup sekali menegur dan menasihati. Selebihnya , biar orang itu fikir sendiri. Selepas itu, lalui hari seperti biasa.


  • Solat Diawal Waktu
Bagi orang Islam (wanita) , perlulah solat diawal waktu jika inginkan ketenangan yang berpanjangan. Tidak perlulah menunggu hingga hujung waktu. Solat diawal waktu juga dapat memudahkan kerja kita dan beri ketenangan pada jiwa. Bagi yag sukar solat diawal waktu, paksa diri untuk solat awal walaupun sukar bagaimana sekalipun. Dari paksaan akan menjadi keikhlasan.


  • Cuba Happykan Diri Sendiri
Part ini ramai mesti suka. Happykan diri sendiri? Em, macam mana tu? Bagi sesiapa yang minat shopping , shopping lah selagi boleh shopping. Tetapi ingat, jimat kewangan juga. Bagi pada minat travel, travel selagi anda bukan isteri orang. Kepada si isteri, lapangkan masa bercuti bersama ahli keluarga tersayang. Kadang bukan selalu kita happykan diri sendiri. Sebulan sekali atau setahun sekali itu sudah memadai. Jika rasa " Tak tahu apa yang menghappykan diri" . Jawapannya , makanan! Siapa tak suka makan angkat hidung? Majoriti suka makanan. So, makan sebanyak yang boleh untuk happykan diri. Jangan risau tentang berat badan. Zaman sekarang banyak alatan senaman yang cepat menguruskan diri. Kalau rajin, selalu selalulah berjog tau bersenam ringan di rumah. Itu sudah memadai.

Okay, itu sedikit perkongsian dari aku yang selalu aku lakukan dan amalkan. aceywah amalkan sangat. Haha.

By the way , jika nak aku buat lagi perkongsian atau tip, boleh request. Request di komen dibawah atau di cbox okay?

Bila aku kelapangan weekend atau cuti panjang boleh aku layan hampa hampa. Huhu. Taklah bersarang blog.

Annyeong,...
Have a fun day , guys.
 

Template designed by RRAI | Hak milik Nur Nabila | All rights reserved