google facebook twitter instagram
Powered by Blogger.
  • Home
  • About
  • Review
    • Drama
    • Movie
    • Novel
    • Product
  • Story
  • Tips
  • Love
  • Exchange Link

Nur Nabila

بِسْÙ…ِ اللهِ الرَّØ­ْمنِ الرَّØ­ِيمِ 
"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”

Assalammualaikum dan hai,

Seperti yang orang semua tahu, SPM 2015 telah diumumkan pada tarikh 3 Mac 2016 dan salah seorang pelajar yang ambil result ialah AKU. Aku nak bercerita rasa debarannya mengambil result.
Al Kisah...

Selepas subuh , aku ingat nak tunggu hingga jam 8 pagi. Sebab nak bersiap awallah. Kononnya lah. Tapi terlelap pula hingga jam 8.30 pagi. Result diumumkan pada jam 10 pagi. Sebab itu santai santai makan Kitkat dulu. Hehe. Kemudian aku bersiap. Dengan baju korporat oren ,kain hitam, tudung hitam dan kasut bertutup hitam , kira segak dan cantik lah. Haha. *perasan*

Sambil bersiap tu , abah aku tanya , " Kak, kak rasa kak dapat berapa A dalam SPM ? " , aku jawab , " Entahlah abah.. Apa yang kak dapat itulah usaha kak. Itulah permulaan hidup kak. Kak tawakal. ".

Abah aku siap cukur misai dan janggut. Katanya , " Mana tahu ada TV nak temu ramah abah ka.. Tanya result anak lah katakan .." Bhahahaha. Abah saja buat lawak sebab dia tahu anaknya nih dalam keadaan risau dan mula takut. Siapa tak neves kan ? Seolah nak pergi perang.
Whatsapp seolah peluru M16.. Banyak betul chat masuk. Semuanya dari saudara mara yang menanyakan result aku. Yang paling touching , semuanya kasi semangat untuk hati terus bertawakal dengan apa jua keputusan. Apapun aku terima dan mesti bersyukur.
9.30 pagi...
On the way ke sekolah, debaran kian terasa. Fikiran seolah jarum jam yang sentiasa beputar. ' Adakah aku akan tersenyum melihat result ? '

Apabila sampai saja. aku dan mama masuk ke dewan. Time tu abah ke surau sekolah untuk letak kereta. Bila masuk, guru kaunselor aku bagi ceramah tentang UPU dan IPT. Aku lewat sikit sampai . So, dah habis dah ceramah tu. Aku tengok ramai sangat waris dan pelajar. Junior aku pun ada . Maybe diorang nak tengok sebab lepas nih diorang pula ambil result seperti aku alami.
Suasana dalam dewan.

Disebabkan adik lelaki bongsu aku demam tapi tetap nak datang juga, aku bagilah dia tidur atas kerusi dan aku berdiri jer. Lenguh kaki ditahan. Haha.. Banyak betul cikgu aku bercakap di hadapan. Sampai pukul 10.45 pagi, still tak dapat lagi result. Aiiyaaa.. kita sudah tak shabarr nihh.. 

Pada mulanya diumumkan 7A .. Kemudian , 8A ..Seterusnya 9A.. Dan seorang sahaja yang mendapat 10 A.. Tahniah semuanya... Ada yang menitis air mata , ada yang terpinga pinga seolah tak percaya result gempak.

Aku? Nama aku tidak disebut. Maknanya result ku ada pada guru kelas. Aku jalan ke cikgu aku untuk tahu result aku.Dalam hati aku , aku berdoa " Ya Allah, andai result aku membawa ke arah kesedihan, maka janganlah engkau memanjangkan kesedihan itu sehingga aku lupa siapa Tuhanku." Berulang kali aku membaca doa itu.

Apabila aku duduk di kerusi disediakan, aku pun tandatangan pada nama dan dapat result. Cikgu kelas aku cakap " Tahniah ,nabila. Awak tiada fail. Jangan terhenti disini yer. AddMath awak tak fail . Tahniah. " Aku just angguk dan hati aku kata " Alhamdulillah Ya Rabb ".. Aku belek result aku. Aku terdetik, ' Inilah usaha aku. Inilah titik peluh aku dan inilah pemberian dan ujian dari Allah '

Maaf agak kabur sedikit.


Alhamdulillah. Syukur sangat. Aku dapat 2 A. Pada pandangan korang mesti " Alahh.. 2 A jerr.. "
Yaa.. orang akan pandang rendah sedemikian. Tapi, ada jer aku tengok orang jutawan, manager, pengarah yang dapat 2 A tapi sukses. Apa yang Allah beri adalah ujian pada aku. Aku tak salahkan ibubapa aku, tak salahkan Allah SWT. Tapi mungkin kerana khilaf aku atau dosa aku padaNya. Ini ujian untuk aku bangun semangat semula.

Family aku semuanya kata, " Takpe nabila. Perjalanan awak masih panjang"..
Kawan kawan juga bagi semangat. Aku tak sedih dah malah happy ada orang masih mahu kasi semangat pada aku.

Inshaa Allah. Ada rezeki , maybe ke tingkatan 6 atau Politeknik. Aku isi juga UPU... Tapi hati lebih fokus ke arah UiTM.. Doa saudara mara, ibubapa dan diri sendiri tak putus putus. Semangat dan usaha family menolong buat aku rasa sangat sangat bersyukur. Happy jer. 

Menurut sepupu yang dah masuk U, diorang cakap result aku boleh peroleh Diploma Kejuruteraan Awam. Lagipula, memang itu minat aku. Dan,, ada juga senior aku suruh isi satu institut swasta IPB .. Aku isi jugak..Aku tahu swasta makan duit banyak. Tapi aku isi yang itu jer..

Aku tak malu pun berkongsi result aku sebab aku tahu ramai senasib aku yang akan bangun.. Jadi aku nak menjadi salah seorangnya.. Sekarang aku dah semangat dah. Haha.. SPM bukan segala galanya.. Ia penentu kemana kita akan sambung selepas ini. Yang penting di Universiti nanti, kan?Aku cakap bukan kerna " Alahh kau dah habis SPM boleh lah cakap".. Tak.. SPM juga penting untuk kearah bidang korang minati.. Ingat itu...

SPM tahun ini merosot seluruh negeri. Erm.. Mungkin susah? Hoho..

Tiga perkara perlu dipegang..
Tawakal.
Bersyukur.
Husnudzon pada Allah.

* Esok nak tengok wayang cerita MUNAFIK.. Hoho *

See ya~





Newer Posts
Older Posts

HELLO !


Hello, There!

Hi bloggers ! Welcome to my blog. I'm blogger from Kedah , Malaysia. 22 years old (2020). I'm blogging since 2015.

.

eilanur524@gmail.com

ANY ENQUIRIES

LET’S BE FRIENDS

Followers

VOICE OUT

Labels

drama review tempahan blog murah tips

Recent Posts

Official Blog


Hello

" Keep praying , even if you have only a whisper left."

Blog Archive

  • ►  2021 (2)
    • ►  October (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2020 (6)
    • ►  November (5)
    • ►  October (1)
  • ►  2019 (1)
    • ►  December (1)
  • ►  2018 (2)
    • ►  December (1)
    • ►  January (1)
  • ▼  2016 (14)
    • ►  November (1)
    • ►  September (1)
    • ►  August (1)
    • ►  May (1)
    • ►  April (3)
    • ▼  March (1)
      • Debaran Keputusan SPM 2015.
    • ►  February (2)
    • ►  January (4)

Contact Me

Name

Email *

Message *

Created with . by beautytemplates