Debaran Keputusan SPM 2015.
Suasana dalam dewan.
Disebabkan adik lelaki bongsu aku demam tapi tetap nak datang juga, aku bagilah dia tidur atas kerusi dan aku berdiri jer. Lenguh kaki ditahan. Haha.. Banyak betul cikgu aku bercakap di hadapan. Sampai pukul 10.45 pagi, still tak dapat lagi result. Aiiyaaa.. kita sudah tak shabarr nihh..
Pada mulanya diumumkan 7A .. Kemudian , 8A ..Seterusnya 9A.. Dan seorang sahaja yang mendapat 10 A.. Tahniah semuanya... Ada yang menitis air mata , ada yang terpinga pinga seolah tak percaya result gempak.
Aku? Nama aku tidak disebut. Maknanya result ku ada pada guru kelas. Aku jalan ke cikgu aku untuk tahu result aku.Dalam hati aku , aku berdoa " Ya Allah, andai result aku membawa ke arah kesedihan, maka janganlah engkau memanjangkan kesedihan itu sehingga aku lupa siapa Tuhanku." Berulang kali aku membaca doa itu.
Apabila aku duduk di kerusi disediakan, aku pun tandatangan pada nama dan dapat result. Cikgu kelas aku cakap " Tahniah ,nabila. Awak tiada fail. Jangan terhenti disini yer. AddMath awak tak fail . Tahniah. " Aku just angguk dan hati aku kata " Alhamdulillah Ya Rabb ".. Aku belek result aku. Aku terdetik, ' Inilah usaha aku. Inilah titik peluh aku dan inilah pemberian dan ujian dari Allah '
Maaf agak kabur sedikit.
Alhamdulillah. Syukur sangat. Aku dapat 2 A. Pada pandangan korang mesti " Alahh.. 2 A jerr.. "
Yaa.. orang akan pandang rendah sedemikian. Tapi, ada jer aku tengok orang jutawan, manager, pengarah yang dapat 2 A tapi sukses. Apa yang Allah beri adalah ujian pada aku. Aku tak salahkan ibubapa aku, tak salahkan Allah SWT. Tapi mungkin kerana khilaf aku atau dosa aku padaNya. Ini ujian untuk aku bangun semangat semula.
Family aku semuanya kata, " Takpe nabila. Perjalanan awak masih panjang"..
Kawan kawan juga bagi semangat. Aku tak sedih dah malah happy ada orang masih mahu kasi semangat pada aku.
Inshaa Allah. Ada rezeki , maybe ke tingkatan 6 atau Politeknik. Aku isi juga UPU... Tapi hati lebih fokus ke arah UiTM.. Doa saudara mara, ibubapa dan diri sendiri tak putus putus. Semangat dan usaha family menolong buat aku rasa sangat sangat bersyukur. Happy jer.
Menurut sepupu yang dah masuk U, diorang cakap result aku boleh peroleh Diploma Kejuruteraan Awam. Lagipula, memang itu minat aku. Dan,, ada juga senior aku suruh isi satu institut swasta IPB .. Aku isi jugak..Aku tahu swasta makan duit banyak. Tapi aku isi yang itu jer..
Aku tak malu pun berkongsi result aku sebab aku tahu ramai senasib aku yang akan bangun.. Jadi aku nak menjadi salah seorangnya.. Sekarang aku dah semangat dah. Haha.. SPM bukan segala galanya.. Ia penentu kemana kita akan sambung selepas ini. Yang penting di Universiti nanti, kan?Aku cakap bukan kerna " Alahh kau dah habis SPM boleh lah cakap".. Tak.. SPM juga penting untuk kearah bidang korang minati.. Ingat itu...
SPM tahun ini merosot seluruh negeri. Erm.. Mungkin susah? Hoho..
Tiga perkara perlu dipegang..
Tawakal.
Bersyukur.
Husnudzon pada Allah.
* Esok nak tengok wayang cerita MUNAFIK.. Hoho *
See ya~
13 Comments
Akak pun dulu 2a je. Bahahhahahahh
ReplyDeleteSee?? akak berjaya juga kan.. Idola saya nihh ><
DeleteAlhamdulilah. Tahniah Nab! Jom jadi arkitek terkenal dengan kita. hahah.
ReplyDeletehoho.. mmg ai minat nk jdi arkitek lerhh .. ><
DeleteJangan patah semangat nbla.. Berjaya SPM tak semestinya berjaya di alam U..
ReplyDeleteinshaa ALLAH.. semangat itu penting
Deletecongrats nbla :) result kita tak jauh pun btw jangan patah semangat tau ^^ kat u nanti inshaAllah adalah rezeki tau hehe
ReplyDeleteTahniahh!! 2A tak bermakna tak berjaya masa depan nanti, teruskan usaha nbla. Enjoy tgk munafik yee ^^y
ReplyDeleteBerdebar mmg berdebar lorh..lg2 bila ckgu yg bg result tu buat drama konon result corot sgt...giler tak nangis...huhu...kenangan aihh..
ReplyDeletejgn putus asa, in syaa allah kamu berjaya :)
ReplyDeleteRelax ja ging.. Awal lg tu.. Mohon je mana2 dapat masuk u belajar betul2.. Study smart.. Kalau masuk swasta mohon pinjaman mara n score bgus2...
ReplyDeleteApa2 pun gudluck ok..
Jalan2 sini...
Jom baca artikel baru ni..
Jemput join ye..
https://www.ahmadhasif.my/2016/03/nak-20-orang-yang-nak-belajar.html
Alhamdullilah. Okay dahtu. Now, focus on your future. Akak doakan yang terbaik untuk Nbla :)
ReplyDeleteP/s : Sorry baru dapat singgah sekarang. Busy sikit. Hehe
Don't worry, my Spm result wasnt that good either. In fact i only got 1 A. What matters now is that don't stop trying. Be a fighter! because a fighter goes through plenty of experience during their hardship. That experience will be useful for future reference and it will lead you to be more successsful
ReplyDelete