­

Tempahan Design Blog Daebak by Aisyhah Nyais

Assalammualaikum dan hai 
Entah mengapa mood aku sejak akhir akhir ini berubah kepada ' gugirl ' sangat. Semua barang nak warna lembut atau ala ala pastel. Kadang itu suka design Paris. Mengapakah ?
Perbualan antara aku dan my mom :-
" Mama , kenapa sejak akhir ini kak suka benda yang warna lembut dan suka benda cute ya ? "
" Sebab anak mama dah besar. Dah gugirl dah pun."
*selama ini aku beboy kah?*

Tiba tiba, mood aku untuk design blog kembali kepada warna agak gugirl juga pun menjelma setelah bersarang dalam jiwa sepi. Aceywah. Spoil lah aku nih. Haha.
Kali ini , aku me'whatsapp' Kak Aisyhah Nyais semula untuk minta khidmat dan titik peluhnya bagi mencorakkan blog aku. Memandangkan aku pun bakal meningkat umur pada 18 tahun ( 2016 ) , aku taknak blog ke arah ke'kanak'kan.
Pasal kewangan aku akan kumpul secara perlahan lahan. Al maklumlah jadi penganggur sementara waktu ni agak sukar mencari duit poket. Hanya tolong ibu mengemas rumah. Jika dapat upah, Alhamdulillah. Jika tiada , kita tunggu sahaja duit masuk ke poket. Hihi. Nak kerja tapi parents tak kasi. Sebab parents taknak aku kerja time mood tengah belajar lagi.
Back to the story..
Design kali ini agak aku ambil serius kerana beberapa bulan lagi aku akan sambung belajar dan kemungkinan akan sibuk dengan hal belajar.Mungkin bersarang semula nanti. Ada juga senior kata disana ada Wifi free di asrama. Itu aku tak pasti betul atau tidak dan aku harap ianya benar ada Wifi. kihkih.
Bagi tema kali ini, seperti yang hampa hampa lihat sekarang, bunga bnga kecil dan pastel. Gugirl tak ? Gugirl sangatkan ? kihkih
Pada permulaannya, agak sukar di header. Kerana warna yang nak digabungkan dan juga corak yang aku inginkan terlalu sukar nak dibayangkan. Di header saja menghabiskan masa sehingga lewat malam. Kasihan Kak Ecah. Lagipula, keadaannya tak berapa sihat. Agak risau aku jika dia pening kepala melayan kerenah aku. Sambil sambil buat , aku taknak dia terlalu buat sehingga tak rehat. Aku beri dia masa untuk rehat dan aku fikir sendiri design yang jiwa aku inginkan. Setelah aku design di kertas , barulah aku tunjukkan kepadanya. Tiba tiba saja kak Ecah tercetus idea difikirannya mungkin untuk buatkan corak renda. Renda asalnya warna biru. Baby blue colour. Tetapi aku inginkan warna agak agak vintage, pink dan greenmint juga.
Kali ini aku agak banyak kerenah dari sebelum ini. Sebelum ini main suka suka tepuk amai amai saja design.
Setelah berjam jam sehingga lewat malam siapkan header, itulah hasilnya. Jika nampak semak dimata hampa, harap maaf ya. Jangan tengok lama lama pulak. 
Keesokannya kak ecah siapkan sidebar. Cepat betul dia siapkan. Senang betul bekerjasama dengan Kak Ecah. Seorang yang friendly dan usaha untuk buat yang terbaik. Sangat sangat suka dengan khidmatnya.
Proses siapkan blog aku selama tiga hari. Lama dari sebelum ini. Di header saja memakan masa yang agak lama. Aku menggunakan khidmat Aisyhah Nyais untuk kali kedua. Bukan setakat murah sahaja, dia juga ramah dan senang masuk kepala. Dia selalu beri harga yang sangat sangat kasih sayang. 
Untuk tempahan design blog bawah harga RM40 bolehlah hampa berhubung dengan dia. Gerenti hampa puas hati dengan khidmat jari jemarinya.

Aisyhah Nyais
Wechat : nnaisyhah
Email : aisyhah01@yahoo.com
Have a fun day , guys.

You May Also Like

1 Comments

  1. Wahh thankyou sayang. terima kasih sbb letak kepercayaan dkt akk ye ;)

    ReplyDelete