Movie : JUNE & KOPI 2021


Assalammualaikum dan hai



Pencinta haiwan akan suka cerita June & Kopi ini. Sediakan tisu ya untuk menangis. hehe. Mengisahkan seekor anjing liar,June yang bertemu dengan seorang wanita bernama Aya . Aya seorang yang penyayang pada haiwan . Tambahan pula , suaminya memelihara seekor anjing bernama Kopi.



Aya mengasihani akan June kerana tidak mempunyai tempat tinggal dan sentiasa mengikutinya kemana saja, telah memujuk suaminya untuk membawa June menjadi sebahagian ahli keluarga mereka seperti Kopi. June , seekor anjing yang mendengar kata dan trauma dan takut pada kanak kanak. Suaminya Aya , Ale juga tidak menyukai June kerana menyangka June membawa malang kepada keluarganya.

Persahabatan antara June dan Kopi tersangat comel apabila bekerjasama ketika ingin menyelamatkan Karin , anak kepada Ale dan Aya.

Kesetiaan June dan Kopi kepada keluarga tersebut menyebabkan seperti kita sendiri yang membela mereka. 

Namun sesuatu terjadi yang membuatkan satu keluarga dan para penonton menangis dan sayang akan June dan Kopi. Apakah yang terjadi?



Rate : 10/10
Release : 2021
Negara : Indonesia
Durasi : 1 jam 30 minit
Apps : Netflix 

Have a fun day , guys.

You May Also Like

2 Comments

  1. nak tgk, tapi mcm tak suka klu ending dia sedih .. hmm

    ReplyDelete