Monday, January 7

When I'm 20...


Assalammualaikum dan hai


Pada umur 20-an , majoriti akan menyoal soal hati dan pasangan masing masing. Tetapi lain aku.

Pada umur 20-an , mungkin sedang enjoy dengan travel ke sana ke mari. Tetapi lain aku. 

Pada umur 20-an , mungkin mereka sedang keluar dengan kawan enjoy bersama. Tetapi lain aku.

I dont know maybe ada yang lebih teruk dari aku or what. Aku just nak share how my 20 journey.
Sejak kecil , aku di ajar untuk memerhati dan menilai yang mana baik dan buruk. Yang baik kita ambil, yang buruk kita perbetulkan semula. Dari kecil juga aku di didik berdikari dan matang lebih dari umur. 

Sama ada , aku memang sudah selesa begitu atau aku sendiri suka dengan situasi ini. Yes, aku suka memerhati dan menilai. Aku seorang yang memerhati dalam diam. Bila aku diam, itu dua perkara.  Satu, aku sedang memerhati . Kedua , aku merajuk or terasa hehehe. 

When I'm 20 , my dad dah ajar untuk berdikari yang sebenar. Pergi ke kolej drive sendiri. Diberi sebuah kereta secondhand untuk ke tempat belajar. (idk nak balas jasa macam mana to my dad). My dad said " nanti bayar balik okay ?" and yes ! aku terus tekad aku akan hadiahkan dia something. Dan itu sudah masuk ke list aku untuk teruskan. ( my dad beli kereta secondhand dengan duit simpanannya. Rasa bersalah masih ada emm. )

When I'm 20 , orang lain sedang habiskan wang dengan bersuka ria tetapi , aku tidak ! aku perlu simpan kewangan aku demi masa depan dengan saving money dalam tabungan sendiri. And guess what ? Dalam akaun sudah mencecah target yang aku nak. 

When I'm 20 , my dad dah tukar nama akaun ke nama aku. Terkejut ! When my mom said " itu memang akaun kakak. Sejak kecil lagi. Itu duit kakak simpan selama ini. " Yah, aku seorang suka menabung dalam senyap. Orang sekeliling nampak aku boros sedangkan dalam diam aku sudah asingkan duit yang perlu aku simpan. Aku bukan orang senang. Setiap yang aku inginkan , aku akan collect duit sendiri dan beli sendiri. Diajar saving money sendiri terrsangat susah.

I dont know how your 20 journey. Kalau tak kisah , sharelah dibawah how your 20 going. Ini kisah 20-an aku. hehe. And now aku 21. Aku masih memikirkan soal future dari soal hati. And sekarang my mom dah tanya " Ada yang berkenan tak ?" And I be like " WHAT ?!" hahaha.


Have a fun day , guys.

No comments :

Post a Comment

 

Template designed by RRAI | Hak milik Nur Nabila | All rights reserved