Wednesday, September 6

#1 NNSecret : Perasaan , Rasa dan Hati

Assalammualaikum dan hai.

Tidak sangka makin lama hidup makin banyak pengalaman yang aku dapat. Ada kala mematangkan pemikiran,ada kala terdiam kerana sikap. Siapa sangka, dulu hanya seorang yang tiada apa dalam diri, kini sudah tahu apa yang patut rasa.

RASA?

Setiap manusia ada rasa.
Rasa keliru.
Rasa resah.
Rasa gentar,
Rasa bahagia.

PERASAAN?

Tipu jika tiada perasaan.
Jika tidak bagaimana kamu hidup?
Perasaan juga asbab kita menjadi manusia bukan sepohon pokok yang tiada apa apa. Hanya ranting semata mata.

Namun,

Percaya atau tidak ,
Rasa dan perasaan adalah adik beradik.
Dimana rasa ada ,
Perasaan juga ada.

HATI.
Hati watak utama bagi rasa dan perasaan.
Hentakkan pada hati melahirkan rasa dan perasaan.

Sehingga kini, rasa dan perasaan tiada dalam hati ini. Hanya ada pada kalian yang penting. Kalian yang aku merasa, itulah rasa dan perasaan aku. 

Jika mengharapkan aku membalas dengan kisah burung dua sejoli, sungguh aku tidak mahir dan mampu.

Kini, aku mampu ucapkan MAAF.  :)

Have a fun day , guys.

No comments :

Post a Comment

 

Template designed by RRAI | Hak milik Nur Nabila | All rights reserved