Saturday, August 12

Mengapa pilih Manufacturing Engineering ? Tak sayang Civil Engineering?

Assalammualaikum dan hai .

Ramai tanya soalan yang sama. Setiap kali balik kampung, akan ada mulut yang berkata macam tu. Aku hanya mampu senyum.

"Kenapa ambil manufacturing? Sayangnya tinggal Civil.. "

Pada diri aku, kos apa sekalipun kalau kau minat, kau akan terus semangat dan usaha. Bukan tidak sayang pada course civil. Tipulah kalau aku kata tak sayang sebab aku belajar dua tahun course tu.

Yes! Aku dapat kos civil engineering di Poli dan Uni. But ! Minat aku pada civil sudah terkubur begitu saja. Bukan suka suki choki choki tapi kerana minat untuk mencabar diri ke arah lain. Dulu berangan nak lakar rumah sekarang berangan nak ada kan satu produk atas nama sendiri.

Lagipun, zaman yang sibuk sekarang banyak memakaikan kemahiran lebih dari pengetahuan semata mata. Dunia luar negara sekarang banyak memakai kemahiran lebih dari pengetahuan. Bukan aku mengatakan budak yang teori memanjang itu tidak ada peluang kemahiran. Tetapi budak teknikal kemahiran kini dipandang dunia untuk bekerja. Kadang jawatan dan gaji juga tinggi dari orang yang masuk office bekerja 24 hours.

Ibubapa aku juga kata,

" Kalau minat dan ada peluang bekerja cerah, teruskan!"


Aku belajar di Japan Malaysia Technical Institute. Sepanjang aku belajar disini, banyak aku pelajari. Seperti " hang tak buat, hang tak dapat hasil " , " belajar kena faham bukan hafal semata mata. " . Macam macam lah. Kalau nak dilistkan terlalu banyak aku pelajari.

Maybe aku akan sambung disini hingga Master. Impian nak ke Jepun. Doa doakan lah yer agar tercapai impian menjadi seorang yang berjaya. 


*tangan tu kenapa*

Tidak kisahlah kos apa sekalipun, tapi kenala rajin dan minat. Satu lagu, cari kos yang ada masa depan yer gais. Bukan yang semata mata belajar tapi keluar ....NOTHING ! 

Have a nice day,πŸŒΈπŸ’•!


No comments :

Post a Comment

 

Template designed by RRAI | Hak milik Nur Nabila | All rights reserved