Saturday, June 24

Giveaway Raya by Mrs Pip

Assalammualaikum dan hai.

( KLIK UNTUK JOIN )

Pada 1 June 2017 , Mrs Pip telah melangsungkan segmen giveaway raya dengan hadiah yang ramai gadis suka. Oleh itu, tidak terkecualilah aku untuk menyertai giveaway tersebut. Harap giveaway ini membawa tuah kepada diri ini.


Dibawah ialah syarat syarat pernyertaan :-
1/ Buat tajuk "Giveaway Raya by Mrs Pip" dan letakkan banner di entry tersebut, dan backlink-kan semula
2/ Follow blog Mrs Pip
3/ Follow Google+ Mrs Pip
4/ Kongsikan (secara ringkas) pengalaman terindah di Bulan Puasa yang anda pernah lalui
contoh #1: Pengalaman terindah di bulan puasa saya ialah berbuka puasa bersama Perdana Menteri ...
contoh #2: Pengalaman terindah di bulan puasa yang pernah saya lalui ialah berjaya mengerjakan umrah di tanah suci Mekah ...
5/ dah siap buat entry? jangan lupa letakkan link entry anda di kotak komen di bawah :)
Pengalaman paling terindah?

Ketika itu aku masih kecil. Aku pulang ke kampung. Aku dan sepupu aku melepak dibelakang rumah. Sambil melepak sambil berborak tentang baju raya, duit raya dan sebagainya. Tiba-tiba, salah seorang sepupu aku datang membawa daun rokok yang orang orang tua selalu sedut tu. Lalu dia berkata, 

" Wei, jom try isap daun ni nak tak? Cuba nabila isap. Abang ada bawa lighter sekali nih."

Aku dengan blur dan bendul ikut saja katanya. Aku ambil dan gulung. Tetapi tiada tembakau dalamnya. So, sepupu aku tolong nyalakan api dan bakar dihujungnya. Bila aku isap, aku terbatuk dan tersedak. Pahit ! Sakit hidung.

Ketika 'drama' itu sedang berlangsung, tiba tiba pintu belakang rumah dibuka dari dalam. Apabila kami pusing kebelakang, rupa-rupanya tokwan aku ! (sudah arwah) ALAMAK ! MACAM MANA NIH? KANTOI ! Lalu, tokwan aku menjerit ,

" HAMPA BUAT APA BELAKANG RUMAH NI HAH?! NABILA !!"

Semua sepupu aku lari kecuali aku. Aku lambat bertindak. Kecil kecil dulu , aku seorang yang agak slow dan cepat blur. Bila tersedar bahawa akan dimarahi, aku pun bangun lari dan buang daun tersebut. 

Tokwan mengejar kami semua dengan tali getah paip. Teringat lagi , ketika itu tokwan aku mengejar kami hanya memakai kain basah saja. Mahu mandi barangkali.Selepas lari, kami semua bersembunyi di pondok. Sejak itu, tak berani lagi buat kerja yang 'bodoh' HAHAHAHA.

Bila pulang berkumpul, mesti terimbas kembali cerita tersebut. Sehari sebelum 1 syawal.. HAHAHA.
Al-Fatihah untuk arwah tokwan aku. Moga tenang disana. :)
Have a fun day , guys.

1 comment :

  1. hello dear, thanks join GA Raya mrs pip ...
    haha, gelak2 mrs pip baca entry nabila ...
    nasiblah paip getah tak sampai ke kaki ...
    bestkan kenangan zaman budak2, ada2 saja kenakalan tak terjangka ...
    cheers.
    and selamat hari raya aidilfitri.

    ReplyDelete

 

Template designed by RRAI | Hak milik Nur Nabila | All rights reserved