Friday, March 17

First Time Derma Darah , Hilang Ketakutan , Muncul 'Keseronokan'

Assalammualaikum dan hai 

Siapa pernah derma darah angkat kening sebelah kanan?

Bulan lepas ( Februari 2017) , first time aku derma darah. 19 tahun hidup tak pernah derma darah. Malah, parent aku pun takut nak derma darah. Wah, aku jadi heroin dalam keluargalah nampaknya. By the way, pada mulanya aku takut. Sebab aku takut dengan jarum.

Macam-macam aku imagine dalam fikiran. Hampa bayangkan, tengah derma darah , jarum patah ka tercucuk dalam ka , nurse kasar ka. OMG ! Aku takboleh hadap.Sehinggalah member aku paksa dan jenis main 'dare'. Kalau aku tak derma, member aku taknak cakap dengan aku. Wah, main api nampak. Aku pantang dicabar. Ini Hang Puteri Kayangan ok? HAHAHA.

Tapi dalam hati memang terdetik teringin nak derma darah, cuma tidak berani. Sehinggalah waktu petang, hati teringin sangat - sangat nak derma darah. So, aku nekad nak derma juga. After solat zohor, terus aku pergi ke lobby kolej untuk derma darah. Bila sampai saja di lobby, badan seram sejuk, badan panas terus. Seolah demam pula. Demam nervous. Huhu.

Selepas isi borang dan check darah, aku tunggu di kerusi. Tunggu turn untuk derma darah. Setiap penderma akan dapat sebuah buku kecil warna merah. Sebagai bukti menjadi seorang penderma. 
Sumpah , nervous seolah nak lalu atas jambatan yang kecil dan tinggi. Oh ya, darah aku jenis O. Wah, darah aku darah universal. Nampak tak aku seorang pemurah menderma darah? Aceywah.
Semasa turn aku untuk menderma, aku buka jaket aku untuk lindung lengan. Nasib baik member aku bagi aku pinjam baju besar dia. Member saiz XL , aku pula saiz L. So, besar . Bolehlah aku cover apa yang patut.

Pada mulanya , aku dicucuk dengan ubat bius, kemudian dicucuk dengan jarum besar. Besar dari jarum cucuk biasa. Bila dicucuk, terus keluar darah dari lengan aku ke pek darah.. And aku be like " HUWAAA!! Selamat tinggal darahku. 19 tahun kita bersama." Over kan?

Time darah keluar, aku tak dapat rasa tangan aku. Bila tengok jari tangan , aku tertanya " Jari aku ke nih?" . Darah aku pekat betul. Sehingga nurse tu tegur " Lajunya darah awak keluar. Sihat nih. Badan pun sentiasa suhu panas. " Of course , aku sihat. Makan sehari lima kali. HAHAHA. Acah.

After derma darah, terasa suatu perasaan yang sangat puas hati sebab boleh menderma darah. Niat darah tu boleh membantu orang lain, dan sihat seperti aku. Acececeyh. By the way, kepada sesiapa yang tanya sakit atau tak, jawapannya, tak sakit. Sebab nurse cucuk dengan ubat bius. So, tak sakitlah. After derma maybe akan rasa lenguh dan mengantuk sedikit. Tapi sesuatu kepuasan yang best..

Abang sado teman hakak derma darah. Junior mana datang sebelah derma darah sekali. Sado gila tangan.

Nasihat aku, kalau takut jarum , jangan derma. HAHAHA.
Dermalah. Mana tahu ada nyawa kita selamatkan. At least pahala dapat juga. Ustazah Nab sudah mari. HUHU.

Have a fun day , guys.

1 comment :

  1. Wah bestnya ada pengalaman derma darah. Akk tak takut jarum tapi takut tgok darah.huhu..

    ReplyDelete

 

Template designed by RRAI | Hak milik Nur Nabila | All rights reserved