Tuesday, December 6

GIVEAWAY 5 YEARS BLOGGING BY FAEZAH MDNOR

Assalammualaikum dan hai 


Time tuh aku baru umur 14 tahun. Ya, form 2. Masih mentah ,kira nak enjoy bagai. Tak fikir next year nak PMR ( time tu masih PMR ). Hujung tahun , aku kehilangan seorang lelaki sampingan dalam novel hidup aku. Iaitu Tok Wan aku. Seorang lelaki yang bagi aku gagah perkasa , baik , alim dan sangat suka bersedekah. Masa tuh aku sedang fokus siapkan kerja sekolah di bilik. Tiba -tiba , mama aku dapat panggilan dari mak saudara aku. Dia telefon mengatakan tokwan aku accident. Masa itu , dunia aku seakan hilang separuh. Ketika itu , Allah saja tahu betapa jatuh sakitnya hati aku kehilangan orang yang aku sayang sangat sangat. Sejak aku bayi hingga besar 14 tahun, tokwan yang selalu jaga. Dia bagai seorang bapa ketika abah mama aku kerja meninggalkan aku dan adik adik.Sekarang hampir 4 tahun arwah pergi meninggalkan dunia yang sementara ini. Al Fatihah.

Apa yang buat aku sedih ialah aku pernah usik tokwan. Masa itu , tokwan bagi duit sebab raya Aidilfitri. Bila tokwan bagi duit pada aku , aku selalu usik " Takkan yang nie je wan, tuu ada duit merah. wow" Mesti tokwan mengelak. Hahaha. Ya Allah, rindunya tak terkata.

Tokwan pernah pesan " Kak , kalau hang tak belajar rajin rajin , nanti hang nak makan apa? Nak makan nasi tepi tong sampah? " Ya, kata kata itu yang bangkit semangat aku untuk terus belajar. Macam memerli dan kutuk tapi itulah semangat aku.

Rindu. Rindu sangat. Orang takpernah nampak kesedihan yang kita pendam sebab mereka ingat kita happy tiada masalah. Tapi , aku gembira dalam kehilangan orang. Setiap kali aku gembira ketawa , mesti akan ada benda hilang. Tak orang mesti barang. WAJIB ! 

Tiad sesiapapun bangkitkan semangat aku. Hurm. 

Apa yang bangkitkan aku semula?


Hati. Hati aku. Hati aku sentiasa berkata " Nabila , kalau kau menangis , nanti kau akan sakitkan jiwa dan raga. Gembiralah walaupun sedikit. Tapi dalam gembira ingatlah Allah. Letakkan pergantungan kita pada Allah. Ingat , yang hidup pasti akan mati. Kita yang hidup kena kuat semangat. Kau berhak untuk gembira. Gembira itu sekejap , sebab itu kena beringat. Jangan ketawa dan gembira banyak , nanti kesedihan akan dilupa "

Have a fun day , guys.

5 comments :

  1. AL-FATIHAH BUAT TOKWAN..MOGA DITEMPATKAN DIKALANGAN ORG2 YANG BERIMAN.. SETIAP YNG BERLAKU PASTI ADA HIKMAH :) BTW GOOD LUCK

    ReplyDelete
  2. Al-Fatihah untuk arwah tokwan awak..Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang beriman.. Best of luck... Datang dari GA yang sama..

    http://starlavenderluna.blogspot.my/2016/12/giveaway-5-years-blogging-by-faezah.html

    ReplyDelete
  3. salam takziah untuk awak sekeluarga. Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Singgah dari GA yang sama. Good luck ye awak :)

    ReplyDelete
  4. singgah dari segmen yg sama

    http://thezafirahnazri.blogspot.my/2016/12/giveaway-5-years-blogging-by-faezah.html

    ReplyDelete

 

Template designed by RRAI | Hak milik Nur Nabila | All rights reserved