Sunday, December 4

' Gadis Kejuruteraan ' Berkongsi Cerita Yang Dialami. Ergh!

Assalammualaikum dan hai 

Image result for excited hi gif tumblr


Hai semua. Apa khabar? Sihat ? *pfft,sejak bila aku jadi sopan nih?* Holla si panda dan si koala sekaliaan. Fuh! Lama juga aku tak update entrykan? Almaklumlah busy nak berjaya masa hadapan. Aceywah, riak dan takburnya aku. Jangan kecam , bagi duit takpa. Hoho.

Ada juga orang tanya , " Tak update blog dah ka, ka berhenti jadi blogger" Ayoo amma appa, mestilah still blogger. Kalau takde aku mesti sunyi blog. Okay mood perah santan dah maih.
Actually busy nak final !! OMG !! Boleh lagi berangan baca novel , tengok cerita korea thailand bagai. Haih..

Entry kali ini aku nak ceritakan tentang kos yakni jurusan yang aku ambil di institut. Haaa.. Kalau ada yang baca entry sebelum ini tahulah aku belajar dekat mana.. Ada yang takbaca? Okay okay..

Aku menuntut di Japan Malaysia Technical Institute. Haa.. aku belajar di Jepun. Haha. Jepun sangat. Aku study di Penang saja. Nama institut ja acah Japangg gitu. Aku merupakan salah seorang yang ambil jurusan Teknologi Kejuruteraan Pembuatan. Student panggil TKP. Kalau tanya mudah tak study jurusan tuh, aku akan cakap " belajar mana mudah cik kak cik abang" .

Pada aku jurusan kejuruteraan bukanlah mudah seperti kita tengok di drama TV3 pukul 7 petang yang jadi engineer goyang kaki duit masyukk. Oh sama sekali tidak ! Ramai cakap " Alah, sekolah teknik bolehlah pandai" Hello.. nama sekolah boleh kita tahukah dia tuh pandai atau tak?

Selama setahun aku di JMTi , dah banyak jugalah aku belajar tentang kejuruteraan. Rupanya nak menjadi seorang 'jurutera' kemahiran dalam fizik amatlah penting. Nak jadi engineer memang takkan lari dari pengiraan. Pembuatan bukanlah buat bangunan seperti kejuruteraan awam dulu.
Pembuatan lebih kearah main mesin. Taktahu kendalikan mesin memang takbolehlah nak teruskan jurusan pembuatan. Bukan mudah tau.

" Kenapa ambil jurusan pembuatan? Kenapa takteruskan kos kejuruteraan awam?"

Emm.. bagi jawapan itu aku tiada. Yang pastinya aku boleh jawap , " Dah Allah tentukan aku ke arah itu. Takkan aku nak tolak. Teruskan saja." Kadang nak jadi lain tetapi jadi lain. Itu namanya Ketentuan Ilahi. OK?

Sebenarnya, makayah aku pun tak kasi aku ambil kos kejuruteraan , katanya sebab aku PEREMPUAN. Tapi , Alhamdulillah , makayah aku ibubapa yang faham keadaan anaknya yang minat kearah itu. Mak pesan " Selagi hang nak belajar , mama redha dan carilah ilmu sampai hang penat , kak" Sejuk perut aku rasa sebab makan masakan mak. Hoho.

Dengan berjaket biru, tudung hitam, mengendalikan mesin dan otak sentiasa roda yang berputar . Bila tidur saja otak berhenti berputar. Fikir macam mana nak skor dalam subjek.

Subjek yang aku ambil ada 10 subjek. Macam SPM dulu lah pula. Tapi final 5 paper saja.
Kehidupan institut bukan seperti sekolah menengah yang takbuat homework kena denda. Tapi takbuat assignment , takboleh masuk FINAL !

Dan, u know what ?! Aku taksiap assignment lagi !! Okbye, nak sambung buat assignment. Muah.

Have a fun day , guys.

5 comments :

  1. all the best sis... apa jurusan yg diambil Allah dh tentukan kat kita sebenarnya...

    ReplyDelete
  2. All the best n good luck..
    Abaikan suara2 sumbang..
    Janji kita bahagia dengan pilihan kita..

    Ikhlas Dari
    Along Misuari

    ReplyDelete
  3. teruskan uhsa.. good luck moga dipermudhkan

    ReplyDelete

 

Template designed by RRAI | Hak milik Nur Nabila | All rights reserved