Wednesday, December 28

Dua Mahkluk Allah yang Annyeongg !! #mucimahcentap

Assalammualaikum dan hai 



Lihatlah dua makhluk Tuhan yang gemuk dan boolaat ini. Hashtag fokus pada muka mereka berdua. Abaikan muka aku selebeh. Hahaha.
Selain dari family aku, moyang aku, tok moyang aku, mereka dua juga merupakan manusia yang datang pada aku untuk bermanja. *eh sapa yang manja pada siapa nie*HAHA. Depa selalu puji aku cantik, segak, kurus, aishh.. Penatlah telinga dengar. Yaya. Tak cakap pun aku tahulah. HAHAHA *riak dan bohong saja. hehe*

Siapa depa?
Seorang bibik  dan seorang pengurut upahan.Haha.

Mereka antara manusia yang dikurniakan pada aku dariNya untuk menjaga dan mengubah hidup aku. Masing masing suka nasihat dan paling aku suka sikap depa ialah sikap tak cepat terpengaruh dengan benda takbaik. Contoh kalau antara kawan 'kitaorang' buat benda takbaik, mesti ayat selalu dengar "Biarlah. Takpayah ambil tahu. Dia dah besar. Tahulah mana baik mana buruk ". Ayat selalu aku dengar. 

D.A.Y.A.N.A
Seorang gadis yang berkaca mata dan mata panjang. Tak kurus tak gempal. Sedang sedang saja. Seorang yang gelak huhahuha. Kadang aku be like " Dia ni manusia ka hantu langsuir? ". Seorang yang selamba. Jenis takkisah tentang sekeliling. Kaki selfie. Suka selfie, walaupun nak ke kelas sekalipun. Cepat gelabah tapi seorang yang fikir kadang matanglah 'jugak'. ergh? Haaa.. hat nie hampa boleh pinjam duit. Hahaha. Aku selalu jugalah pinjam duit dia bila aku kehabisan wang atau takbawa wang bersama. Kalau aku terlupa sikit nak bayar mesti ayat dia " Takpa nanti belanja aku makan, langsailah hutang hang ". Alahai, senangnya, tapi the best person in the world. Takpernah menyusahkan kawan kawan. Walaupun selalu susahkan aku suruh hantar ke biliknya yang jauh di Selatan. HAHAHA. Kaki travel dari bilik ke bilik juga nie. Minat korea tapi duk Sungai Petani. HUHU

N.U.R.U.L.A.I.N
Seorang bibik. eh bibik pula. Seorang perempuan yang putih bagaikan Minnie Mouse. Kurus nak mateyyy.. Tu pun cakap " Aku gemuk. Hampa takpalah kurus " Rasa macam nak tauk dalam hutan dengar ayat tu. Roomate yang paling rajin. Dari aku start masuk semester satu , sampai habis semester satu, dialah selalu lipat baju aku. Bukan sebab aku takrajin tapi kadang aku assignment tertunda aku banyak. Bila cuti ada mood baru aku lipat. Isokay yer ain. Sem 2 aku lipat pula. Stok makanan aku habis mesti dia share makanan juga. Kalau aku kehabisan duit, dia jugalah manusia yang hulur duit untuk tolong. Thanks gila wei. Dari form 4 sampai umur 18 tahun, belajar tempat sama. Aku syak dia skodeng aku lepas tu ikut aku kemana saja. Eihh seram. HAHAHA. Seorang yang suka baca novel hantu tapi takut nak ke toilet sorang sorang. Aik?Hahaha.

Dayana dan Ain? Apa kelebihan dan kekurangan?
Takdak! Tiada kekurangan tetapi ada kelebihan.

Ya, aku manja. Dan depa dua saja tahan dengan sikap manja dan keras kepala aku. Bukan nak buat drama friendship sebab kami tiga memang tak ship. Kalau ship mesti patah dua sebab Dayana berat. HAHAHA.

Taktahulah macam mana depa boleh tahan sikap keras kepala aku. Selain family aku dan sahabat aku, tiada yang boleh tahan. Tapi depa boleh tahan. Wow!

Keras kepala aku , aku sendiri mengaku memang susah nak buang. 13 TAHUN aku cuba buang tapi memang takboleh. Dan ada seorang ustaz tu cakap " Awak memang takkan boleh buang keras kepala awak sampai bila bila melainkan awak sendiri yang melembutkan " Ya aku takboleh buang tapi aku boleh lembutkan.

So, for Dayana and Ain , thanks dear sebab tahan dengan sikap aku walaupun baru berapa bulan kenal dengan Dayana tapi serupa sejak baby lagi kenal. Bising nak mampuih. HAHAHA.
Okay, takmau buat ayat touching satgi Dayana menangis. Nanti Ain merayu nak tidur satu katil. Hahaha.

Nak kenal depa?
Takyahlah. Depa taksegak. HAHAHA.
Cikadoutt depa punya Instagram:-
Nak promote juga !
@oohvrdsnn (Follow hingga dia follow balik, lepastu unfollow balik kay. Haha)
@nrlainz_ (Follow hingga dia kahwin dengan crush dia. kbye)



Have a fun day , guys.

2 comments :

  1. May your friendship long ever after =)

    ReplyDelete
  2. selamat tahun baru :)

    sudi2 la join contest Nurul ni ye :)
    http://syahirahvaliant.blogspot.my/2016/12/contest-menangi-percutian-ke-suria.html

    ReplyDelete

 

Template designed by RRAI | Hak milik Nur Nabila | All rights reserved