Saturday, November 5

Study Week Sudah Hampir, Semester Satu Hampir Ke Garisan Penamat

Assalammualaikum dan hai 

Image result for sleepy gif tumblr

Mata kuyu sambil menaip

Nampaknya tahun 2016 sudah berjalan lembut hingga ke garisan penamat. Dan.. tak lama lagi aku akan final exam. Maigod.. Jika aku ditanya " Apakah persediaan anda untuk menghadapi final exam ?". Dengan riak dan bangganya aku akan jawab " Tidur yang secukupnya" *siang tengahari malam*mau taknya, habis kelas pantang ada ruang rehat sikit mesti nak tidur jer.

Tambah tambah kelas cancel, perhh nikmat... Balik bilik, buka kipas, landing atas katil peluk bear terus tidur. Sebagai student kita perlulah tidur secukupnya. Yer ke idok? Hahaha. Memandai jer aku nak cari helah menangkan diri.Ayoyo.. 

Apapun seperti pepatah melayu cakap, " Usaha tangga kejayaan". Apa kelemahan aku dalam subjek? Hmm.. Kelemahan aku CUAI ! Tahu step nak tulis but cuai.. Always terjadi perkara seperti itu. Tak tahu bagaimana nak mengatasinya. Kena cari penyelesaiannya. 
Nampak tak muka bahagia tak study dengan baik?
Bila sebut 'study week', mesti dalam otak terfikir ulangkaji jer kan? For me, study week , week yang sangat sengsara. Sebab time tu lah nak buat itu nak buat ini. Nak kena beli itu beli ini. Padahal final seminggu jer pun. Ayoyo.. Mahu jadi apa yaakk.. Study week nie memang aku kena all out habis habisan. Kelemahan sudah kelihatan, sekarang kenalah perbaikinya.

Ketika belajar cari kelemahan dan ubah kepada kelebihan. Jangn mengharapkan TOYOL jer masuk dalam exam. Test memang ramai meniru dan bawa masuk TOYOL. Senior cakap " Time test jer, final nanti tak payahlah bawa masuk". Sebenarnya SALAH! Kalau hampa bawa masuk toyol dalam test, bagaimana nak tahu kelemahan kita. Final exam memang takboleh bawa masuk apa apa langsung barang.. Kecuali peralatan tulis.. 

Okay , Nabila. Usaha dan usaha. Doa dan tawakal.. Memang baru semester satu. hello, semester satu kau gagal , kau kena repeat tau. Ingat murah? Ingat pengorbanan mama abah. Faham?
Mohon jangan sengih busuk sangat. Final dah dekat yer , cik Nab..

Have a fun day , guys.

1 comment :

 

Template designed by RRAI | Hak milik Nur Nabila | All rights reserved