Monday, August 22

Kadang Aku Seronok dengan Kehidupan Aku , Kadang Aku Letih. Sehingga Suatu Masa.....

Assalammualaikum dan hai 

Kehidupan seseorang sudah ditentukan oleh Yang Maha Esa. Sebagai hamba dicipta olehNya , jangan mengeluh.

Tetapi hari ini aku ingin kongsikan apa yang aku rasa. Pernah rasa seronok dengan kehidupan? Betul lah apa yang dikatakan orang tua " Jangan happy sangat kemudian hari akan letih sehingga menangis ". Aku mengaku, aku letih kadangnya. Pura pura ketawa depan orang dan hasilnya belakang aku menangis teresak esak. Entah aku juga tidak tahu kenapa. Hati rasa sikit sikit nak menangis , sikit sikit rasa malas nak bercakap. Aku berdoa padaNya, ' Ya Tuhan , aku letih. Berikan aku kekuatan untuk terus berjalan di atas perjalanan hidupku.'

Sehingga suatu masa , aku taknak ambil tahu tentang orang sekeliling aku. Aku tertanya ' Kenapa dengan diri aku ini? Kenapa jadi letih sehingga nak menyendiri.?' Sungguh aku rasa ingin bersendirian.


Aku bukan ingin buat cerita drama atau action lebih lebih. Kadang apa yang kita buat , kita seronok. Sampai satu masa , kita akan terfikir, letihnya berterusan begini. Bagi masa untuk aku bangun kembali.

Ini bukan rekaan. Ini luahan hati sendiri.
Have a fun day , guys.

4 comments :

  1. yes. emmmm Be strong babe ❤

    ReplyDelete
  2. Sabar girl.. Mungkin awak terlalu jaga hati orang lain sampai hati sendiri terluka. atau ada orang yang selalu sakitkan hati awak malah tak dhargai. Lumrah hidup.. sabarlah ya. Keep strong :)

    ReplyDelete
  3. betul tu, saya selalu takut kalau nak happy. nanti mesti ada benda buruk akan berlaku. yang buat saya sedih sgt :'( pape pon. be strong :D

    ReplyDelete

 

Template designed by RRAI | Hak milik Nur Nabila | All rights reserved