Wednesday, August 3

Aku Dimalukan Di Perpustakaan ? Kerana Apa?

Assalammualaikum dan hai 


Pada mulanya hidup aku di institut happy sangat sangat. Sehinggalah sesuatu yang memalukan aku di PERPUSTAKAAN institut. Perhatian ! PERPUSTAKAAN okay? Selalunya dalam cerita drama jam 7 petang TV3 , asal perpustakaan sahaja mesti scene bercinta kan? Acah acah buku jatuh, atau acah acah nampak perempuan atau lelaki celah buku. Ergh ! Novel sangat kan? Tetapi ! kisah aku jauh berbeza sangat sangat dan 100 % memalukan aku. Bagi hampa hampa hok baco maybe taklah memalukan tetapi bagi aku seorang perempuan agak memalukan. 

Kisahnya seperti ini ...
Selesai kelas , aku dan tiga orang kawan aku lagi rancang nak ke perpustakaan , konon konon nak habiskan semua tutorial . Aku niat nak siapkan tutorial Fundamental Mathematics aku. Bila nak siapkan , tetiba pula satu soalan buat hal tak tahu jalan penyelesaiannya. Bila tak tahu, of course hati aku rasa tak senang duduk. Aku nak tutorial aku siap hari itu juga. Dengan itu aku pun whatsapp seorang senior yang agak skema agak annoying tahap KING ! Ergh ! ikut hati memang taknak tetapi terpaksa sebab aku nak soalan aku siap.  Aku namakan dia MR .Annoying King ! Dalam fikiran aku hanya nak soalan aku siap dengan cepat. Boleh buat kerja lain. Bila aku whatsapp dia, begini jalan whatsappnya...

Aku : Salam , busy tak ? Nak tanya soalan FM. Ada kelas ke ?
A.K : Wassalam , tak busy. Takde kelas. Ada mana ?
Aku : Owh okay. Ada di Library. *send soalan* tolong jawab jap. Tak retilah.
A.K : Eh, ni siapa ek ?
Aku be like " WHAT !? AKU GROUP SEKALI DIA KUT TIME MSK. Dia boleh tak ingat aku?"
Aku : Pulakk.. Emm, takpelah . Thanks.
A.K : Ada mana? 


Aku hanya tinggalkan bluetick dan tak balas terus. Aku pun fokus pada soalan yang aku tak boleh jawab itu. Aku nak cuba jawab. Last last aku dapat tahu , soalan tu SALAH ! ergh,, Isokay, nak belajar memang banyak ujian right? Kahkah.

Khusyuk buat soalan, tetiba MR. AK datang ke library. Aku tak sangka dia nak datang library. Kawan aku hanya tunjuk yang MR. AK datang ke library. Aku pun okaykan je lah. Maybe dia ada kerja sebab itu datang ke library.

Handphone aku bunyi "BIPP!! BIPP!! " petanda whatsapp dari seseorang masuk.

A.K : Ada mana?

Aku just read then tutup phone.
TETIBA !!

MR.AK datang ke meja aku study dan tunjuk phone tentang conversation whatsapp aku dan dia depan mata aku. Dan dia tanya " Ini nombor siapa ?" , Aku dengan gelabah dan gelisah menggelengkan kepala. Acah acah tak tahu lah kononnya. Tiba tiba pula kawan kawan aku dengan blurnya tunjuk pada aku. Aduyaii..Kenapalah kawan kawan aku lurus sangat ? Malu.. Bagi aku , itu memalukan. Seolah diri ini terdedah dah. Alahai.. Dengan selamba, acah acah nak tanya juga , aku tanya saja lah. Dengan bendul MR AK ambil pensel aku , dan potong soalan itu , dan he said " Senang saja. Soalan ini tak pernah ada. Salah soalan . simple. " Aku siap buat muka meluat. Haha. Rasa erghh.. Aku terus " Owh okay. Pi lah balik." Aku siap halau dia pula. Haha. Maaf yer MR AK. Hati aku geram sangat. Haha. 

So, itulah kisah PERPUSTAKAAN MALU aku. Hahaha. Tapi aku tetap datang LIBRARY sebab nak study dan WIFI FREEEEE!! Kihkih... 
Have a fun day , guys.

2 comments :

  1. kenapa rasa macam sweet pulak? hahahaha

    ReplyDelete
  2. Sweet pulak scene kat library ni. Hehehe

    ReplyDelete

 

Template designed by RRAI | Hak milik Nur Nabila | All rights reserved