Monday, July 25

Rutin Zaman Penganggur VS Rutin Zaman Siswi

Assalammualaikum dan hai 


Tajuk pada malam ini agak menyeramkan bagi aku. Tajuk entry kali ini request dari roomate aku. " Ain , kasi tajuk untuk entri malam ini please?". Si Roomate main telefon sambil cakap " Kau buat tentang rutinlah. Rutin di rumah dan di sini ." Aku dengan senoi bin blur pun buatkan saja lah. Orang cakap kadang tajuk dah boleh dapat isi dalam entry. Kihkih fake sangat aku. Pfft !

Back to the story, rutin di rumah aku dan selepas bergelar siswi terrrsaangaat berbeza. 100 % different. But, nak buat macam mana lagi ,. Kalau tak disebabkan niat dan ingin teruskan belajar , memang aku di rumah jaga lembu dan kerbau agaknya. Jika di rumah , selepas subuh aku akan tidur kembali bila seharian penat TETAPI ! di asrama , selepas subuh terus ke Dewan Makan. Sebabnya dewan makan sarapan pukul 7.30 pagi sehingga 8 pagi. Kalau di rumah aku, lantak aku lah nak sarapan jam berapa sekali pun. Sini , kalau miss sarapan seolah tak makan seharian. LAPAR ! Aku sarapan maggi je bila ter'miss' sarapan. Hoho.

Sebelum ini, aku agak mem'boros' dalam bab kewangan. Serius tak tipu ! Sekarang, kehidupan di asrama , mengajar aku erti kepayahan ketika tiada kewangan. Nak minta pada ibu , agak agaklah weii.. Segan sangat. Tak sampai hati nak sua tangan meminta. Terpaksa tipu ibu , kata kewangan mencukupi. Sedangkan purse kurus ibarat pembaris dah. Hahaha.. Kes bayar yuranlah , beli biskutlah dan macam macam lagi. Bila sebut perempuan, tak lepaslah dari sifat dia ber'shopping'. Kepada si kaum adam diluar sana, emm.. better kewangan stabil jika ingin memiliki seorang gadis untuk dijadikan pasangan hidup. Bukan senang menjaga seorang wanita bersikap kekanakan. Bukan senang bro. Aku tahu sebab aku perempuan.

Jika sebelum ini, aku di rumah hidup tak mahu berkongsi walaupun adik beradik sendiri. TETAPI ! Disini hidup berkongsi itu perlu, tambah tambah dapat roomate yang kepala gila sama dengan kau. Memang kena berkongsi. Hidup aku di asrama banyak berkongsi dengan roomate aku. Iyerlah, 3 tahun lah katakan akan satu bumbung , satu bilik. Kena lah pupuk kasih sayang antara roomate. Even roomate kau gila macam mana sekalipun , kau kena layan. Sebab ketika kau sakit , kau tak boleh call call ibu ayah kau minta tolong. Tambah tambah yang duduk jauh. Siapa nak tolong? Roomate jugaaaa..


Pada mulanya , agak sukar aku terima situasi yang memaksa aku tinggal di asrama. Pada tahun 2014 , iaitu time aku form 4 , aku pernah tinggal di asrama tetapi tahan hanya 9 bulan sahaja. Sebabnya... aku nak ambil tuition di luar. Lagipun, rumah aku depan sekolah saja pun. Saja acah acah nak ada pengalaman tinggal di asrama lah kononnya. At least , aku ada anak aku boleh ceritakan pada anak aku , bahawasanya ibu mereka pernah tinggal di asrama. Propa sangatkan ? Kihkih. Bila aku datang ke tempat aku belajar dan tinggal di asrama, aku tak terasa bagai tinggal di asrama pun. Rasa tinggal di bilik sewa. Hihi. Di rumah menjadi dugong di atas sofa tetapi di asrama menjadi dayang dayang yang sibuk di istana. Haha.

Kalau di rumah, bilik aku DILARANG MASUK untuk adik adik aku. Biasalah , konon nak privasi. Sekarang? Nahh amik kau.. Kena tinggal dua orang dalam satu bilik. Memang privasi jadi rahsia masing masinglah nampaknya. Haha. Habis semua baju roomate aku tahu saiz , kasut apa aku pakai, aku pakai skincare apa, semua roomate aku tahu. No privasi lah nampaknya. Jadi ' WE PRIVASI'. Haha.

Taklah terlalu kritikal pun tinggal di asrama. Kelas selalunya awal pagi . Jam 8 pagi dah start kelas. So, tentang lewat ke kelas tak pernah lagilah buat seketika waktu. Kihkih. Takut juga nanti bangun lewat ke mandi lewat ke ... Mesti malu satu institut kan? Ergh ! Can't imagine that.

By the way, next next and next entry , in shaa Allah akan aku kongsikan tentang tempat aku belajar. Rasa rasanya ramai readers and bloggers yang tak tahu apa itu Japan-Malaysia Technical Institute. Di Instagram , ada juga direct message menanyakan mengenai kursus atau kos di JMTI. Akan aku kongsikan kemudian bila kelapangan dan tidak kengantukan. Hahaha. Bye. 

Have a fun day , guys.

No comments :

Post a Comment

 

Template designed by RRAI | Hak milik Nur Nabila | All rights reserved