Friday, July 1

Akhirnya Kau Pergi Jua. Kepergianmu Lebih Baik Dari Terus Terseksa Kesakitan.

Assalammualaikum dan hai 


30 Jun 2016 . Tarikh kenangan terakhir aku bersama kucing aku , Si Atam. Pagi tersebut , aku telah bawa Atam ke Jabatan Veterinar ( JV ) untuk diperiksa. Semasa dalam perjalanan , Atam banyak kali meow tetapi disebabkan dia tiada suara , suaranya kedengaran sayu saja.

" Atam , atam jangan takut tau. Kita nak bawa atam ke doktor. Atam kena kuat "
Kata aku ketika dalam perjalanan.

Aku tahu Atam tak dapat bertahan lama kerana kesakitan yang di tanggung. Ketika sampai di JV , aku angkat Atam untuk kena angin diluar. Atam seolah nak keluar dari sangkarnya.

" Atam , kami tak buang Atam. Kita nak jumpa doktor sekejap lagi "

Dia hanya mengeow.
Apabila pintu JV dibuka , aku masuk ke dalam untuk pendaftarannya. Sambil aku tunggu , aku lihat Atam sayu saja. 'Kenapalah kucing aku nih' terdetik dihati aku.
Apabila nama di panggil, aku masuk ke dalam berjumpa dengan perawat.

Perbualan Aku dan Perawat .

Perawat : Kenapa dengan kucing ni?
Aku : Dia keguguran.
Perawat : Gugur bila?
Aku : Dua hari lepas.
Perawat : Dua hari lepas baru sekarang awak datang ?
Aku : Saya tak sempat datang.

Perawat itu memeriksa Atam. Dan dia berkata...

" Kucing awak nih ada bengkak dalam rahim. Dua ketulan. Kami akan cucuk dia untuk buka hormon supaya dia keluar. Kalau dalam masa 1 atau 2 jam tak keluar , kita kena buat operation. Kalau tak , dia akan mati"

DIA AKAN MATI...
Terngiang ngiang ayat tu di telinga aku. Selepas selesai memeriksa dan proses pembayaran ubatan dibuat, aku pulang dengan perasaan sayu, sebak dan terdiam.
Sampai sahaja dirumah , aku beri Atam air, tetapi Atam tak minum. 

Pada waktu petang pula, aku tekad , aku nak Atam sembuh. Nak dia kuat. Lalu, aku ambil makanan dan minumannya untuk aku suapkan. Ketika aku suapkannya, aku pelik. Mana datang air dekat mata dia? Dia menangiskah? Kenapa dia lihat aku seperti ingin mengatakan sesuatu? Apa yang Atam nak sampaikan? Aku rungsing.

Selepas itu, aku mandikan dia. Juga seperti tadi. Dia lihat aku seperti ingin mengatakan sesuatu. Tapi apa?

Selesai memandikan dia ,aku lihat dia tertidur. Mungkin Atam letih. Iyalah seharian di JV tadi.
Selepas waktu berbuka, aku ambil ubat Atam untuk diberi makan. Pada mulanya, Atam asyik keluarkan kembali ubat itu. Last sekali , antibiotik dia telan. Ubat bengkaknya aku tahu ada dalam mulutnya. Nanti mungkin dia akan telan. 

Aku masuk untuk menunaikan solat maghrib . Kemudian aku masuk dalam bilik aku untuk berehat sehingga aku terlelap. Kemudian adik aku kejut aku sambil kata " Kakak! kakak! Mulut Atam berbuih.". Hati aku mula tidak senang. Hati aku merasakan sesuatu.

Aku pergi ke Atam. Aku lihat ada buih dibibirnya. Aku lihat perutnya. Perutnya tidak turun naik. Ya Allah. Aku bergegas pegang Atam. Atam menjadi lembik. Aku panggil , Atam tak bunyi. Akhirnya kau pergi.. Menitis air mata aku. Aku kesat dengan cepat.Aku tak mahu orang tahu bahawa aku menangis. Aku meletakkan Atam dengan baik baik dan aku terus masuk ke dalam rumah. Aku menangis teresak esak dalam bilik. Aku tak sanggup lihat lagi. Mama aku datang dan berkata " Kak, lebih baik dia pergi dari dia terseksa kesakitan. Sabar ya kak" .

Aku hanya berdiam diri dan duduk di dalam bilik. Kemudian adik aku masuk " Kak, abah dah tanam Atam dekat hujung sungai tu " . Aku hanya iya kan saja kerana aku tiada semangat.



Untukmu Atam:-

Wahai Atam, ketika aku dapat tahu kau sakit , hati aku sayu. Aku dapat merasakan yang kau akan pergi. Kau seekor kucing yang baik. Walaupun kau berak kencing merata tetapi semua itu kenangan kita , sayang. Patut kau lihat aku tadi.Rupanya itu kali terakhir kau makan , minum dan mandi di tangan aku. Kau nak ucapkan selamat tinggal kat aku rupanya.Tak mengapalah Atam. Aku lepaskan kau pergi. Tetapi aku tak janji untuk aku akan kuat. Kerana aku mulai merinduimu sayang. Aku rindu nak belai kau. Aku rindu nak cium kau. Aku rindu bau kau. Ya Allah.. aku rindu. Kau pergi jua dari hidupku. Sekarang kau tak sakit dah. Dari terlihat kau terus terseksa kesakitan, baik kau pergi. Nanti kita jumpa disana ya sayang. I Love You.

Have a fun day , guys.

5 comments :

 

Template designed by RRAI | Hak milik Nur Nabila | All rights reserved