Wednesday, June 29

Ya Allah! Kucing Aku Keguguran !

Assalammualaikum dan hai 
Semalam ( 27/6/2016 ) , selepas azan maghrib , aku tercari cari dimana Atam. " Atam,, Oh Atam ". Aku cari di dapur , tiada. Sehingga aku terdetik nak lihat bawah katil. Apabila aku tengok Atam duduk seperti itu. Aku tanya pada dia.

" Atam , atam kenapa nih?"

Dia hanya meow. Tetapi meow kelemahan. Bila aku tengok, ada baby. Anak kucing. 
Ya Rabbi, hati aku luluh. Kucing aku keguguran.

Aku buntu. Aku tak tahu apa yang perlu aku lakukan. Pada mulanya, seekor baby saja yang gugur. Selepas isyak , seekor lagi baby gugur. Kemudian, aku sentuh perutnya, aku tahu dah tiada baby.
Selepas ditanam kedua dua baby tu, Atam pendarahan yang terlalu banyak. Apabila dibersihkan dan dimandikan, still darah itu keluar. Aku dah tak tahu apa patut aku lakukan. 
Dalam hati , aku rasa kucing aku akan lemah. 

Keesokan harinya, aku niat nak bawa Atam ke Jabatan Veterinar tetapi disebabkan sibuk tentang cara guna bank , aku tak sempat bawanya ke sana. Bila aku balik, aku lihat darah keluar banyak sangat dan dirinya semakin lemah.

Aku harap dia baik baik sahaja. Aku jaganya belum cukup 1 tahun. 1 /12 haribulan tahun ini cukup 1 tahun. Aku tak habis dengan kesedihan kucing aku hilang dan sekarang diuji seekor lagi kucing aku sakit. 

Wahai  Atam, walaupun engkau hanya seekor kucing yang kecil , tetapi aku anggap engkau adalah penyeri dalam hidup aku. Suka bila kau manja, duka bila kau cakar, sakit hati bila kau berak kencing merata. Aku still ingat tapak tangan aku , kau tidur. Please, kuatkan semnagat kau, jangan sakit lagi. Kita pi jumpa doktor sama sama ya. Kalau kau sihat semula, aku janji aku bagi kau makan ikan banyak banyak. Itu janji aku. Tapi kau kena sihat lah. Tau? 
Have a fun day , guys.

4 comments :

 

Template designed by RRAI | Hak milik Nur Nabila | All rights reserved