Tuesday, May 31

Senarai Barang untuk Kemasukan Pelajar IPT

Assalammualaikum dan hai 


Holla guys. Hari ini aku teringin sangat kongsikan tentang barangan yang perlu dibawa oleh pelajar IPT. Majoriti kepada kemasukan pelajar IPT yang sambung belajar.Tahniah kepada pelajar yang dapat sambung ke institut yang diingini. Congrates ! 

Sekarang mesti buntu dan keliru tak tahu nak beli apa yang perlu dibawakan? Baik perempuan dan juga lelaki.Sekarangpun aku sedang kebuntuan tak tahu nak beli apa untuk keperluan nanti. Dah alang alang aku list barangan yang perlu di kertas, bolehlah aku share dan harap bermanfaatlah yer..

Aku akan listkan barangannya. Harap bermanfaat bagi hampa nah.
Senarai Pertama :-

  • Salinan Kad Pengenalan Pelajar ( 3 @ 4 keping )
  • Salinan Slip SPM Pelajar
  • Gambar Passport - 6 keping
  • Salinan Surat Tawaran
  • Semua sijil yang anda ada
  • Salinan Slip Gaji Ibubapa
  • Salinan Surat Beranak
  • Dokumen yang diperlukan kemasukan ke IPT

Sebaik baiknya , failkan kesemua dalam satu fail agar mudah kerja dan tidak berlaku kehilangan atau tertinggal.

Senarai Pakaian Yang Perlu Dibawa :-

  • Baju kurung yang mencukupi ( 5 @ 10 pasang )
  • Baju melayu yang mencukupi ( 5 @ 10 pasang )
  • Baju lengan panjang ( 3 @ 4 helai bagi perempuan ) - longgar dan labuh
  • Baju lengan pendek ( 3 @ 4 helai bagi lelaki )
  • Baju sukan
  • Baju pyjama untuk tidur
  • Baju riadah
  • Tali leher
  • Telekung
  • Kain Pelikat bagi Lelaki ( Bawa khas Solat Jumaat )
  • Kopiah / Songkok
  • Tudung
  • Anak tudung yang mencukupi
  • Keronsang 
  • Tudung ekspres
  • Handsock
  • Seluar Slack Hitam
  • Seluar Bebas
  • Seluar Sukan
  • Stoking yang mencukupi
  • Kasut Sukan
  • Kasut Bertutup bagi Perempuan
  • Selipar 
  •  Penyangkut baju

Jika ada barangan hampa yang ingin ditambah juga boleh. Tetapi hendaklah bersopan dan menutup aurat dalam memakai. Perempuan make sure berstoking okay ?

Senarai Alat Mandian:-

  • Sabun
  • Tuala
  • Tuala Muka
  • Berus Gigi ( Pek yang banyak banyak berus )
  • Ubat Gigi
  • Baldi Kecil
  • Raga mandian
  • Baldi Pakaian
  • Shampoo
  • Pencuci Muka *jika perlu*
Jika ada alat yang dalam pek , sebaiknya beli. Jimat dan tak membazir duit jika hilang. Jimat duit untuk hal lain

Senarai Persendirian:-

  • Minyak Rambut
  • Bedak
  • Bedak sejuk
  • Sikat
  • Deoderen
  • Alat makeup bagi perempuan. 
  • Jam Tangan
Persendirian maybe ada yang lebih tahu. Kebanyakannya perempuan mesti banyakkan? Huhu

Senarai Alat Tulis :-
  • Buku Nota
  • Pen ( sekurangnya 12 batang )
  • Pensel Warna 
  • Highlighter ( 3 warna )
  • Kalkulator *wajib*
  • Laptop *wajib*
  • Charger Laptop *wajib*
  • Marker pen
  • Set Geometri *jika perlu*
  • Kertas kosong
  • Kertas A4
  • Pita pelekat dan gunting
  • Gam
  • Liquid Paper
  • Stapler
Senarai Penting untuk Keselesaan :-
  • Powerbank
  • Charger Handphone
  • Beg sandang 
  • Beg Bagasi
  • Cadar
  • Selimut
  • Bantal yang selesa
  • Lampu Meja
  • Lampu suluh
  • Radio *jika perlu dan ada kebenaran*
  • Gelas / mangkuk / Pinggan / Sudu / Garfu
  • Cerek Air
  • Minuman segera ( nescafe , nestum , milo 3 in 1 )
  • Makanan segera ( Maggi , Bubur , mushroom soup )
Senarai diatas adalah senarai yang sering dibawa dan sangat sangat diperlukan. Maggi maybe tidak. Huhu. Sebaik baiknya elakkan makanan yang segera. Harap bermanfaat guys !

Apapun aku ucapkan Selamat Berjaya di IPT masing masing. Tidak kiralah Matrikulasi , Universiti mahupun Institut Swasta. Belajar dimana sekalipun jika ada minat dan usaha , In shaa Allah akan berjaya.

Akhir kata, GOOD LUCK , GUYS !

Have a fun day , guys.

2 comments :

 

Template designed by RRAI | Hak milik Nur Nabila | All rights reserved