Sunday, May 8

Segmen Zaman Sekolah by Numigx

Assalammualaikum dan hai 




Wuuhuu.. Segmen Zaman Sekolah ? Aku ditag oleh Numigx a.k.a Igs. Aku rasa dia nak tahu zaman kanak kanak aku ni. Alahai,segan pula aku nak menceritakan. Sebab dolu dolu aku agak nakal dan agak manjalah juga. Tambah tambah time kecil dulu selalu dapat kawan baru. Tak mengapalah aku ceritakan juga. Mana tahu Prince Charming aku baca dan tertarik kisah aku. Ok perasan sangatkan?

Ketika dizaman sekolah rendah, yakni ber'darjah' lagi, paling aku tak boleh lupa time darjah satu. Kenapa? Sebab ibu ayah aku selalu pindah ke sana ke mari. Iyerlah, ibu ayah jenis kerja asyik tukar tompat jo. Sehinggakan aku baru belajar ABCDEFG di sekolah first aku, dah pindah. Bila aku pindah ke sekolah lain, aku agak malu dan takut. Sebabnya, aku jenis manja dan jenis takut pada benda yang baru dalam hidup. Aceywah. Nak dipendekkan ceritanya, first day aku daftar ke sekolah rendah tu , aku selalu gigit butang baju. Sehingga basah habis baju aku kena air liur. Hehe. . Time darjah satu aku tak bertudung lagi. Kihkih. Bila lama lama di sekolah situ time darjah satu, aku suka berkawan dengan rakan sekelas. Dalam kelas aku ada budak lelaki yang nama ayahnya sama dengan aku. Roslan. Iya, itulah nama ayah aku dn juga nama ayah budak lelaki itu. Part yang paling best, aku dan budak lelaki tu jadi mak ayah. Alaa,, acah acah main mak mak. Aku sebagai ibu dan budak lelaki itu sebagai ayah. Yang kelakarnya ingat sampai sekarang, rakan rakan aku yang lain sebagai anak. Haha. Ada driver pula tu. Tiga driver , enam bibik. Wah wah, kaya sungguh aku, Haha. Bila dah besar nie, semua pakat pakat malu bila diingatkan semula. Tambah tambah aku. Sebab jadi ibu pula tu. Gatal betul aku kan? Haha.

Ketika zaman di sekolah agama pula, ini part yang amat amat aku malu sehingga sekarang. Bila difikirkan semula, ada pengajaran disebaliknya. Ketika itu aku saja saja main dengan kawan aku yang aku suka pada seorang lelaki. Sedangkan aku main main sahaja. Saja nak mengusik rakan. Last last rakan aku sendiri pergi beritahu pada budak lelaki tu. Aku menangis tak berhenti sehingga miss class Arab aku. Hampirlah. Tak miss terus. Aku malu. Sebab itu aku menangis. Jiwa aku time kanak kanak tersangatlah lembut dan manja. Sehingga meningkat ke arah UPSR barulah agak kasar. Dan dari situ aku belajar jangan tipu orang dengan benda benda macam itu. 

Aku nakal dan sangat kasar time kecil dulu. Kawan turun bendang, aku join. Kawan naik lembu, aku join. Kawan mandi sungai, aku join. Semua budak lelaki buat aku join. Hahaha. Sebab itu aku jadi kasar sehingga sekarang.Sekarang agk lembut sikit. Tapi ke'kasaran' itu masih melekat.

Part berjauhan dari sahabat sendiri amat menguji hati menahan rindu yang amat. Sahabat yang sejak umur 7 tahun sehingga 16 tahun terpaksa sambung belajar di Tanah Arab. Huwa! Rindu yang amat der.. Kawan kita selama nih selalu tukar baju sama sama, tidur sama sama, kemana saja sama sama pergi belajar jauh dari kita. Memang menguji hati sangat. Harap dia berada dibawah lindungan Allah SWT. 

Apabila aku melonjak ke umur tingkatan 1 , aku dimasukkan ke sekolah perempuan sahaja. So, aku agak kaku . Dan lama kelamaan sehingga tingkatan 4 , aku diubahkan ke sekolah baru iaitu sekolah yang campur antara lelaki dan perempuan. Agak kaku sebab selama 3 tahun aku di sekolah tanpa lelaki, tiba tiba diubahkan sekolah yang campur sedemikian. Agak kekok. Lama kelamaan aku rasa baik dan mengajar aku erti batasan antara lelaki dan perempuan. Banyak aku belajar dari sekolah tu. Tentang agamalah paling banyak. Walaupun sekolah teknikal, tetapi aku rasa seperti aku tinggal di Maktab Mahmud jer. Hoho..

Kisah aku tak semenarik cerita Dilwale, tidak sehebat Captain America The Movie.. Tapi semuanya mengajar aku erti kehidupan sebenar. Setiap insan ada kisahnya masing masing. Ada cerita novel masing masing yang dicipta. Haha. Muka aku yang dahulu seolah anak negro dah bertukar kepada Cinderella. Aceywah. Perah santan sangatkan. 

Ok itu saja aku nak kongsikan bagi segmen zaman sekolah nie. Aku nak tag siapa ek? Hoho.
Tag :  Kak Leya , Kak Ecah , FarrahNadia

Have a fun day , guys.

2 comments :

  1. Adoidoidoiiii Prince Charming ye. Rasanya kite pun ada jugak bab Prince Charming tu kalau throwback kisah zaman sekolah. Hahahahaha quite embarrassing bila ingat balik omg!!!

    ReplyDelete

 

Template designed by RRAI | Hak milik Nur Nabila | All rights reserved