Saturday, May 7

Dulu Aku Seorang Tomboy

Assalammualaikum dan hai 




Bagi sesetengah perempuan mungkin sejak kecil sudah diajar sikap seorang 'perempuan'. Iyelah.. Lemah lembut, sopan, ayu dan juga mungkin ramai yang disegani. Yaa sifat malu. Malu tu semua perempuan ada. Cuma pandai cover atau tak.

Macam aku, aku taklah perempuan sangat. Kecil kecil ibarat 'tomboy' sehingga di wajah aku ada parut kenakalan aku suatu ketika dahulu. Tambah tambah aku anak sulung dari empat adik beradik. Sudah semestilah banyak kenakalannya. Juga manjanya. Dulu aku menjadi seorang 'anak tunggal' sementara waktulah, aku selalu dapat apa yang diinginkan. Bukan itu sahaja. Malah dapat mandi kolam dalam besen takung air pula tue. Ayoyo. Sebab dulu aku miskin, tiada duit nak beli kolam plastik besar tuh. Dapat belipun setelah aku besar sikit. Itupun sokojap jo kolam plastik tu bertahan. Sebab kezen aku terjun menerjun sehingga pecah. Ergh!

Time kecil dulu aku ada jiran lelaki dan kebetulan pula lelaki tu tadika sekali dengan aku. So, jadi rapat . Selalu kayuh gerek(basikal) ke sana ke mari. Punya nakal, aku pernah ketuk sarang tebuan dan seekor tebuan datang ketik aku di bawah hidung. Mahu tak bengkaknya. Tutup satu saluran aku nak bernafas. Kejam punya tebuan. 




Rumah aku dulu betul betul dalam kawasan budak budak Juvana. Ayah aku jaga bahagian masalah remaja yang jahat jahat. So, ayah aku agak garang dan misainya melentik. Muka serius bila bekerja. Mahu tak nya, budak Juvana kut. Tapi banyak banyak kes, satu kes bagi aku kelakar sampai sekarang. Kes curi selipar Pak Imam Masjid. Aduyaii.. Tapi time aku tinggal di situ, aku selalu masuk kawasan Juvana tu. Tapi aku tengok diorang tak jahat manapun. Selalu tolong aku macam macam. Time aku lapar, diorang yang tolong ambilkan. Kadang diorang yang ngasuh aku. Kahkah.

Agak agaknya diorang dah keluar dari tempat tu ke belom? Tapi sekarang kawasan tu dah dirobohkan dah. Harap mereka baik baik sahaja. Haa.. Dari sejak itu aku menjadi seorang tomboy. Jenis buat perkara jahat juga. Panjat pokok curi buah orang , bagi makanan ikan banyak banyak sampai permukaan air penuh dengan makanan ikan. Haha.. Aku pernah dikejar oleh security sebab buat macam tu. Seluar pendek bersinglet itu aku lah kalau jiran jiran tanya " Siapa budak seluar pendek dan bersinglet tu ?"
 
Hahaha.. Nakal juga aku. Parut diwajah masih kekal hingga hari ini. :) 

Have a fun day , guys.

No comments :

Post a Comment

 

Template designed by RRAI | Hak milik Nur Nabila | All rights reserved