Saturday, April 23

Sebab Susah Tidur Malam

Assalammualaikum dan hai 


Kadang tertanya, kenapa sukar dan terlalu susah nak tidur di malam hari?

Tidur. Sebut tentang tidur , tidur adalah antara keperluan untuk badan kita dalam seharian. Semua tahu tidur dapat merehatkan tubuh badan dan juga fikiran kita. So, memang semua akan tidur dalam sehari. Tapi ada juga penyakit yang sukar tidur malam. Kadang tidur 2 atau 3 pagi. 

Aku pun ada penyakit susah nak tidur pada waktu malam. Aku dulu jenis stay up untuk study tapi boleh pula terlelap time study. choii..

Bila terlalu lama bercuti, mata menjadi degil pula nak tidur awal. 2 pagi baru tidur. Keesokan harinya sakit kepala badan lesu. Alahaii..

Setelah aku renung kembali, baru aku tahu sebabnya. Dan hampir 80% betul yang sebabnya memang membuatkan aku sukar tidur. Jom aku sharekan dekat hampa hampa nohh...

Antara sebab sebabnya :-
  • Terlalu banyak berfikir dan kadang terfikir akan apa terjadi pada keesokan harinya
  • Tengok movie sehingga tak sedar jam sudah ke ber'pagi'
  • Minum kopi atau teh yang panas sehingga susah ambil posisi tidur yang selesa
  • Bergosip atau berborak dengan orang sebelah sehingga tak hiraukan pukul berapa
  • Nafsu membaca novel lebih dari tidur
  • Terlalu ralit dengan laman sosial

Itu antara sebab aku susah nak tidur. Hampa hampa ada sama dengan aku tak ? Dan kalau ada antaranya sama dengan aku, aku nak share untuk hampa cara atasinya juga. Jom tengok

  • Baca buku yang membosankan dan menyebabkan anda mengantuk.
  • Mandi dengan air suam. Jangan air sejuk. Jika lewat malam, basuh badan sahaja.
  • Jangan makan benda yang berat seperti nasi.
  • Pakai bantal yang hampa selesa
  • Jangan bersukan sebelum tidur.
  • Kosongkan minda hampa dari masalah.
  • Off semua handphone dan lappy. Ia akan menyebabkan asyik nak update dan stalk laman sosial sahaja.
  • Pasang lagu yang boleh buat hampa mengantuk. 
  • Minum teh hijau sebelum tidur. Susu suam juga digalakkan.

Itu antara atasi yang aku kaji sendiri pada aku dan ada juga aku tambah beberapa atasinya dari buku.

Harap selepas ini aku boleh tidur nyenyak dan tak menjadi ' burung hantu ' tengah malam. Ergh..

Have a fun day , guys.

2 comments :

  1. Dulu2.. Akak selalu tido Lepas minum Kopi or nescafe.. Tapi skrg, kalau minum je nescafe, mesti xle nak tido.. Wargh!! Sedih tau..

    ReplyDelete
  2. hehe.. samalah kita nab.. lagi2 kalau baca novel, tak tengok jam langsung..hehe

    ReplyDelete

 

Template designed by RRAI | Hak milik Nur Nabila | All rights reserved