Thursday, April 7

Demam Yang Berbahaya Bagi Aku. Aya!

Assalammualaikum dan hai 
[ Keadaan Aku Everyday.. Erghh ]

Sejak akhir akhir nih cuaca panas terlampau hingga aku pun tak nak keluar rumah walaupun keluar  sidai kain ja. Punya panas hingga simen depan rumah panas ' lit lit .. * ini serius * Ayah aku selalu cakap " Minum air masak " , " minum air masak " tapi aku selalu " haa ok ok " dan reaksi aku be like -__- zzzzz..

Itulah lain kali dengar cakap ayah. Sekarangkan dah demam. Mulanya selsema jer, kemudian dia mula rasa lain macam. Rasa tak larat bangun, berat kepala.. Ayayayaii.. Sekarang pun rasa sihat sikit dari sebelum nih.. Kalau tak , nak bangun pun susah. Bangun pun time solat dan nak makan minum mandi bagai ja. Kalau tak memang tak bangun ah aku.

Baru baru nih Kak Amani Blogger ada nasihat aku kat whatsapp, katanya minum air badak. Dan kalau nak hilang selsema minum air Tropicana Twister. So, aku pun peluk kaki ayah aku merayu. Haha.. Acah ja.. Aku suruh ayah aku beli bila on the way balik dari office..

Sekarang pun hidung aku meleleh jer. Penat aku tarik ' Sreek srekk' .. Hahaha.. Hingus aku bukan hijau cendol kay.. Dia cecair macam air. Asal bangun duduk jer mesti meleleh ibarat simbah air ke daun keladi.. Hahahaha... *berfalsafah diri pula*

Okaylah aku nak rehat dahulu. Kita demam sorang sorang ja.. Berharap Si Putera menjaga memang taklah. Hahaha. Si Putera pun sesat di Hutan Tropika. :P
Have a fun day , Guys.

1 comment :

  1. jaga kesihatan tau nabla... ni musim panas, kak Om tak pe, dah biase dgn keje... hihihihi

    ReplyDelete

 

Template designed by RRAI | Hak milik Nur Nabila | All rights reserved