Wednesday, March 2

25 Things That Make Me HAPPY

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 
"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”
Assalammualaikum dan selamat segala selamat ke atas dan kebawah diri anda,* tudiaa aih*

Tadi aku terbaca entri Si Farrah Nadia kemetot tentang entrynya ' 25 Things That Make Me Happy '.. So, disebabkan aku jenis suka ber'dugong' jer di rumah, aku pun nak buat. Ini atas kerelaan jiwa dan raga dan bakul *aik?

Semua orang ada kesukaan yang buat diorang happy , kan? So, aku nak kongsikan 25 perkara yang buat aku happy. Jenuh nak fikir tau tak? Haha
  • Dengar lagu yang masuk dengan jiwa. Tambah tambah lagu yang kena dengan situasi. Hoho.
  • Berangan setiap kali nak tidur. Aku akan berangan macam macam. Berangan sambung belajar lah, berangan kerja dah lah.. Hahaha. Macam macam.
  • Shopping timee.. wuuuu.. yang nih rasanya semua perempuan suka. Aku suka dress. Kalau dapat beli satu,, hati rasa 'perhhh puas hati arh'.. Tudung sehelai.Hoho
  • Orang belanja makan. Yang nih aku suka sebab aku tak pening kepala nak fikir nak makan makanan paling murah. Haha. Main bedal je ambil dan yang bayar mestilah orang yang belanja.
  • Berkumpul dengan family, bergelak huha huha sampai pukul 4 pagi. Yang nih boleh buat aku lupa terus masalah aku. Sampai esok tu tertnya ' Apa masalah aku erk semalam ?' Haha
  • Apabila mama aku cakap " Kak, nah duit belanja bulan nih ".. Perhh.. best kut. Apatah lagi aku nih jenis pantang tengok barang Online mesti nak beli. Haha
  • Dapat khatam Al Quran lagi. Haa yang ini bukan nak riak tapi ini juga boleh ubat hati aku dari BAD MOOD seharian. Sebab rasa tenang jer. Nak buat kerja apapun senang,
  • Bercuti. Yahoo.. Siapa tak suka bercuti.. Semua suka bercuti. Tambah tambah sesuatu tempat yang tenangkan jiwa dan raga. Tepi pantai , kena angin sepoi sepoi.. Wahhh
  • Baby.Aku jenis suka baby yang kecik kecik boleh dukung. Seronok melayan .. Tapi, bila besar aku tak layan sangat. Aku buang.. Hahaha.. Takde lah.. Samalah aku layan kan jugak. Beli aiskrim. Hoho
  • Tidur. Haha.. Memandangkan aku seorang yang terlalu 'lonely', so aku akan tidur. Bila bangun dari tidur mesti dapat macam macam seperti makanan, barang. Haha. Datang dari mana pun tak tahu. Ayah aku suka beli makan. So itu yang best.
  • Makan banyak tapi berat badan tak naik. Haha. Ramai cakap aku makan nasi macam nasi tambah. Tapi badan duk maintain berat jer.Ada yang tanya,"Macam mana buat " aku akan jawab, "kau tido jer. Esok kau akan kurus. Haha"
  • Posmen datang rumah bagi barang. Yang ini bukan lah sebab aku suka pada posmen tapi aku suka bau kertas yang posmen hantar. Kalau barang, mesti aku pegang lama lama , lepas 10 minit baru buka. Haha
  • Tudung terbentuk elok. Wahh ini heaven arh. Bukan senang tau tudung bermanja dengan diri aku. 
  • Muka tiada jerawat. Muka bila ada jerawat aku akan tampal something yang boleh cover. Siapa suka muka ada jerawat sebesar jari kelinking ? Erhh..
  • Makan. Aku suka makan. Tak kiralah makan apapun tapi yang pasti bukan nasi. Nasi aku akan makan sekali jer sehari. Selebihnya aku makan benda lain. Salad ataupun western.
  • Senyuman yang cantik. Macam aku suka senyum depan cermin untuk tahu senyuman macam mana nampak ikhlas. Sebab member sekolah aku ada yang kata aku tak pandai senyum. derhh...
  • Dapat earphone atau headphone baru. Memandangkan aku seorang yang suka dengar lagu, aku suka kalau dapat dua menda alah tue. Yang paling penting dengar sedap. 
  • Dapat tolong orang lain dekat market. Market kan banyak orang jual ikan, kadanga ku suka tolong jual sekali. Padahal untuk saja saja je tolong. Untuk ambil pengalaman.
  • Wayang. Aku jenis seorang yang if tengok trailer movie jer , mesti hati nak pi tengok jugak. Tak kira lah citer hantu ke komedia ke.. Tapi citer cinta aku tak suka. 100% aku tak tengok. Tengok jika ada di Astro jer.
  • Kucing. Hoho. Aku suka bau kucing lepas mandi. Suka bulu diorang. Aku juga suka kalau kucing jilat tangan aku atau tidur atas tangan aku. Rasa selesa
  • Ada internet dan laptop. Ramai cakap kalau nak gadget mesti aku nak laptop. Sebab ramai tahu jenis seorang yang suka menaip. Aku suka dengar bunyi keyboard laptop.
  • Rumah kemas. Rumah kemas aku suka sebab mata aku tak sakit tengok barang berselerak merata.
  • Tengok cerita lawak spontan. Aku jenis tak pandai berspontan melawak. Tapi, kalau orang buat lawak spontan memang aku akan gelak sampai teringat ingat.
  • Camera lawa. Bila selfie atau wefie mesti suka kan kalau gambar cantikkan ? Sapa nak huduh.. hahaa...
  • Kasut baru. Aku bukan seorang yang suka bekasut tinggi , aku suka kasut bertutup. Bila pakai kaki nampak comel dan terlindung jer. huhu
Itulah '25 Things That Make Me Happy' aku.. haha.. Selama dua malam aku taip nih. Haaa.. sebab aku jenis mood menaip sebelah malam. Sebelah siang aku jenis fokus aktiviti. Malam baru aku bercerita. Benda yang buat aku happy maybe ada sama dengan korang mungkin tidakkan.. Hoho..

See ya~


No comments :

Post a Comment

 

Template designed by RRAI | Hak milik Nur Nabila | All rights reserved