Sunday, February 28

5 Things I Hate Most

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 
"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”



Assalammualaikum dan selamat malam,selamat pagi , selamat tengahari.. *orang baca tak menentu masa*,

Semalam ada seorang manusia yang mempunyai blog memberitahu aku , bahawasanya kak Rrai .. Kenal tak Kak Rrai ? Alaa.. blogger yang always ber ' bajuwarnacoklat ' tuu.. Haaa.. Kak Rrai lah beritahu bahawa jari jemari telah membuat satu entri mengenai ' 5 Things I Hate Most ' .. Disebabkan Kak Rrai ajak aku sekali, aku dengan berat hati jantung hempedu pun join jugak sebabnya aku nak jugakk buat.. Uhuks..

Apa yang aku benci tak selamanya aku benci sebab sifat aku suka buat benci tukar pada cinta. Aceyywahh.. Harap Lee Min Hoo baca. Aku benci dia tapi sayang.. *gedikss*



5 Things I Hate Most :-


  1. Tudung kelepek tak menjadi. Hate sangat sangat kalau aku seterika molek molek tudung tiba tiba pulak dia taknak bermanja dengan aku tika aku nak sarung. Kelepek herot petot. Kalau terjadi macam tu , memang gitau siap siap , aku cancel semua aktiviti seharian di luar. Sebab angin punya pasal dekat tudung. Tambahan pulak, time aku nak ke kelas. Ya Tuhan... Rasa nak buang tudung beli tudung baru.
  2. Orang ambil barang tak minta izin. Siapa tak marah kalau ambil barang kita , tapi tak beritahu dahulu. Chop chop, " Wei , aku pinjam barang *sekian sekian* hang tadi ".. Dan aku takkan ambil respon, just aku akan cakap " Lain kali minta izin aku dululah ".. Bukan sebab kedekut. Tapi takut benda tu hilang, kena yang mahal, sapa yang susah nak beli ? Aku jugakk..
  3. Internet ' lus koneksyen' . Okay.. Yang ini aku rasa bukan aku saja yang benci. Hoho.. Paling paling tak suka bila dapat bil mengatakan ' Internet anda disekat kerana bayaran tertunggak '.. Errhh.. aku sanggup ke Mall yang ada WiFi. Hahaha..
  4. Kacau aku nak rehat tidur. Yang ini sebab kalau aku terrrrrsangat penat. Dri pagi sehingga petang buat kerja. Bila malam nak tidur, ' Nabla , jomlepak ' , ' Jom makan '.. Aduhaii.. Tapi selalunya aku tak marahlah. Aku akan cakap ' Aku letih lah weii. Lain kali lah '.. Itu jer. Then , nasib diorang memahami.. Huhu..
  5. Orang yang suka memburukkan nama orang lain. Erhh.. okay.. Yang ini hope tiadalah bersifat sedemikian. Kita manusia baik sebaik baik pun, mesti ada yang tak suka. Betul tak ? Kita sakit hati sangat kalau orang lain memburukkan diri kita sedangkan benda tak betul pun. Sekali pun tidak betul. Erh.. memang sakit hati.. Tapikan.. bila fikir balik, nama kita yang femes. Hohoho.. Kita sakit hati tak mengapa. tapi kesian sangat sangat pada orang yang memburukkan kita tu.. Dia sakit jiwa.. Sakit jiwa tengok kita senang. Hahaha.. DEEPEESSSSS!!
Okay.. Itu apa yang aku benci. Tapi nombor 1 hingga 4 maybe akan tukar ke sayang atau berubah ke suka. TETAPI ! nombor 5 , aku tak jamin akan aku suka atau sayang. Sebab mengaib aibkan orang. Aku tak suka okay ? Melainkan aku maafkanlah.


Disebabkan aku buat entri nih. dan.. kena tag nama bloggers yang lain. Aku nak tag semua bloggers yang baca entri ini untuk buat apa yang ' 5 things u hate most ' .. okay ? 

Disebabkan anda baca, anda wajib buat entri seperti aku. Kepada yang sudah buat. Aku nak baca. Hohoho.. So, apa lagi? Cepatlah buat. Takkan kebencian nak dipendam .. Hoho..  Nanti gitau aku tau? Aku nak baca.. Hehe

See ya. 









4 comments :

  1. garang juga cheq ni naa~ huhuhu seram nak baca..

    ReplyDelete
  2. no 1 tu betulll sangatt! hahaha. mesti spoil mood kan kalau tudung tak betul. rasa nak arghhhhh je kan hahaha

    ReplyDelete
  3. Sama no. 2 tu. Paling tak suka bila dah amik/guna barang orang, tak reti pulangkan or letak tempat asal. Hish. Geram betul. Haha. Emotional pulak kat sini.

    P/s : Nanti akak buat entri ni :)

    ReplyDelete
  4. famous pula kak rrai nie kan? haha baru ja singgah blog dia :)

    ReplyDelete

 

Template designed by RRAI | Hak milik Nur Nabila | All rights reserved