Wednesday, January 20

Kenapa Ibu Suka Membebel ?



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 
"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”

Assalammualaikum dan hai,

Baru tadi aku kena bebel dengan ibu aku. Kalau ibu bebel jer, mesti aku kena buat apa yang dia suruh cepat cepat. Sebab takut dia merungut nanti dan terus berdialog. Abah pun cakap, " Dengar ja apa yang mama cakap. Lama lama mama penat , mama tidur lah."  Aku pun turuti sahaja apa yang disuruhnya.

Lepas selesai semuanya, saja aku baring baring santai. Tup tup terfikir, " Kenapa seorang ibu suka membebel ?"

Bukan ibu aku saja kan suka membebel , Ibu korang pun mesti suka bebel kan ? Sama lah dengan aku. Sebagai anak kena lah ikutkan. Apa lah sangat yang ibu suruh nak dibandingkan dengan 9 Bulan ibu mengandungkan kita.

Aku terfikir, mengapa seorang ibu suka membebel. Kadang rasa bosan, rasa geram pun ada kan ? Emm..

Bila fikir tu, aku terbaca satu status di Facebook... Mengatakan...

Ibu yang melahirkan kita, Ibu yang menyusukan kita. Ibu yang memakaikan lampin kepada kita. Ibu yang mendodoikan kita tika tidur. Malah memandikan kita, merasa susah hati jika anaknya akit pada lewat malam. Ibu yang menjaga kita masa kecil tidak mengira siang dan malam tanpa mengeluh malah kata kata sayang yang dia ungkapkan. Jika tidak tentulah dia merasakan susah dan tertekan dengan anaknya sendiri.

Aku terfikir juga, ibu lah yang siapkan sarapan kepada aku sebelum ke sekolah. Malah , sampai umur aku 18 tahun pun ibu still bekal kan sarapan dalam tupperware dan botol air pun ibu sediakan. Ibu juga lah yang memukul aku tika aku biadap dengan adik adik aku sehingga aku boleh bercakap sopan dengan orang lain. Sehingga aku berlembut dengan adik adik. Kerana aku tahu ibu ingin mendidik anaknya ini agar menjadi orang yang jaga adab. 

Terfikir juga aku,,


Andailah ibu aku mendiamkan diri sahaja, membebaskan diri aku untuk berbuat apa saja tanpa peringatan. Mesti aku tak jadi macam sekarang kan? Mesti aku jenis kaki lepak, aurat entah ke mana, Al quran entah ke mana. Alhamdulillah,memiliki seorang ibu yang garang, yang suka pukul anaknya dengan tujuan anaknya jadi orang baik baik. 


Tengok saja anak anak muda zaman sekarang yang dikatakan serba canggih lah. Dengan kemajuan teknologi lagi. Buka newpaper jer mesti ada kes mat rempit, lumba haram, penagih dadah, suka enjoy lewat malam. Mereka letak di mana ayah ibu mereka ? Malah ada yang sanggup buang mak ayah di tepi jalan.


Kita pula yang menangis sedih kasihan kan ?

Nanti bila ibu kita diam dari membebel, mesti kita tertanya,


" Kenapa ibu diam kan diri? "
"Mengapa tak dengar kata kata ibu ?"

Maybe lepas itu baru sedar bahawa bebelan seorag ibu juga hiburan sebenarnya. Ia satu keharmonian dalam hidup. Sabar dan bersyukur. Bagaimana lah anak yatim yang kehilangan ibu agaknya? Apa perasaan mereka ? Hanya Allah SWT sahaja tahu..

:)

10 comments :

  1. kihkih. bukan perempuan mmg bebel je ke kerja kita kihkih.
    sebab tu nnt kita jadi ibu mmg sentiasa bebel.
    haha.
    thank u for reminding and sharing this hehe.
    teringat umi qila bebel2 ngarut pe tah. mmg menghiburkan hihihihi

    ReplyDelete
  2. @Aqilah Azmi

    Haha. lumrah yg nama perempuan. kdg nbla pun berleter kat abah gak. Hahaha.. Selalu kena berleter bila tak lipat kain. Hoho

    ReplyDelete
  3. ermm sebak pulak baca entry ni.. kalau mak bebel, kena dgr je. nanti rumah tak meriah. kalau mak takdak, memang sunyi ja rumah. T.T

    ReplyDelete
  4. @Nur Najah

    Kan.. betul tuee.. nbla pun sama.. Mama outstation je mesti rsa kosong.. rs sayu gi tuee..

    ReplyDelete
  5. nak melalak sat. huwaaaaa~ sedih ni.. mum voice always an entertainment to us... :')

    ReplyDelete
  6. sebab ibu nak kita jadi manusia yang baik..sebab dulu MG pun tak suka bile mama MG dok bebel2..kadang benda kecik pun mama MG cakap berulang2..heheh skrg bile MG dah jadi seorang emak...baru faham ape yang seorang ibu tu mahu..:)

    ReplyDelete
  7. @Nabilah Nor Azman

    Ya ka kak ? Allahu.. Ila tak tahu lagi apa rsa ibu tue.. sebab x merasai fasa tu lagi.. :"(

    ReplyDelete
  8. saya kadang2 layan je bebelan mak saya...
    time sek dulu memang rasa mcm nak berontak tapi bila dah besar ni, dah kahwin, dah duduk jauh, memang terasa sangat-sangat rindunya nak dengan bebelan seorang emak & usik kacau seorang abah...

    ReplyDelete
  9. @Munirah Mustafar

    Selepas ini Ila pulak per merasa apa yang akak rasa. Tak sanggup !!

    ReplyDelete

 

Template designed by RRAI | Hak milik Nur Nabila | All rights reserved